Monday, April 27, 2015

Rasuah Sudah.... Pecah Amanah Sudah.... Sekarang MOHON PAS Ampunkan DOSA Sahaja...

sarchu rasuah
Berikut disertakan laporan dari portal rasmi SPRM;
Bekas CEO, Pengarah KPFQ hadapi tuduhan CBT RM30 juta 
Dua orang bergelar “Datuk”, masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bekas pengarahnya, hari ini berhadapan dengan tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM30 juta.
Datuk Sarchu Sawal dan Datuk Tan Han Kook, masing-masing bekas CEO KPF Quality Foods Sdn Bhd dan pengarahnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.
Sarchu, 64, dan Tan, 59, dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sarchu didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat RM16,963,825 melalui 27 keping Penerimaan Jurubank di Tingkat 2, Blok B, Anjung Felda, Jalan Maktab di sini antara Ogos 2011 dan Februari 2012. Tan pula yang ketika itu anggota lembaga pengarah, didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dana RM13,164,955 melalui 20 keping Penerimaan Jurubank di tempat dan masa yang sama.
Hakim Rosbiahanin menetapkan wang jamin RM2 juta ke atas Sarchu dengan dua syarat tambahan iaitu dua penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan. Dalam pada itu, Tan pula diikat jamin RM1 juta dengan dua syarat tambahan yang sama.
Kes mereka akan disebut semula 13 September ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Sabtu mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kedua-dua tertuduh diwakili Harvinderjit Singh dan William Leong Jee Keen.
Awal Disember lalu, Tan bersama Ching Siew Cheong, 50, bekas Ketua Pegawai Operasi KPF Quality Foods didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank adalah tulen. Mereka dengan curangnya didakwa mendorong pegawai bank terbabit untuk memindahkan RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – SPRM

No comments:

Post a Comment