FAKTA Banggol Donas : PAS Kuala Nerus PENIPU.. PEMBOHONG... Rakyat BODOH Yang Mempercayainya !!!!



Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali telah membuat satu kenyataan mengenai Banggol Donas pada 28 November 2008. Kenyataan itu disiarkan di portal berita pro pembangkang, The Malaysia Insider pada tarikh yang sama.

Kenyataan itu antara lain bagi memberitahu bahawa Kerajaan Terengganu telah melakukan kezaliman dan penindasan kepada penduduk Banggol Donas.

Setelah Terengganu Daily meneliti setiap baris kenyataan tersebut, Khairuddin At-Takiri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu telah mengeluarkan empat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai fitnah, tipu dan berniat jahat.

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Proses pengambilan tanah di Banggol Donas tidak mengikut peraturan Kanun Tanah Negara.

FAKTA : Proses pegambilan tanah di semua 184 lot di beberapa buah kampung terlibat termasuk di Banggol Donas oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengikut peraturan Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kepatuhan Kerajaan Terengganu kepada peraturan proses pengambilan tanah TERBUKTI apabila pihak plaintif iaitu Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong) KALAH di mahkamah sebanyak dua kali.

Permohonan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dibuat pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan membuat proses pengambilan balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu. Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Seramai 22 keluarga di Banggol Donas menjadi mangsa kezaliman dan kediaman mereka akan dirobohkan secara paksa dan rakus bila-bila masa.

FAKTA : Tiada rumah penduduk di Banggol Donas dirobohkan secara paksa dan zalim. Pada 31 Januari 2013, Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah untuk projek tersebut. Dalam majlis itu, Borang H (Notis Award dan Tawaran Pampasan), cek bayaran pampasan dan Borang K (Notis Bahawa Tanah Telah Diambil Milik) telah dibuat kepada penduduk terlibat.

Namun terdapat lima pemilik tanah (plaintif) enggan menerima Borang H, cek bayaran pampasan dan Borang K. Walaubagaimanapun, wang pampasan milik kelima-lima plaintif telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi dan ia menjadi milik plaintif.

Dari sumber mana Khairuddin At-Takiri mendapat angka 22 itu? Masih terdapat 5 buah rumah kediaman yang masih ada di atas tapak yang menghalang kerja-kerja pembinaan. Terengganu Daily mahu tanya Ahli Parlimen Kuala Nerus, di mana 17 keluarga lagi? Jika rumah-rumah 17 keluarga itu telah diroboh secara paksa dan rakus, kenapa Harakah atau Media Baru PAS Kuala Nerus tidak ambil gambar dan sebarkan ‘kezaliman’ itu?

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Borang K dikeluarkan menyatakan tanah mereka (plaintif) telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.

FAKTA : Borang K (Notis Bahawa Tanah Telah Diambil Milik) telah dibuat kepada plaintif pada 31 Januari 2013. Namun mereka masih enggan menerima. Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mempunyai bukti dan gambar bahawa Borang K telah diserahkan kepada plaintif.

Contohnya, bagi kes Salleh Embong, cek bayaran pampasan, Borang H dan Borang K diserahkan oleh Penghantar Notis Kanan Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Salleh Embong pada 26 Julai 2012 di rumahnya di Banggol Donas. Salleh Embong enggan menerima bayaran pampasan berjumlah RM199,170.30 (Cek No. 628046 Bank Muamalat Kuala Terengganu)

Wang pampasan plaintif telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi dan ia menjadi milik plaintif. Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu tidak berhak lagi ke atas semua wang pampasan tersebut.

Selain itu, Zulaidi bin Puteh menerima pampasan sebanyak RM195,157.30 termasuk pampasan garaj kenderaan sebanyak RM12,000, pagar (RM30,000) dan pintu pagar (RM3,000). Mohd bin Endut menerima pampasan RM81,075.75.

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Pembinaan jalan itu tidak mengikut prosedur Akta Pengambilan Tanah 1960 apabila projek ini tidak diwartakan sebelum memulakan projek. Projek telah berjalan pada 18 Julai 2010, sedangkan ia diwartakan pada 28 Oktober 2010.

FAKTA : Seksyen 4 Kanun Tanah Negara 1965 membenarkan perbuatan tersebut mengikut budi bicara dan persetujuan bertulis antara pihak kontraktor dan pemilik-pemilik tanah. Kerja-kerja awal hanya melibatkan urusan pembinaan jalan masuk ke tapak projek serta penghantaran kenderaan dan jentera. Jarak masa hanyalah tiga bulan dan perkara ini tidak menjadi isu kepada pemilik-pemilik tanah.

| SEBARKAN  terengganudaily.com|

No comments

Powered by Blogger.