Sunday, March 13, 2016

KPI PUTERI Menemui KEGAGALAN ???



Talian hayat ahli parlimen Masjid Tanah bakal terputus jika KPI yang ditetapkan oleh parti tidak dapat dipenuhi dengan matlamat dan target sebenar parti.

Kesibukan yang melanda Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin sejak memegang Jawatan Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan  tidak sempat menguruskan Puteri UMNO sekarang ini.

Menurut sumber Gempur PU3 Malaysia, Mas Ermi sendiri mengakui bahawa beliau tidak sempat untuk terus bersama puteri-puteri seluruh Malaysia kerana kekanggan jawatan yang disandang sekarang ini.

Krisis yang telah berlaku di Terengganu dan Perlis tidak dapat dikawal lagi sehinggakan beliau telah menggunakan khidmat Setiausaha Politik PM dan TPM untuk menyelesaikannya.

Sekarang ini dimana kekuatan KPU3M itu dengan masalah dalaman puteri sehinggakan SUTPOL PM dan TPM masuk campur dalam hal puteri itu.

Kegagalan Mas Ermi untuk menguruskan PU3 Malaysia dan juga mencari dana untuk PU3 bergerak cukup mengambarkan bahawa KPU3M itu tidak layak diberi jawatan sebegini lagi.

Menjadi KPU3M bukan sahaja menjaga PU3 Melaka dan Masjid Tanah akan tetapi nasib PU3 seluruh negera perlu dibela dan diperkukuhkan menjelang pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Diperingkat PU3 Perhubungan negeri-negeri boleh dibilang dengan jari berapa kerapa KPU3M itu turun pada bersama akar umbi seluruh Negara.

Kehebatan mantan ketua-ketua PU3 UMNO Malaysia yang lalu diibaratkan langit dengan bumi dengan KPU3M sekarang ini yang GAGAL membawa PU3 ke tempat yang sepatutnya.

Sumber : Gempur PU3 Malaysia

Friday, March 11, 2016

Jangan Keterlaluan Hina Bekas MB, Tegas Puteri UMNO Dungun


DUNGUN 11 Mac - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun hari ini melahirkan rasa kesal dan sedih di atas tindakan sesetengah pihak yang menghina bekas Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said secara keterlaluan.

Menurut Ketuanya, Arlina Rosli, tindakan ADUN Kijal yang membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman baru-baru ini perlu dilihat secara positif.

Katanya, tindakan mencaci dan memaki hamun Ahmad yang kini masih Ketua UMNO Bahagian Kemaman di media-media sosial menimbulkan suana bercelaru dalam politik Terengganu.

"Saya melihat tindakan Dato' Seri Ahmad Said ada positif dan kerajaan yang ada perlu membuat satu perubahan demi parti. Bagi yang benar-benar mengenali Dato' Seri Ahmad Said, kita dapat lihat beliau mahu kita sendiri berubah.

"Beliau ada jasa yang perlu kita ingat dan hargai. Saya rasa pandangan saya turut dipersetujui Ketua-Ketua Puteri yang lain termasuk Kemaman, Marang, Kuala Terengganu.

"Ini tidak bermakna kami di Dungun tidak sokong Dato' Seri Razif. Bukan begitu. Pucuk pimpinan kena baca isi hati pemimpin di akar umbi dengan tajam dan dalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mengenai isu pertukaran Ketua Puteri UMNO Negeri, Arlina enggan mengulas perkara tersebut.

"Tak apa lah. Tak nak komen. Sampai masa kita akan buat yang terbaik untuk parti," ujarnya.

- Copy dari Sinar Harian Online