Gol Faiz Subri telah diterjemahkan sebagai gol terbaik Dunia yang mana telah dijaringkan dalam perlawanan kedua Liga Super 2016 pada semalam.
Gol hasil sepakan bebas luar kotok penalti dalam jarak 35 meter itu telah memukau pihak lan dan juga penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu yang mana turut disiarkan secara langsung menerusi TV9.
Pemain skuad Pulau Pinang itu telah mencuri tumpuan dunia apabila sepakan percuma yang diambil olehnya melencong dengan unik sebelum menerjah pintu gol pasukan Pahang dalam perlawanan malam tadi.
Laporan dari thesportbibile menyifatkan sepakan tersebut 'mungkin' telah memenangi anugerah puskas; satu anugerah untuk gol cantik; dengan mudahnya.
Lebih menarik, laporan tersebut turut dimuatnaik di laman Facebooknya dan menerima lebih 10,000 'likes' dan lebih 2,000 perkongsian serta lebih 3,000 komen..
No comments:
Post a Comment