KUALA LUMPUR, 11 DIS 2015, Kerajaan negeri Pahang hari ini tidak mahu mengeluarkan kenyataan berkaitan BAUKSIT lagi apabila pertanyaan itu diajukan kepada mana-mana exco negeri itu di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia(PAU) 2015 disini.
Rata-rata yang ditemui tidak mahu mengulas akan perkara tersebut dan masing-masing mengunci mulut mereka takut ada percangahan dengan kenyataan Menteri Besar Pahang.
Risik-risik yang KLLB buat diatas ISU ini ada beberapa pihak yang telah menerima saguhati berbentuk wang yang besar untuk tidak menjalankan tugas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab sebagai penguasa atau agensi yag menjalankan amanah itu???.
Kemana perginya pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkuatan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mana terlibat secara langsung dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah BAUKSIT ini.
Menurut sumber rapat dengan kerajaan Pahang, arahan telah dikeluarkan kepada semua exco-exco dan jabatan yang terlibat dengan BAUKSIT di Pahang itu agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dengan ISU tersebut.
Pada beberapa hari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pahang akan mengemukakan kertas cadangan konsep untuk dibentangkan kepada kerajaan tentang BAUKSIT yang sedang melanda rakyat dinegeri itu.
Ada beberapa individu yang terlibat dengan pengangkutan BAUKSIT ini telah membuat kecaman kepada mana-mana individu yang mana menyuarakan tentang BAUKSIT di laman social akan disanggah mereka.
Tambahan lagi ketika ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri pantai timur dengan kebecakan jalan menyebabkan satu masalah kepada pengguna jalan raya yang melibatkan jalan diberapa kawasan di negeri Pahang terutama Bukit Goh, Gebeng dan laluan yang berhampiran.
Tempias itu turut dirasai oleh jiran mereka Terengganu terutama di daerah Kemaman yang mana sebelum ini pihak berkuasa tempat telah membuat beberapa operasi bagi menghalang kenderaan(Lori) BAUKSIT untuk memasuki Kemaman.
Berbalik kepada arah tutup MULUT itu, dikatakan kerajaan negeri Pahang akan menguatkuasakan dan memberhenttikan semua operasi melombong BAUKSiT di negeri itu. BOLEH Ke???
KLLB difahamkan juga operasi penutupan itu akan dibuat bermula januari 2016 ini dan ia akan merugikan pihak yang mempunyai kuasa melombong di kawasan yang berkaitan.
APAKAH pengumuman yang bakal dibuat itu sebagai menutup mata rakyat yang tiap-tiap hari mengadap debu dan juga masalah kesihatan yang tahap kritikal dimana berada dikawasan melombong BAUKSIT tersebut dan ada juga cakap-cakap menyatakan penduduk kawasan berkenaan menerima bayaran secara bulan untuk menutup mulut mereka?
No comments:
Post a Comment