Thursday, April 30, 2015

CEK yang tersebar di Media Sosial

Kalau lah ianya betul memang PAS sudah tiada gunanya lagi... Lebih baik BUBAR TERUS DARI MENJADI MAKANAN KAFIR HARBI... 

Tindakan Pemuda PAS P.Pinang yang sebelum ini lantang mengkritik dan mengisytiharkan membekukan jenteranya dalam PRK Permatang Pauh akhirnya bertukar nada apabila hari ini telah membuat pusingan U apabila menarik balik tindakan tersebut.
Melalui ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah dalam satu sidang media pagi tadi berkata bahawa pihaknya mentaati amanat Pas Pusat dalam perkara ini dimana gabungan itu harus bersama berganding bahu membantu calon PKR, Datin Seri Wan Azizah disini.
"Selepas satu mesyuarat Pemuda PAS negeri malam tadi, yang turut dihadiri timbalan ketua Pemuda PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin, kami sebulat suara memutuskan mengikut arahan PAS Pusat bagi membantu dalam PRK ini." ujar beliau.
Melihat kepada tindakan Pemuda PAS P.Pinang itu, rata-rata penyokong tegar PAS khususnya di sekitar Permatang Pauh jelas terkejut kerana ketegasan yang ditunjukkan sebelum ini jelas hilang sama sekali dan menimbulkan seribu persoalan kepada mereka.
Ketika pelbagai andaian dibuat sama ada di kem BN mahupun PAS sendiri, penggiat media sosial dikejutkan pula dengan satu pendedahan berani oleh satu akaun Facebook apabila dilihat memberi andaian bahawa tindakan tersebut ada kaitan dengan pemberian imbuhan wang.
Printscreen status tersebut kini mula tersebar secara meluas dikalangan penduduk Permatang Pauh. Bagaimanapun pihak kami gagal untuk mendapatkan ulasan dari pihak Pemuda PAS P.Pinang di atas penyebaran gambar tersebut kerana pihak mereka enggan ditemubual buat masa ini.
Bagi penduduk di Permatang Pasir pula, mereka melihat perkara ini adalah satu perkara yang ada sesuatu yang tidak kena kerana mereka percaya bahawa tindakan PAS P.Pinang yang dilihat kerap membuat pusingan u dalam beberapa perkara di PRK ini jelas mempunyai kaitan dengan khabar angin yang tersebar ini.
Bagi kem PKR ,tindakan Pemuda PAS P.Pinang ini telah disambut baik oleh mereka dan perjuangan penolakan Hudud sebelum ini kini sudah tidak berbangkit lagi disini dan pemimpin-pemimpin PKR kini menyeru penyokong PAS bersama mereka untuk memenangkan Wan Azizah.
Merujuk kembali kepada sidang media Pemuda PAS itu, Yusni dilihat cuba menenangkan penyokong PAS yang hadir apabila menunjukkan ketegasan apabila menegaskan pihaknya tetap meminta Angkatan Muda Keadilan memohon maaf susulun kritikan kepada Presiden mereka berkenaan Hudud sebelum ini.
"Kami masih menggesa Pemuda PKR negeri meminta maaf. Ini bukan pusingan-U. Pada waktu ini, kami melihat kepada kepentingan kempen dan keperluan mempertahankan kerusi Permatang Pauh bagi memastikan ia kekal milik PR. Parti yang bertanding ialah sekutu kita dalam PR" tambah beliau lagi.
Setelah pengumuman yang dibuat ini, ramai pihak kini menantikan sama ada akar umbi PAS disini akan bersama membantu jentera PKR dalam PRK kali ini kerana desas-desus bertiup kencang bahawa isu Hudud jelas mengecewakan penyokong PAS dan hal tersebut telah dibuktikan apabila kempen dan ceramah yang memasuki hari kelima hari ini jelas tidak mendapat sokongan dari mereka.-UtaraNews.

Monday, April 27, 2015

Rasuah Sudah.... Pecah Amanah Sudah.... Sekarang MOHON PAS Ampunkan DOSA Sahaja...

sarchu rasuah
Berikut disertakan laporan dari portal rasmi SPRM;
Bekas CEO, Pengarah KPFQ hadapi tuduhan CBT RM30 juta 
Dua orang bergelar “Datuk”, masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bekas pengarahnya, hari ini berhadapan dengan tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM30 juta.
Datuk Sarchu Sawal dan Datuk Tan Han Kook, masing-masing bekas CEO KPF Quality Foods Sdn Bhd dan pengarahnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.
Sarchu, 64, dan Tan, 59, dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sarchu didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat RM16,963,825 melalui 27 keping Penerimaan Jurubank di Tingkat 2, Blok B, Anjung Felda, Jalan Maktab di sini antara Ogos 2011 dan Februari 2012. Tan pula yang ketika itu anggota lembaga pengarah, didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dana RM13,164,955 melalui 20 keping Penerimaan Jurubank di tempat dan masa yang sama.
Hakim Rosbiahanin menetapkan wang jamin RM2 juta ke atas Sarchu dengan dua syarat tambahan iaitu dua penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan. Dalam pada itu, Tan pula diikat jamin RM1 juta dengan dua syarat tambahan yang sama.
Kes mereka akan disebut semula 13 September ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Sabtu mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kedua-dua tertuduh diwakili Harvinderjit Singh dan William Leong Jee Keen.
Awal Disember lalu, Tan bersama Ching Siew Cheong, 50, bekas Ketua Pegawai Operasi KPF Quality Foods didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank adalah tulen. Mereka dengan curangnya didakwa mendorong pegawai bank terbabit untuk memindahkan RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – SPRM

Sunday, April 26, 2015

GURU KAFA MENERIMA BONUS MENJELANG AIDILFITRI

Guru KAFA Terengganu Akan Terima Bonus Menjelang Hari Raya

Marang - Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju memberi bonus kepada kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Pegawai Teknologi Maklumat(EIO), Juruteknik Komputer(TSO) dan Guru Tadika sebelum Aidilfitri ini.

Menteri Besar Terengganu Dato'  Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikin semasa melancarkan Skuad 37 Parlimen Marang di Dataran Marang disini malam semalam.

Skuad 37 Marang itu bertujuan  menyelaraskan kerja-kerja sukarelawan generasi muda Gen-Y bagi parlimen Marang dan akan menabur bakti apabila diperlukan pada bila-bila masa sahaja.

Sementara itu' Ahmad Razif juga mengumumkan pengagihan Dana Raya dan Dana Bakti Remaja bermula pada 1 Ramadhan ini dan cara pemohonannya perlu mengisi borang dalam talian terlebih dahulu sebelum pengagihan dilakukan.

Sistem itu ditambah baik pada tahun ini dengan secara online dan perlu diperkemaskan lagi dengan beberapa syarat-syarat yang sepatutnya.

"Manakala bagi penerima OKU dan Warga Emas, Kerajaan sendiri akan menyampaikan kepada gologan ini.

"Langkag sama juga diambil untuk golongan mahasiswa yang berada diluar Terengganu terutamanya di Lembah Klang,"katanya.

#penabiru

Thursday, April 23, 2015

Ahli Parlimen Kuala Nerus CUBA Tipu Pengundi ROMPIN !

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali sudah mula mengunakan cara ‘Kempen Penipuan’ bagi calon PAS Rompin konon jika Kerajaan Kalah PRK Rompin dan Kemenangan bagi PAS akan meyebabkan Kerajaan Membatalkan GST dengan Kuasa yang ada pada beliau?

Sesuatu Dasar Kerajaan seperti GST di tentukan oleh dewan Rakyat bukan kuasa mutlak beliau, Adakah YB Pas ini bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri? Atau ketua Umum Pakatan Rakyat?

Menang atau kalah PAS di Rompin TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU DASAR KERAJAAN, atau perlaksanaan GST.

Walaupun bergelar Ustaz berpangkat Dato’ tapi mengunakan Kempen secara menipu rakyat dengan sesuatu janji yang palsu amatkan tidak bertepatan dengan nama parti di wakilinya ‘Parti Islam Semalaysia’.

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menipu terutama jika dia seorang pemimpin yang di pilih rakyat, jika inilah sikap seorang Pemimpin amat malanglah bagi Parlimen Kuala Nerus mempunyai seorang pemimpin yang menipu rakyat.
11160489_868542153184723_735823872_n

Monday, April 20, 2015

Nauzubillah !!! Dunia Akhir ZAMAN... Mung Kate Aku.. Aku Kate Ke Mung...

Memang kalau nak diikut kan orang UMNO dengan orang PAS banyak perbezaannya terutama berkaitan dengan keberahian dalam hal Maksiat ning.

Kalau diikutkan sejarah lalu Pas ada mengeluarkan Video Seksnya sendiri dengan SU Agong dan juge Penceramah Bebas....

Sehari dua ini kecoh dijaja dipelusuk bumi Terengganu akan beberapa keping gambar seorang perempuan sedang berjoget dengan seorang lelaki berjanggut putih. 

Beberapa keping gambar ini menjadi viral di sini. Di dada akhbar keluaran Terengganu terpampang dengan tulisan tajuk yang besar " Penyanyi pamer aksi ghairah". Fuh!! detik gambar itu di ambil memang terbaik. Lelaki di dalam gambar nampak sangat sedang kegembiraan.

Rasa bagai nak rak penyokong pembangkang bertepuk tangan bila tengok gambar itu. "dah kena dah"... mungkin itu terdetik di hati mereka. Apa lagi program tersebut berlangsung di dalam kepompong yang dipenuhi langau hijau. Memang menunggu masa untuk klik kanera jika ada mana-mana kesilapan.

Ya! Penganjur kena akur ini adalah satu kesilapan. Tetapi apakah ini kesilapan yang disengajakan?  Memetik kata-kata Ketua Pemuda PAS Marang di dalam rencana akhbar, katanya  "Pemuda Pas Marang menerima beberapa keping gambar artis wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama seorang penonton lelaki .... Baca Sini

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

TARIQAT: PENGENALAN, ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN


Kata Tariqat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya: 'jalan' atau 'method', atau 'cara'. Menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya: "suatu jalan/kurikulum kerohanian yang khusus bagi orang-orang yang berjalan menuju Allah mengharungi berbagai rintangan untuk mencapai peningkatan rohanimelalui pimpinan mursyid". 


Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tariqat, calon penghayat tariqat akan berupaya untuk mencapai hakikat.


Tariqat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktiknya, tariqat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (zahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.


Tariqat adalah umpama sebuah madrasah yang mana subjek pengajian utama didalamnya ialah ilmu tasawuf, matlamatnya ialah untuk mencapai maqam ihsan. Ihsan adalah rukun agama yang ketiga yang wajib direalisasikan oleh setiap mukmin untuk menyempurnakan kehidupan agamanya.


Tariqat ialah seumpama organisasi yang menggabungkan Iman(Tauhid) dan Islam(syariat) dalam bentuk Ihsan. Hasilnya melahirkan graduan rohani atau mereka yang mempunyai hati yang selamat sejahtera dibawa pulang ke akhirat


Walaupun pada zaman Rasulullah (saw) nama tariqat belum lagi masyhur namun asal usul perjalanan tariqat ini adalah diambil dari kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat terutama golongan ahli Suffah yang telah menjalani kehidupan yang zuhud dan mursyid atau pembimbing mereka ialah Rasulullah saw. Mereka sentiasa berada didalam Masjid Nabawi untuk mendapatkan bimbingan rohani dari Rasulullah SAW.


Seperti mana perkataan tauhid, fiqh, nahu,saraf, mustalah hadis, dan lain-lain pada zaman Rasulullah SAW , yang mana ia hanya muncul selari dengan perkembangan Islam apabila ilmu-ilmu tersebut mula dibentuk dan disusun secara sistematik oleh ulamak Islam yang hidup antara 80-200 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW. 


Begitulah hal keadaannya dengan ilmu tariqat dan ilmu tasawuf, apabila ulama melihat perkembangan agama Islam yang semakin meluas dan semakin ramai umat Islam sudah mula mengabaikan aspek kerohanian dan kebatinan yang merupakan intipati agama ini, maka ulama seperti Imam Junaid al-Baghdadi telah mengambil intipati ajaran tasawuf dan tariqat dari al-Quran dan Hadis kemudian disesuaikan proses tarbiah dan tazkiyatun nufus(penyucian jiwa)dengan keadaan zaman, keadaan, murid dan situasi.


Penyusunan ilmu tariqat dikemaskini denga lebih teratur oleh Syaikh Abdul Qadir al-Jailani(wafat pada 561H) yang mempunyai ribuan murid.


Metodologi tariqat yang digunakan oleh para mursyid(pembimbing tariqat) adalah berbeza namun hampir kesemuanya lebih tertumpu kepada menghubungkan hati kepada Allah setiap masa dan keadaan. Konsep yang dipakai juga berbeza-beza ,ada yang selesa dengan ialah konsep mujahadah, ada yang lebih kepada konsep cinta, ada juga konsep syukur dan sabar, konsep puasa, dan lain-lain.


Tariqat yang asalnya untuk melahirkan mukmin sejati akhirnya telah menghasilkan mujahid-mujahid agama yang bertebaran keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam dengan hikmah dan kasih sayang. 


Sejarah membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan ahli tariqat dan tasawuf telah memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh kepada dunia Islam dengan membawa amalan Islam dan intipati ajarannya ke seluruh pelosok alam termasuklah alam Nusantara ini.


Seperti mana dalam ilmu tauhid dan fiqah, ada saja golongan yang tersesat didalamnya kerana godaan nafsu, begitu juga nasib yang dialami oleh sesetengah ahli tariqat. Namun amat silap jika seseorang memandang sinis dan langsung meninggalkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf/tariqat hanya kerana segelintir mereka ada yang tergelincir.


Hakikatnya masih banyak aliran tariqat yang masih berada diatas landasan yang benar dan sahih sehingga kini dalam membawa manusia kepada merealisasikan tujuan kita dicipta Allah di alam dunia ini.


Antara Aliran-Aliran Tariqat dalam Islam

1. Tarekat Qadariyah

2. Tarekat Syadziliyah

3. Tarekat Naqsabandiyah

4. Tarekat Yasafiyah dan Khawajagawiyah

5. Tarekat Khalwatiyah

6. Tarekat Syatariyah

7. Tarekat Rifa’iyah

8. Tarekat Qadariyah wa Naqsabandiyah

9. Tarekat sammaniyah

10. Tarekat Tijaniyah

11. Tarekat Chistiyah

12. Tarekat Mawlawyah

13. Tarekat Ni’matuliyah

14. Tarekat Sanusiyah

15. Tarekat Haddadiyah

16. Dan lain-lain


Mengenai pengharaman Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani di Malaysia mungkin bermaksud ianya tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia atau mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib menilai semula sebab musabab tarekat ini diharamkan supaya kebenarannya terzahir.


Meskipun begitu, pengharamannya disini tidak bermakna ia tertolak kerana di negara luar, Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani ini disambut dan diterima oleh ulama dunia Islam antaranya Syaikh Dr. Ali Jumuah(Mantan Mufti Mesir), Syaikh Muhammad Yahya al-Kattani(Ulama al-Azhar), Syaikh Muhammad Ghanim(ulama al-Azhar), Syaikh Ahmad(ulama al-Azhar), Syaikh Usamah (Naib Mufti Mesir), al-Habib Ali al-Jufri (Abu Zabi), al-Habib Umar bin Hagiz (Yaman), Syaikh mUhammad al-Ya'qubi(ulama Englang), Syaikhul Islam Dr. Tahir al-Qadri(ulama India), Syaikh Ahmad Kuftaru(Mufti Besar Syria), Syaikh Faisal Hamid, Syaikh Yasir al-Kudmani(ulama Syria) Baba Aziz (ulama Patani) dan lain-lain.


Usaha yang dibuat oleh Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan menubuhkan Bahagian Pendaftaran Tarekat adalah seharusnya dipuji dan dipandang baik.


Negeri Sembilan yang mengamalkan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah mempunyai Jilsah Al Turuq . 


Apakah Jilsah Al Turuq Al Sufiyyah ? - Jawatankuasa yang terdiri daripada pengamal tareqat yang pakar mengikut landasan al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qiyas berperanan untuk menyelia, mengenalpasti tareqat-tareqat yang diamalkan benar mengikut manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan didaftarkan. 


Antaranya terdiri dari Mufti Negeri Sembilan, termasuk Dr Abdul Manam, Dr Jahit Sidek, Dr Sulaiman bin Ibrahim. 


Jadi tidak timbul kekeliruan akibat orang yang tidak ahli tiba-tiba bercakap mengenai tareqat dan kemudian menyesatkan pula tareqat dan ahli tasawwuf. 


Info : 


1. Jilsah Al Turuq al Sufiyyah : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf


2. Senarai anggota : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/611-senarai-anggota-jilsah-al-turuq-al-sufiyyah


3. Enakmen Tarekat Tasawwuf : http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/607-pengenalan-enakmen


4. Pelan Strategik : http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/610-pelan-strategik-jabatan-mufti-kerajaan-negeri-negeri-sembilan-darul-khusus-2011-2015-bahagian-tarekat-tasawuf


5. TAREQAT TASAWWUF YANG BERDAFTAR DAN DILULUSKAN :

http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/161-tarekat-tassawuf-berdaftar


6. Arkib Tarekat Tasawwuf : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf


- mengandungi tokoh tarekat tasawwuf, himpunan doa dan zikir, kertas kerja dan sebagainya. 


Semoga di Malaysia mempunyai badan yang berfungsi seperti ini juga. Serahkan urusan pada ahlinya !


SILA SHARE DAN SEBARKAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Fakta: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani

Sunday, April 19, 2015

VIDEO : Haji Hadi Mahu Tun M Jadi Penasihat Kerajaan

Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak bukan menjadi pengacau atau perosak kepada kerajaan?


Video Haji Hadi Awang Mahu Semua orang-orang Bukan ISLAM jangan bimbang dengan usul yang beliau akan bawa ke PARLIMEN Nanti kerana usul tersebut hanya untuk orang Islam sahaja.



Saturday, April 18, 2015

VIDEO Tunku Mengatakan Mahathir Menjatuhkannya Dulu


Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari 
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

MENGAPAKAH GST? TIDAK HUDUD?


Kenapa GST dilaksanakan?
Kenapa harga minyak turun dan naik?
Kenapa Nilai Mata Wang Negara Jatuh atau Meningkat? 
Kenapa kerajaan begitu komited untuk langkah berjimat?

ARTIKEL INI ADALAH JAWAPAN KEPADA SEMUA PERSOALAN TERSEBUT, IA ADA KAITAN ANTARA SOALAN-SOALAN TERSEBUT, MOGA FAHAMI & SAMA-SAMA MEMBANTU.

Untuk memahami punca jatuh naik (appreciate/depreciate) sesuatu nilai mata wang, sewajarnya kita memahami terlebih dahulu konsep permintaan-pembekalan (demand-supply).

Mata wang diniagakan dalam pasaran tukaran mata wang asing (Foreign Exchange Market) dan turun naik nilainya bergantung pada tahap permintaan dan jumlahnya yang berada di dalam pasaran. Secara asasnya, semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu mata wang, maka nilainya akan meningkat. Manakala, jika pemintaan terhadap sesuatu mata wang menurun atau ramai menjualnya sehingga berlaku lebihan di dalam pasaran, maka nilainya akan jatuh.

Apakah yang menyebabkan berlakunya peningkatan dan penurunan permintaan?
Faktor peningkatan:

1. Perkembangan sektor eksport Untuk mengimport barangan daripada sesebuah negara, perlu menggunakan mata wang negara tersebut. Negara yang produknya kompetitif di dalam persaingan eksport, nilai mata wangnya kukuh kerana permintaan terhadap mata wangnya tinggi.

2. Kadar bunga (interest) tinggi, Kadar bunga yang tinggi yang ditetapkan oleh bank negara menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk menyimpan di dalam negara tersebut. Secara tidak langsung akan mengembangkan permintaan terhadap mata wangnya.

3. Peningkatan permintaan di dalam pasaran tukaran mata wang asingApabila sesuatu mata wang dijangka nilainya akan meningkat, biasanya akan membawa kepada pembelian mata wang negara tersebut oleh pemain pasaran dan seterusnya melonjakkan nilainya.

4. Kemasukan pelabur asing
Negara yang dilihat menjadi destinasi yang menarik untuk perlaburan, akan membawa kemasukan pelabur luar ke dalam negara (capital inflow). Mereka perlu membeli mata wang negara tersebut untuk terlibat di dalam perlaburan di negara tersebut.

5. Campur tangan bank negara, Terdapat negara yang sengaja merendahkan mata wangnya seperti yang dilakukan oleh China. Bank pusatnya akan membeli bon terbitan AS supaya mata wangnya akan menjadi lebih rendah daripada dollar. Tindakan ini dibuat supaya barangan lokalnya mampu kekal lebih murah dan mampu mengekalkan momentum persaingan di dalam pasaran eksport.

6. Kadar pengangguran rendah dan peningkatan pendapatan rakyat
Kadar pengangguran yang rendah dan tahap pendapatan rakyat yang tinggi meningkatkan permintaan wang di dalam pasaran domestik seterusnya meningkatkan nilai mata wang negara tersebut.

Faktor penurunan:

1. Kadar bunga yang rendah
Kadar bunga yang rendah akan mengurangkan tarikan yang ada untuk pelabur luar menyimpan di dalam sesuatu negara.

2. Peningkatan inflasi
Inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna di dalam sesebuah negara, seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, ekonomi negara tersebut di nilai sebagai lemah dan tidak stabil oleh pelabur asing.

3. Aktiviti spekulator
Tindakan spekulator di dalam pasaran tukaran mata wang asing menjual mata wang sesebuah negara dalam jumlah yang besar berupaya menyebabkan kekacauan dan ketakutan di kalangan pasaran saham.

4. Campur tangan kerajaan
Sepertimana yang pernah dilakukan oleh AS melalui tindakan Quantitative Easing. AS membeli bon terbitan negaranya sendiri dan secara tidak langsung mengwujudkan impresi permintaan yang tinggi terhadap dollar.

Faktor Kejatuhan Nilai Ringgit

Setelah kita memahami punca naik dan turunnya mata wang sesebuah negara, kita akan lebih mudah untuk mengenal pasti punca penguncupan nilai mata wang negara kita.

1. Penurunan ketara harga minyak dunia Mutakhir ini, harga minyak menah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong pada 19 Januari yang lalu. Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah. Penghasilan minyak dunia yang meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi AS yang berupaya menghasilkan shale oil dan kelembapan ekonomi yang dialami oleh negara penyumbang utama ekonomi dunia seperti China dan Jepun telah mengurangkan permintaan terhadap minyak seterusnya menjadi faktor kejatuhan harga minyak dunia.

Keputusan Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang diwakili oleh Saudi di dalam kenyataan media sebelum ini bahawa mereka tidak akan mengurangkan penghasilan minyak untuk mengembalikan semula harga asal minyak telah memberikan ramalan bahawa harga minyak mentah akan kekal pada kadar yang rendah.

30% daripada pendapatan Malaysia adalah datang daripada sektor minyak.
Di dalam Bajet 2015, diunjurkan bahawa sektor ini bakal menyumbang sejumlah RM 82 billion atau 11.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Akan tetapi apabila berlaku kejatuhan harga minyak dunia secara drastik sebegini, Malaysia dijangka akan mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM 25 billion.

Kelompongan pada pendapatan negara ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh lebihan yang dinikmati melalui penghapusan subsidi petrol sebanyak RM 18 billion.

Kebimbangan timbul terhadap status Imbangan Akaun Semasa negara (trade account/current account). Akaun semasa adalah jumlah baki perdagangan (jumlah eksport – jumlah import barangan dan perkhidmatan). 

Penguncupan lebihan pada akaun semasa (import lebih daripada eksport) akan menunjukkan marginal surplus yang makin mengecil. Dibimbangi sekiranya pendapatan melalui aktiviti eksport minyak mentah kita terjejas akan membawa kepada defisit pada akaun semasa seterusnya menjerumuskan Malaysia ke dalam masalah deficit berkembar (twin-deficit). Ketidakstabilan ini mengurangkan keyakinan dan tarikan terhadap pelabur luar.

2. Polisi dan urustadbir kewangan kerajaan
Sebelum daripada berlakunya kejatuhan harga minyak mentah dunia, ramai penganalisa ekonomi sudah menjangkakan akan berlaku penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia kerana polisi kewangan yang dilihat tidak fleksibel dan kurang mesra pelabur berbanding negara membangun yang menjadi pesaing kepada Malaysia seperti Indonesia dan India.

Malaysia kini dilihat sebagai prospek yang berisiko kepada pelabur; takat hutang awam yang tinggi, peningkatan hutang asing dan penguncupan marginal lebihan akaun semasa telah menjadi antara faktornya.

Pegangan hutang oleh pelabur asing mewakili 45% daripada hutang negara telah meletakkan negara Malaysia berada di dalam posisi yang membimbangkan. Ini berbeza dengan Indonesia yang hanya mempunyai 32.5% sahaja hutangnya daripada luar, begitu juga India dengan hanya serendah 2 %.

3. Kekukuhan dollar Amerika Syarikat (USD) Semenjak daripada tahun lepas, AS telah meningkatkan kadar faedahnya. Menyebabkan berlakunya kemasukan modal (capital inflow) ke dalam negaranya seterusnya mengukuhkan kedudukan USD itu sendiri.
Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan?

Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kondisi semasa ekonomi Malaysia dan tindakan susulan kerajaan dalam menghadapi kemelut ekonomi ini. Sikap positif dan optimis yang ditunjukkan oleh beliau dalam menanggapi isu ini adalah sesuatu yang saya anggapkan adalah untuk mengelak timbulnya kebimbangan yang melampau di kalangan rakyat dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis keyakinan terhadap kendalian kerajaan. Sikap ini penting supaya, rakyat akan sederap langkah dengan yakin bersama kerajaan dalam mengembleng kudrat memulihkan ekonomi negara kita.

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, suka untuk saya rumuskan pelan tindakan kerajaan kepada beberapa isi:

1. Mengembangkan pasaran eksport dan perlancongan
Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya.

Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.
Antaranya seperti membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menerokai pasaran luar dengan mempromosikannya kepada 46 buah negara.

Begitu juga meningkatkan kualiti dan capaian tahan logistik dan pengangkutan bagi tujuan perdagangan.

Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

2. Mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import
Barangan import akan menjadi lebih mahal di kala kejatuhan nilai mata wang negara seperti sekarang. Kebergantungan yang tinggi kepada barangan import akan membawa kepada inflasi dan membawa kepada risiko defisit –bekembar.

Justeru, kerajaan telah menyusun beberapa tindakan seperti mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Begitu juga menggalakkan pembelian barangan tempatan di kalangan rakyat dan meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh Malaysia.

3. Meneruskan pengstrukturan semula pendapatan dan mengkaji perbelanjaan negara
Bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara, kerajaan komited untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi negara melalui mempelbagaikan sumber kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dengan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kerajaan juga akan menghentikan sementara Program Latihan Khidmat Negara yang akan membawa kepada penjimatan sebanyak RM 400 juta. Seterusnya, mensasarkan penjimatan sebanyak RM 1.6 billion melalui mengoptimumkan pengurangan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional.

Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit.

Kerajaan juga akan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Kerajaan tidak mengambil tindakan menghentikan projek mega dan memotong kebanyakan perbelanjaan (austerity) dan menggalakkan rakyat berbelanja melalui penganjuran jualan mega dilihat adalah untuk memastikan kitaran ekonomi terus berjalan dan mengelakkan kelembapan ekonomi disebabkan oleh perlahannya kitaran duit dalam negara.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga tidak mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar bunganya seperti mana negara yang lain kerana ianya akan membebankan rakyat.

Persoalan yang paling utama perlu diamati dan dijawab di dalam menanggapi isu kejatuhan mata wang ini adalah, “Adakah perlu untuk naikkan semula nilai mata wang atau fokus kepada kestabilan ekonomi?”.

Sama-sama kita membantu agar kedua-duanya dapat di pulihkan.

Friday, April 17, 2015

Fiesta Orang Muda Hulu Dapat Sambutan

Gimik Pelancaran Oleh Yang Berbahagia Dato Suhaimi Bin Sulong Pegawai Khas Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Fiesta Orang Muda Hulu 2015 yang berlangsung selama hampir sebulan bermula pada 10 April 2015 dan berakhir pada 4 Mei 2015 yang berlangsung di Kuala Berang Waterfront, Hulu Terengganu.

Majlis pelancaran Fiesta Orang Muda Hulu (15 April 2015) itu dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Suhaimi Bin Sulong Pegawai Khas Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Dalam program ini seramai 1500 orang muda daripada seluruh Parlimen Hulu Terengganu berkumpul dan menjayakan pelancaran ini serta pelbagai program yang menarik diadakan sepanjang Fiesta ini berlangsung.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu merangkap Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu Mohd Johari Abu Bakar pelbagai acara dan program-program yang menarik yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Antara program yang disediakan seperti Pelancaran Skuad Bermotor Pemuda, Bikes Week, Sukan Air, XCC Mountain Bike, Kayuhan Amal, Bolasepak Pasir, Dam Aji Dalam Taman, Karnival Kerjaya & Pendidikan, Motocross Pemuda 2015, Car Autoshow, Pertandingan Audio Kereta, Kereta Cantik, Karaoke, Dàftar Keahlian UMNO & Pemilih, Ceramah Agama, Jumbo Fun Park dan pelbagai gerai-gerai jualan”

“Fiesta Orang Muda ini adalah permulaan bagi negeri Terengganu dan akan diteruskan ke parlimen-parlimen lain seluruh Negeri Terengganu serta lokasi pilihan yang kedua akan diadakan di Kuala Terengganu” katanya.

“Bagi pihak Pemuda UMNO Hulu Terengganu kita akan mendaftarkan semua peserta motosikal malam ini sebagai sebuah Kelab Motor Hulu Terengganu” tambahnya lagi.


Turut sama menjayakan Pelancaran ini YBM Dato' Tg. Putera Tg. Awang, Abdullah Abd Rahman  (Pegawai Khas Adun Ajil), Ketua Polis Hulu Terengganu, Pegawai Belia & Sukan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu.






Thursday, April 16, 2015

Hilang !!! Barangan Hak Kerajaan diLarikan Oleh Zakaria??

MASIHKAH INGAT KEHILANGAN PERALATAN DI URUSETIA PENERANGAN NEGERI DI JALAN PEJABAT??

Orang bernama Zakaria Dagang ni nak tunjuk hebat, membuat status dalam FBnya mempertikaikan MB Dato' Razif baiki rumah di Seberang Takir.

Rumah itu soal hak milik peribadi.
Ini berkaitan Urusetia Penerangan Negeri Terengganu adalah hak kerajaan dan rakyat.

Mengapa semasa menjadi Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu (1999- Mac 2004) tidak urus dan jaga harta benda kerajaan dan rakyat dengan baik dan sempurna.

Barang-barang seperti peralatan kamera dan yang berkaitan dengannya dibeli oleh pengurusan Urusetia Penerangan Negeri masa itu yang Pengarahnya saudara Zakaria Dagang tanpa mengikut prosedur kewangan yang betul, malah tidak ada rekod. Itulah pengurusan pentadbiran Islam wahai Zakaria Dagang?

Pegawai Pejabat SUK Terengganu memberi tahu banyak peralatan di jabatan yang diketuai oleh calon Pas Seberang Takir itu (Zakaria Dagang) tidak tahu ke mana pergi selepas kerajaan Pas Terengganu tewas pada PRU11 pada tahun 2004.

Melesapkan barang-barang milik kerajaan dan rakyat Terengganu adakah sebahagian dari ciri ciri pemerintahan Islam wahai Zakaria Dagang??

Jangan cuba nak memburukkan orang lain, kalau diri sendiri banyak melakukan sesuatu yang tidak berakhlak sewaktu berkuasa.

Daulat Tuanku : Mohon Sembah PENDERHAKA

SUDU SELORI, KUAH SEMANGKUK

Pembinaan masjid atau surau di Terengganu perlu mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Perkara itu dititahkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini.

Peraturan itu termaktub di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001 yang diluluskan pada zaman pemerintahan PAS di Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004.

Pemimpin PAS seperti ADUN Paka, Satiful Bahri Mamat dan ADUN Teluk Pasu, Ridzuan Hashim perlu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum menuduh Kerajaan Terengganu sebagai zalim dan anti Islam.

PAS buat undang-undang, PAS sendiri tidak mahu ikut! Pemimpin PAS perlu akur titah Sultan Terengganu atau memilih untuk menjadi penderhaka?

Keputusan Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu merobohkan sebuah surau yang masih dalam pembinaan di Kawasan Perindustrian Gong Badak dipersetujui sendiri oleh pemiliknya, Mohd Maliki Endut.

Malah, kerja-kerja itu turut dilakukan sendiri oleh kakitangan Maliki, yang juga pemilik Gabungan Pemborong Quarry Sdn. Bhd.

Pemilik sudah mengakui kesilapan itu, yang pemimpin PAS 'lebih sudu dari kuah' ini kenapa?

Berikut merupakan kronologi kes ini :

Disember 2013 : Maliki membina sebuah surau di sebuah simpang di Kawasan Industri Gong Badak.

15 Disember 2013 : Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengeluar notis pemberitahuan bahawa surau itu dibina di atas rizab jalan secara tidak sah.

10 Januari 2014 : Maliki menulis surat kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu memohon untuk membina sebuah surau di atas tanah milik syarikatnya, Gabungan Pemborong Quarry Sdn. Bhd. di lot 14066.

Surau mula dibina pada Disember 2013 tetapi permohonan dibuat pada Januari 2014.

Walaupun notis pemberitahuan telah dikeluarkan pada 15 Disember 2013, pihak Malik tetap meneruskan pembinaannya sehingga 2015.

Permohonan dibuat untuk membina surau di atas lot 14066 milik Maliki, tetapi pembinaanya dibuat di atas rizab jalan milik kerajaan. Mohon tempat lain, bina tempat lain!

14 April 2015 : Penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu. Maliki akhirnya akur dan bersetuju untuk mengosongkan tanah rizab jalan tersebut.

Perkara ini berjaya diselesaikan dengan cara baik dan aman. PAS cuba menimbulkan kekocohan dan fitnah di media sosial dengan membuat tuduhan bahawa Kerajaan Terengganu, UMNO dan BN sebagai zalim dan kejam.

Masihkah kau ingat, Madrasah Solihin yang yang berusia 100 tahun dirobohkan oleh Kerajaan Kedah semasa era pemerintahan PAS bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah pasaraya besar?

Tanah Surau Al-Islah di Kajang, Selangor telah diwartawan sebagai rizab sungai milik JPS oleh Kerajaan Selangor pada 5 Februari 2015. Bagaimana nasib surau yang berusia 15 tahun itu selepas ini? Memandangkan perkara ini berlaku di bawah pentadbiran PAS, tiada kezaliman dan kekejaman berlaku.

| SEBARKAN |
| SUMBER terengganudaily.com |

Wednesday, April 15, 2015

ZALIM NYA KERAJAAN TERENGGANU - ROBOH SURAU LAMA IKHLAS

Notis@ Surat yang di keluarkan pada Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu 15/12/2013
Tindakan  meroboh dijalankan seperti yang diperuntukkan di bawah Sek.425 Kanun Tanah Negara.
 
Semasa operasi meroboh sedang dijalankan satu perbincangan ringkas telah diadakan di antara Pegawai Penguatkuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu Puan  Fardiyana binti Hashim dengan Pemilik Surau,  Maliki bin Endut.
Persetujuan telah dicapai di mana pihak penguasa hanya meroboh struktur dinding surau sahaja dan pemilik surau akan meroboh sendiri atap, lantai dan struktur tiang utama bangunan surau tersebut serta telah dipersetujui bersama dan  tempoh selama 1 minggu dari sekarang untuk pemilik merobohkannya.
 
Jika selepas 1 minggu pemilik gagal merobohkan atau mengalihkan  pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan tindakan yang sewajarnya tanpa memberikan notis.
 
Gambar diambil pada 23/11/2013 jam 11.08 pagi
KRONOLOGI : ISU SURAU DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GONG BADAK
 
Disember 2013 : Sebuah surau mula dibina oleh Mohd Maliki bin Endut di sebuah simpang di Kawasan Industri Gong Badak.
 
15 Disember 2013 : Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengeluar notis pemberitahuan bahawa surau itu dibina di atas rizab jalan secara tidak sah.
 
10 Januari 2014 : Mohd Maliki menulis surat kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu memohon untuk membina sebuah surau di atas tanah milik syarikatnya, Gabungan Pemborong Quarry Sdn. Bhd. di lot 14066.
 
■ Surau mula dibina pada Disember 2013 tetapi permohonan dibuat pada Januari 2014.
 
■ Walaupun notis pemberitahuan telah dikeluarkan pada 15 Disember 2013, pihak Mohd Malik tetap meneruskan pembinaannya sehingga 2015.
 
■ Permohonan dibuat untuk membina surau di atas lot 14066 milik Mohd Maliki, tetapi pembinaanya dibuat di atas rizab jalan milik kerajaan. Mohon tempat lain, bina tempat lain!
 
14 April 2015 : Penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Tanah Daerah dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Mohd Maliki mengakui perkara tersebut dan bersetuju untuk mengosongkan tanah rizab jalan tersebut. Surau tersebut masih belum siap sepenuhnya, belum diguna, tiada elektrik dan air.
 

Tiang Letrik TNB

FAKTA Banggol Donas : PAS Kuala Nerus PENIPU.. PEMBOHONG... Rakyat BODOH Yang Mempercayainya !!!!



Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali telah membuat satu kenyataan mengenai Banggol Donas pada 28 November 2008. Kenyataan itu disiarkan di portal berita pro pembangkang, The Malaysia Insider pada tarikh yang sama.

Kenyataan itu antara lain bagi memberitahu bahawa Kerajaan Terengganu telah melakukan kezaliman dan penindasan kepada penduduk Banggol Donas.

Setelah Terengganu Daily meneliti setiap baris kenyataan tersebut, Khairuddin At-Takiri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu telah mengeluarkan empat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai fitnah, tipu dan berniat jahat.

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Proses pengambilan tanah di Banggol Donas tidak mengikut peraturan Kanun Tanah Negara.

FAKTA : Proses pegambilan tanah di semua 184 lot di beberapa buah kampung terlibat termasuk di Banggol Donas oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengikut peraturan Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kepatuhan Kerajaan Terengganu kepada peraturan proses pengambilan tanah TERBUKTI apabila pihak plaintif iaitu Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong) KALAH di mahkamah sebanyak dua kali.

Permohonan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dibuat pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan membuat proses pengambilan balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu. Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Seramai 22 keluarga di Banggol Donas menjadi mangsa kezaliman dan kediaman mereka akan dirobohkan secara paksa dan rakus bila-bila masa.

FAKTA : Tiada rumah penduduk di Banggol Donas dirobohkan secara paksa dan zalim. Pada 31 Januari 2013, Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah untuk projek tersebut. Dalam majlis itu, Borang H (Notis Award dan Tawaran Pampasan), cek bayaran pampasan dan Borang K (Notis Bahawa Tanah Telah Diambil Milik) telah dibuat kepada penduduk terlibat.

Namun terdapat lima pemilik tanah (plaintif) enggan menerima Borang H, cek bayaran pampasan dan Borang K. Walaubagaimanapun, wang pampasan milik kelima-lima plaintif telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi dan ia menjadi milik plaintif.

Dari sumber mana Khairuddin At-Takiri mendapat angka 22 itu? Masih terdapat 5 buah rumah kediaman yang masih ada di atas tapak yang menghalang kerja-kerja pembinaan. Terengganu Daily mahu tanya Ahli Parlimen Kuala Nerus, di mana 17 keluarga lagi? Jika rumah-rumah 17 keluarga itu telah diroboh secara paksa dan rakus, kenapa Harakah atau Media Baru PAS Kuala Nerus tidak ambil gambar dan sebarkan ‘kezaliman’ itu?

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Borang K dikeluarkan menyatakan tanah mereka (plaintif) telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.

FAKTA : Borang K (Notis Bahawa Tanah Telah Diambil Milik) telah dibuat kepada plaintif pada 31 Januari 2013. Namun mereka masih enggan menerima. Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mempunyai bukti dan gambar bahawa Borang K telah diserahkan kepada plaintif.

Contohnya, bagi kes Salleh Embong, cek bayaran pampasan, Borang H dan Borang K diserahkan oleh Penghantar Notis Kanan Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Salleh Embong pada 26 Julai 2012 di rumahnya di Banggol Donas. Salleh Embong enggan menerima bayaran pampasan berjumlah RM199,170.30 (Cek No. 628046 Bank Muamalat Kuala Terengganu)

Wang pampasan plaintif telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi dan ia menjadi milik plaintif. Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu tidak berhak lagi ke atas semua wang pampasan tersebut.

Selain itu, Zulaidi bin Puteh menerima pampasan sebanyak RM195,157.30 termasuk pampasan garaj kenderaan sebanyak RM12,000, pagar (RM30,000) dan pintu pagar (RM3,000). Mohd bin Endut menerima pampasan RM81,075.75.

PENIPUAN KHAIRUDDIN AT-TAKIRI : Pembinaan jalan itu tidak mengikut prosedur Akta Pengambilan Tanah 1960 apabila projek ini tidak diwartakan sebelum memulakan projek. Projek telah berjalan pada 18 Julai 2010, sedangkan ia diwartakan pada 28 Oktober 2010.

FAKTA : Seksyen 4 Kanun Tanah Negara 1965 membenarkan perbuatan tersebut mengikut budi bicara dan persetujuan bertulis antara pihak kontraktor dan pemilik-pemilik tanah. Kerja-kerja awal hanya melibatkan urusan pembinaan jalan masuk ke tapak projek serta penghantaran kenderaan dan jentera. Jarak masa hanyalah tiga bulan dan perkara ini tidak menjadi isu kepada pemilik-pemilik tanah.

| SEBARKAN  terengganudaily.com|

Tuesday, April 14, 2015

Banggol Donas !!! Pengakuan Salleh dan Siapa Penyebabnya - Oh... Kotor nya Perjuangan Mu

Pandangan dar Setelit, 3 buah rumah sahaja lagi yang menyebabkan
Jalan ini tidak siap sejak 6 tahun lalu.

Banggol Donas : Salleh Embong Minta Tempoh Empat Bulan Untuk Pindah

SIRI PERTAMA – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Salleh Embong meminta tempoh selama empat bulan daripada kerajaan untuk beliau dan empat lagi yang lain berpindah.

Pengosongan tanah itu sedia dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan raya empat lorong yang menghubungkan pusat bandar Kuala Terengganu ke Bukit Guntung dan Lebuh Raya Pantai Timur di Gemuruh.

Salleh berkata, notis arahan supaya mengosongkan binaan rumah yang bertarikh 7 April 2015 tidak boleh dikuatkuasakan sehingga kes tersebut perlu diselesaikan di Mahkamah Persekutuan.

Jika pihaknya kalah dalam usaha tersebut, Salleh menuntut kerajaan negeri menyelesaikan perundingan pampasan dan memberi tempoh pengosongan selama empat bulan.

“Kalau kita kalah juga, maknanya kita tak dok doh (sudah habis usaha). Kemudian, notis penggantungan ini kita minta supaya diberi peluang 4 bulan selepas pampasan dibayar,” katanya pada 9 April 2015 di rumahnya di Banggol Donas, lapor portal berita milik PAS Terengganu, buletinonline.

Bagi menjayakan projek itu, sebanyak 184 lot terlibat dengan proses pengambilan balik tanah mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dibuat oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Daripada 184 lot, hanya satu lot iaitu lot 4121 tidak dapat diselesaikan. Lot itu dahulunya dimiliki oleh Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong).

Abdul Halim dan empat yang lain telah memfailkan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan membuat proses pengambilan balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu.

Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Walaupun dua kali kalah di mahkamah, kerajaan negeri masih dituduh tidak mengikut peraturan, zalim, dan kejam kepada penduduk.

Sebanyak 103 binaan termasuk rumah kediaman telah dikosongkan. Hanya 5 binaan masih belum dikosongkan termasuk rumah kediaman milik Salleh Embong.

Namun, Salleh memilih untuk menjadikan perkara ini sebagai propaganda politik ‘ayam kampung’ bersama pemimpin PAS.

Soalan untuk Salleh Embong dan PAS Kawasan Kuala Nerus.

(1) Sebanyak 184 lot tanah terlibat dengan proses pengambilan balik, 183 lot telah selesai dan hanya 1 lot tidak selesai. Dimana zalimnya kerajaan? Hanya kerana 1 lot, projek untuk kemudahan rakyat terbengkalai, kos pembinaan meningkat dan berlaku pembaziran.

(2) Sebanyak 103 binaan telah dikosongkan dan semua pemilik menerima pampasan dan hanya 5 binaan (rumah kediaman) belum dikosongkan. Dimana kejamnya kerajaan? Siapa yang mahu mewakili 103 pemilik binaan yang sanggup merobohkan rumah kediaman dan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada projek yang akan menguntungkan rakyat jelata.

(3) Kenapa ADUN PAS Tepuh dan ADUN PAS Teluk Pasu tidak tanya penyokong-penyokong PAS (jangan tanya penyokong UMNO) yang terlibat dalam pengambilan 183 lot yang telah selesai dan 103 binaan yang telah dikosongkan, berapa pampasan mereka dapat? Pemimpin PAS Kuala Nerus begitu sibuk memperjuangkan pampasan tanah Salleh Embong sedangkan penyokong PAS yang lain bagaimana?

Yang pasti, pemimpin PAS dapat keuntungan politik. Dapat jadi ‘pejuang rakyat’ dan dapat masuk Sinar Harian, Harakah dan facebook sekali gus menggalkan usaha kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat.

Projek itu antara lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di dua jalan utama yang melibatkan Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir.

Ia turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan baru yang merentasi Sungai Terengganu di Pulau Sekati dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.

Selain memberi keselesaan kepada rakyat, jalan itu bakal menghubungkan kawasan baru seperti Kompleks Usahawan Terengganu, Projek Rumah Mampu Milik Banggol Tuan Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram.

Banyak perkara yang belum diketahui umum, apa sebenarnya agenda Salleh Embong. Salleh adalah bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Yang benar-benar tahu latar belakang beliau bukan PAS, tetapi UMNO. Ia terlalu peribadi, jika didedahkan oleh Terengganu Daily, boleh menjatuhkan maruah Salleh dan keluarganya.

Bersambung....
http://terengganudaily.com/banggol-donas-salleh-embong-minta-tempoh-empat-bulan-untuk-pindah

| SEBARKAN |