Thursday, November 2, 2017

SYAIFUL ANANG ANAK IKAN ZALI DERIH?


Sememangnya dekat dengan hati rakyat Terengganu dengan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri terus kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Namun begitu lain pula dengan Pemuda Armada parti Bunga Terengganu yang jelas kurang senang dan cemburu dengan slogan yang dilaungkan kepimpinan kerajaan Terengganu itu.

Pemuda Bunga hanya menyalak semata-mata dan tidak menyatakan fakta yang jelas mengenai jumlah penggangguran yang berlaku di Terengganu.

Masalah penggangguran juga bukan sahaja berlaku di Terengganu kerana situasai sama juga berlaku di negeri Selangor dan Penang yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang.

Dalam menangani isu tersebut, kerajaan negeri telah melancarkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) yang akan memberi peluang siswazah menjalani latihan industri di anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat swasta selama enam bulan dengan dibayar elaun RM1,000 setiap bulan.

Sementara itu kerajaan Terengganu juga menggalakkan sektor keusahawanan dengan pemberian insentif khas oleh agensi seperti Yaysasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Maidam, Mara dan banyak lagi yang membantu usahawan membuka perniagaan dan memperkembangkan perusahaan mereka dalam pelbagai jenis bidang yang disertai.

Selain itu kerajaan negeri telah menerima pelaburan pihak luar untuk jangka masa panjang melalui kerjasama MOU dengan syarikat swasta sekaligus membuka peluang pekerjaan untuk rakyat khusunya golongan muda.

Kerajaan negeri juga telah menjadikan sektor pelancongan sebagai bidang baharu yang mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan yang juga membuka lebih banyak peluang kerja untuk rakyat tanpa mengira umur.

Pemuda parti Bunga seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan yang mengarut dan tidak masuk akal.

Amat malu jika setakat ini sahaja taraf pemuda Bunga yang mempunyai latar belakang pelajaran tetapi pemikiran tin kosong yang hanya menunggu masa untuk ‘reboh tungging nyior’. Budak-budak ini perlu belajar lebih banyak sebelum terjun ke dalam bidang politik.

Jelas slogan Tranung Molek Doh  amat tepat dan menyeluruh kepada rakyat dan insyaallah negeri Terengganu akan terus berkembang maju mengikut acuan rakyat Terengganu sendiri.


Tranung Molek Doh  !

Friday, October 27, 2017

PAS Akan Haramkan Semua Bentuk Hiburan Bila Memerintah Terengganu



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengharamkan segala aktiviti sosial dan rekriasi yang menampakkan bentuk fizikal diseluruh Terengganu jika berjaya mentadbir selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.

Menurut sumber Batu Buruk, kenyataan itu dikhabarkan kepada semua jentera parti dan ahli-ahli menerusi kepimpinan setempat dan juga turut disebarkan kepada rakyat sekitarnya.

Terbaru satu kenyataan pemilik fb yang turut mengecam aktiviti senaman arobik, zumba, berbasikal yang mengenakan pakaian sukan dan rekabentuknya seksi sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Perkara itu turut ditular oleh jentera Pas media sosial menerusi aplikasi whatsapp dan telegram.

Pas hari ini tidak faham dan tidak dapat membezakan pakaian sukan dengan pakaian seksi (fashion) dinegara ini.




Thursday, October 26, 2017

*Sifat semulajadi HADI AWANG, Klukkk Klekkk...*

*KERJASAMA PAS-UMNO : Hadi Kluk Klek...*

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini menunggu keputusan presiden parti Dato' Seri Abdul Hadi Awang sama ada bekerjasama dengan UMNO ataupun dalam pilihanraya umum ke-14 nanti.

Ahli PAS seluruh negara tertanya-tanya akan keputusan kepimpinan PAS pusat dan PAS perlu menyatakan dengan beberapa segera jawapan kepada UMNO atau terus bersendiraan menghadapi pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya.

Umum mengetahui bahawa PAS kini tidak banyak menyerang UMNO dan Najib Razak kerana ada sesuatu yang membuatkan meraka membisu sehingga hari ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasah.

Kebelakang ini banyak kepimpinan PAS cuba bermesra dengan pemimpin UMNO dalam beberapa program anjuran UMNO diperingkat pusat atau negeri-negeri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengarah piliharaya PAS Dato' Mustafa Ali minggu lalu telah menyarankan agar PAS segera membuat keputusan bekerjasama dengan UMNO demi melihat kelangsungan politik PAS masa akan datang.

Beliau berkata demikan setelah melihat beberapa kerjasama dan hala tuju PAS kini satu aliran dengan apa yang dibawa oleh UMNO selama ini dan bukan lagi menganggap UMNO musuh politik kekal selamanya.

Mustafa yang juga Penasihat kepada Presiden Pas bagaimanapun mengakui, perkara yang dibangkitkannya dan tidak pernah dibincangkan secara rasmi dengan mana-mana pihak dalam parti itu.

Dari  itu PAS perlu melihat sejarah pilihan raya sebelum ini ketika mereka bersendirian dan sejarah ketika berada dalam gabungan parti politik pembangkang.

Semalam juga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fan Page FB milik presiden PAS telah mengesah sikap kluk klek Hadi yang masih bersikap tarik tali dalam isu kerjasama dengan UMNO.

Katanya, Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK PAS Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya PAS bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah. 

PAS berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya.

Sumber ::: -

*KERJASAMA PAS-UMNO : Hadi Kluk Klek...*

*Sifat semulajadi HADI AWANG, Klukkk Klekkk...*


Thursday, October 19, 2017

*PILIH UMNO DEMI KUASA MELAYU DAN ISLAM - HADI AWANG*


DALAM satu kenyataan sebelum ini, Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan dengan jelas berkaitan pentadbiran kerajaan di negara ini yang mana kelayakkan itu hanya ada pada UMNO dan juga PAS.

Katanya, kuasa Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja, jika mana-mana parti hendak tadbir negara Malaysia ini dan rakyat perlu membuat pilihan sama ada UMNO ataupun PAS.

Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”

“Kuasa politik orang Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja" katanya.

Dinahari ini juga banyak kata-kata Hadi Awang tidaka diguna pakai oleh pimpinan PAS terutama di Terengganu sepertimana yang dilakukan bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu Saitiful Bahri Mamat.

Saitiful banyak menghentam kerajaan Melayu yang didokong oleh UMNO di Terengganu dengan pelbagai perkara yang dibangkit dan yang pastinya perkera-perkara tersebut tidak berasas.

Ada beberapa pemimpin PAS Terengganu yang tidak menghormati langsung dengan kata-kata presiden PAS sebelum ini, ia telah menunjukkan bahawa kata-kata Hadi tidak lagi dihormati dan dijulang seperti sediakala walaupun sudah ramai ditendang keluar menerusi muktamar PAS pada 2015 lalu.

Saki baki kepimpinan PAS yang ada kini juga sudah tidak sependapat dengan Hadi kerana banyak dari kalangan mereka bertunjangkan kepada keputusan yang dibauat timbalan presiden ketika ini dan tanda-tanda penyingkitan hadi sudah digerakan seawal mungkin.


PAS Terengganu wajar berhati-hati dengan pemimpin PAS yang ada kini dan mereka ini juga pro kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang rancak merosakkan PAS dari dalam serta keputasan itu akan diterjemahkan dalam pilihanraya umum nanti.

Wednesday, August 30, 2017

*Hambali Sahkan PH Terengganu Bergolak*



Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Hambali Abdul Latif telah mengesahkan bahawa pakatan harapan Terengganu berada dalam masalah sendiri dengan perlantikan Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai Pegerusi PH Terengganu.

Salam petikan artikel yang dimuat naik semalam dalam blog milik beliau sendiri (http://teganukini.blogspot.my) telah mengesahkan pergolakan itu berlaku kerana dari pandangan PPBM, pengerusi PH akan menjadi Menteri Besar (MB) jika menang PRU 14.

Rakyat perlu melihat apa yang berlaku dalam PH Terengganu hari ini dengan perebutan kerusi pengerusi PH telah menjadi besar dan masing-masing parti menyatakan mereka terbaik dari kalangan mereka.

Adakah rakyat sekali lagi mahu memperjudikan nasib sepertimana berlaku pada 1999 dahulu yang menjadikan Negeri Terengganu caca merba akibat ditadbir urus oleh parti islam yang rakus dengan nafsu serakah mereka.

Terbaru minggu lalu, KETUA BAHAGIAN... diulang lagi KETUA BAHAGIAN... KETUA BAHAGIAN PPBM Dungun telah meletak JAWATAN dan keluar parti itu dengan 250 orang ahlinya.

Dimana kuatnya PPBM Terengganu berbanding parti AMANAH sejak ditubuhkan TIADA satu pun keluar parti secara beramai-ramai.

Malangnya provokasi dari RCML@Othman Ismail itu telah berjaya sehinggakan  Hambali sendiri selaku setiausaha PPBM Terengganu membuat kenyataan rasmi di facebook dan juga blog miliknya.

Dalam kenyataan tersebut beliau turut menyatakan RCML itu gila dan menidakkan bahawa NGO  Desak itu hanya RCML sorang sahaja ahlinya.





Wednesday, March 29, 2017

Sidang DUN : ADUN Alur Limbat(PAS) Mahu Kerajaan TUTUP Panggung Wayang - Ariffin Deraman

*Sidang DUN : Alur Limbat Mahu Kerajaan TUTUP Panggung Wayang*

Kerajaan diminta kaji balik tentang panggung wayang yang dibuka semula selepas 22 tahun ditutup sebelum ini.

Cadangan itu disebut dalam perbahasan dari ADUN Alur Limbat petang ini, katanya banyak kemungkaran yang berlaku didalam panggung wayang tersebut.

"saya dimaklumkan bahawa panggung wayang tersebut mempunyai 11 buah dewan kesemuanya dan boleh memuatkan seramai 1,700 orang.

"dan ianya dibuka dari pagi(jam tidak dinyatakan) hingga jam 1.00 pagi dan akan membahayakan kepada muda mudi negeri ini..."

Katanya lagi, panggung wayang itu turut dibuka sepanjang bulan ramadhan ini mengikut apa yang maklumat beliau terima dan hanya tutup pada jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.

"jadi apabila panggung ini dibuka pada bulan puasa, ramailah yang tidak sembahyang sunat tarawih nanti,

"kita juga dimaklumka panggung wayang ini, masih lagi beroperasi dalam keadaan GELAP dan pengasingan lelaki serta perempuan masih belum dijalankan sepertimana yang dinyatakan," katanya.


Beliau turun mencadangkan supaya kerajaan tarik balik pembuakaan panggung wayang tersebut didalam dewan undang negeri petang ini. -*kulihatlangitbiru.com*

Sekarang PPBM Terengganu Dah Ada 2 KEM

DESAS-desus pergeseran pemimpin penaja dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi negeri Terengganu sedang bergaduh sesama sendiri akibat perebutan jawatan peringkat bahagian mahu pun negeri.

Ada yang menyatakan PPBM Terengganu kini sudah mempunyai 2 kem, satu kem pengerusi penaja baru dan satu kem pengerusi penaja pendaftaran ahli parti tersebut.

Bagi pengerusi penaja keahlian PPBM Terengganu pula tidak berpuas hati apabila Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden yang telah melantik Razali sebagai Pengerusi PPBM bagi negeri Terengganu dan juga timbalannya Mohd Yusop Majid.

Menurut sumber PPBM, pengerusi penaja keahlian parti itu mengamuk setelah diumumkan nama Razali sebagai pengerusi negeri dan terus melarikan diri dari majlis yang dihadiri.

Tambahnya, pemilihan Razali telah dilihat apabila beberapa program yang diatur melibatkan  timbalan PPBM ke Terengganu dan memilih kediaman Razali sebagai tempat persinggahan.


Dan yang terbaru program diadakan di Ajil itu menyerlahkan lagi bahawa Razali akan dilantik oleh pimpinan pusat bagi negeri Terengganu setelah Razali memainkan peranan yang penting serta ditambah dengan kekuatan ekonomi beliau (kewangan).

Wednesday, March 22, 2017

Patutlah RAZALI Idris Terkenal Dengan "Mat Blur"

SATU kenyataan yang dimuat naik oleh Razali Idris dalam akaun facebook miliknya yang menyatakan "RUU355 !!! Umno diperkudakan oleh MCA dan MIC manakala Melayu Islam Suffer"

Razali mungkin sudah berkecimpung dalam politik sudah agak lama, tetapi beliau sendiri tidak tahu membezakan yang mana isu berkaitan politik dan isu negara.

Seperti mana contoh isu RUU355 yang dimainkan pembangkang dimana pindaan akta RUU355 yang bakal dikuatkuasakan kepada umat islam dinegara ini dan tidak melibatkan penganut agama lain.

RUU355 adalah pindaaan kepada akta sedia ada yang mana akan memberi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah diman sebelum ini dianggapkan agak ringan dan tidak menjadi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah.

Sejak kebelakangan ini, Pengerusi Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Nerus, Razali Idris sengaja mencari publisiti murahan dengan mengkritik kerajaan tanpa mengemukakan fakta yang bernas.

Beliau sebenarnya ‘blur’ dengan isu-isu politik negara malah mungkin dia ‘tinggal bas’ macam orang Terengganu kata.

Slogan "berani berubah" yang cuba dibawa beliau adalah sama slogan kempen Mukhriz Mahathir ketika kalah jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disebabkan berbau slogan parti rasis DAP ‘Ubah’.

 Razali yang sudah tidak mendapat tempat dalam UMNO Marang dan tindakan menyertai PPBM yang jelas ditolak rakyat hanya perjuangan sia-sia untuk kepentingan legasi Mahathir semata-mata.

Daripada Razali sibuk ‘bising dalam facebook’, baik beliau jelaskan kenapa dia tidak dilantik sebagai Pengerusi PPBM Marang tetapi ditendang ke kawasan Kuala Nerus sedangkan beliau asal dari Marang.

Manakala PPBM pula hanya parti kuli dalam Pakatan Pembangkang dan takut kepada DAP dan ini terbukti DAP jadi ketua dalam Pakatan dan bukan PPBM.

Keadaan ini tidak sama dengan UMNO yang menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.

Sunday, March 19, 2017

Razali Idris Tinggalkan UMNO Setelah UMNO Tidak Menguntungkan Lagi

RATA-rata apabila ditilik pandang soal politik Terengganu minggu ini banyak diceritakan dengan kehadiran semasa ceramah PPBM di Ajil malam jumaat yang lalu (17 Mac 2017).

Beberapa orang pengerak penting PPBM tampil menjawap dengan isu 400 orang kehadiran malam tersebut seperti Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus Datuk Razali Idris, Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus Hambali Abdul Latif  dan saudara Nasyuha Fadzly antar pengerak penting PPBM Terengganu menjawab isu 400 ini.

Apa yang nak dibimbangkan sangat pasal artikel Terengganu Times itu, ramai rakyat tahu bahawa portal itu tiada pembacanya dan tiada penajanya seperti mana PPBM yang mempunyai banyak dan tersembunyi.

Disini BIRU ingin menawarkan khidmat artikel kepada PPBM dengan bayaran yang boleh dipertimbangkan .. kih..kih..kih... jika ada yang berminat?

Sebenarnya Razali Idris ini mengamalkan gaya hidup yang mewah, apabila dilihat UMNO sudah tidak dapat memberikannya Wang serta menguntungkan beliau maka ditinggalkan UMNO demi WANG RINGGIT.

Memang benar perjuangan beliau semata-mata untuk WANG sahaja dan bukan perjuangan ASLI yang diterapkan oleh kepimpinan UMNO  Terdahulu.

Menurut beberapa sumber di Terengganu kini, Razali tinggalkan UMNO kerana beliau ditamatkan KONTRAK menjadi pengerusi sebuah anak syarikat kerajaan (GLC) dan telah GAGAL membawa perubahan serta keuntungan kepada syarikat, maka tindakan menamatkan kontrak lebih awal membuatkan Razali berpatang arang.

Dikatakan juga Razali ini pernah menjadi kempen manager kepada Mukhriz Mahathir di Terengganu ketika pemilihan Pemuda UMNO peringkat pusat dimana ketika itu Mukhriz berlawan dengan Khairy Jamaluddin dan kedua-dua GAGAL disebabkan diketuai oleh orang yang TERTULISnya GAGAL.

JIKA ARTIKEL INI TIDAK BENAR, sila buat PENJELASAN atau Penafian BERSUMPAH !!

UMUM sedia maklum bahawa hobinya dengan 4 x 4 dan kegilaan itu juga dihabiskan wang ringgit untuk hobinya itu ditambahkan lagi semasa dalam UMNO banyak tanah-tanah terbiar disakaunya di sekitar jajahan Marang.

Berbalik kepada politik kenapa Razali tinggalkan UMNO !!!

Selepas pelbagai usaha untuk mendapatkan wang dengan kerajaan BN Terengganu GAGAL dan sudah kalah berkali-kali kalah dalam pemilihan parti lalu baginya UMNO sudah tidak ada apa-apa yang perlu ditunggu lagi.

Maka disaat kecelaruan itu juga dihulurkan tangan oleh Mukhriz dengan perjanjian membawa PPBM ke Terengganu dan menarik ahli disini.

Dan hari ini beliau juga GAGAL membawa keluar rakyat yang mana 3 serangkai tertinggi parti itu ke Terengganu.

Takkan dengan populariti jasa 22 tahun menjadi perdana menteri tidak dapat menarik rakyat ke ceramah itu?

Takkan dengan populariti mantan perdana menteri tidak dapat menarik rakyat ke ceramah itu?

Dan takkan populariti mantan Menteri Besar pun tidak dapat menaraik mini rakyat ke ceramah itu?

Apa yang PASTI rakyat negeri ini cukup matang dalam soal berpolitik dankehidupan seharian dan pernah hidup dalam kegelapan penjajahan selama 5 tahun dibawah naungan PAS.






Tuesday, February 28, 2017

'AUDI" Menjadi Manifesto PAS Terengganu Menjelang PRU 14?

SEMALAM telah ditularkan 5 keping foto info grafik dari parti PAS Terengganu yang menawarkan manifesto awal menjelang pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti yang juga telah di videokan oleh TV Harap 5.0 diadakan di Besut.
Temu ramah diantara Nazara Muda dan Saitiful Bahri Mamat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah membuat tawaran tersebut kepada pengundi Terengganu.
Manifesto yang bertemakan  ‘Maju Berkat Sejahtera’ yang akan dibawam untuk PRU 14 nanti seakan menafikan apa yang telah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) lakukan selama ini.
Antara manifesto tersebut :
1    – Pemberian lot tanah’ rumah
Memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediaman.
Penjelasan :
Kerajaan negeri Terengganu menerusi Pejabat Daerah dan Tanah telah mewujudkan Mesyuarat Tindakan Daerah yang diwakili oleh semua pemimpin kawasan dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan didalam jawatankuasa tersebut.
 Antara agenda mesyuarat tersebut juga melibatkan proses pemohonan tanah kerajaan yang diangkat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan serta kelulusan dari pejabat tanah dan daerah.
 Setiap bulan ada sahaja pemohonan tanah baru yang diminta rakyat untuk pelbagai tujuan dan mengikut kesesuai kawasan yang dipohon oleh rakyat.
 Kerajaan BN Terengganu juga telah melaksanakan pengagihan rumah dan tanah sebelum ini dengan terma syarat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
 Pelbagai pembanguna  perumahan disediakan kerajaan BN untuk kemudahan rakyat negeri Terengganu, boleh rujuk link berkenaan :
KUALA TERENGGANU 20 JANUARY 2015. Projek perumahan daripad kerajaan pusat untuk rakyat Terengganu di Jalan Hiliran (Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Kuala Terengganu) yang siap dibina. NSTP/ASWADI ALIAS.
 2    – Membuka permohonan tanah dan memberi geran secara kekal
Penjelasan :
Kerajaan umno dan barisan nasional sejak dahulu lagi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah yang telah diberi mandap dalam setiap pru yang dijalankan.
 Umnobn sentiasa memikarkan akan kemudahan serta kebajikan kepada rakyat negeri serta negara ini secara keseluruhannya dimana telah mengagihan pemberian tanah serta perumahan kepada mereka yang betul-betul mempunyai kelayakan.
 Pelbagai konsep diguna pakai bagi memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat dari semua peringkat umur iaitu warga emas, miskin, ibubapa tunggal dan golongan belia yang berumur 40 tahun kebawah.
Semasa PAS mentadbir Terengganu 1999-2004, pelbagai kejadian menimpa rakyat terutama dari kalangan penyokong PAS yang sanggup berbalah sesama sendiri dan juga dengan jiran tetangga akibat manifesto lalu yang turut dijanjikan pemberian tanah dan rumah kepada rakyat.
 Ada yang sanggup bertetak dan berparang kerana telah menceroboh tanah yang sudah dimiliki orang lain, perkara ini boleh dirujuk dengan pejabat tanah setiap daerah.
Dan dalam masa yang sama juga, status pemberian tanah lot kepada generasi ke 2 felda di Kertah zaman pemerintahan PAS sehingga kini tidak selesai kerana ianya telah menjadi kes di MAHKAMAH.
Dikatakan 1,080 peserta yang melibatkan hampir RM1.4 juta wang genarasi ke 2 yang terlibat berkaitan pembahagian tanah tersebut dan sekarang wang untuk pemprosesan berkenaan turut sama terkubur dengan janji-janji manis PAS ketika itu.
ADAKAH RAKYAT MAHU DITIPU LAGI????
 3    – Menganjurkan karnival perkahwinan kali pertama kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga di setiap Dun.
Penjelasan :
Kerajaan Negeri Terengganu yang diamanahkan rakyat ketika ini sudah pun melaksanakan karnival perkahwinan sepertimana yang diberikan peranannya kepada Yayasan Pembangunan  Keluarga Terengganu  (YPKT) dan ianya diteruskan tahun 2017 ini serta termaktud dalam bajet tahunan kerajaan umno dan bn terengganu.
KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu telah pun melaksanakan program perkahwinan perdana secara percuma kepada pasangan pengantin kali pertama seperti mana yang tahun 2016.
 Sebanyak  216 pasangan yang berjaya mengikut terma dan syarat ditetapkan pihak kerajaan BN menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang melibatkan keseluruhan daerah.
 Bagi daerah Dungun(25 orang), Hulu Terengganu (21), Kuala Terengganu (33), Kemaman (26), Marang (29), Setiu (22), Kuala Nerus (37) dan Besut (23).
 Menurut Pengarah YPKT Mohd Shafaruddin Mustaffa, kerajaan akan terus melaksanakan program tersebut bagi tahun 2017 dan akan dibuka pendaftaran tidak lama lagi.
 YPKT terus diberi peranaan untuk menjayakan program tersebut dan ianya juga dapat membantu pasangan yang berpendapatan rendah diseluruh negara.
4    – Memberi bantuan bayaran caj wad kelas 3 secara percuma di semua hospital kerajaan
Penjelasan :
Bagi caj rawatan yang dikatakan dan dikenakan bayaran kepada pesakit kelas pertama sahaja dan kelas kedua mendapat 90% subsidi kerajaan.
Manakala bagi kelas 3, kerajaan umno bn telah mengumumkan sejak 60 tahun lalu bahawa senya caj kelas ini adalah subsidi kerajaan sepnuhnya apabila menerima rawatan dimana-mana hospital dan klinik kerajaan.
5    – Memperuntukkan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal
Penjelasan :
Melalui program BL1M yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri umno dan bn telah melaksanakan 2012 lagi yang mana memberi manfaat kepada warga emas, warga miskin, oku dan juga golongan belia yang tidak mempunyai kemampuan serta para pelajar sekolah yang cukup syaratnya.
BAGAIMANA MANIFESTO AWAL YANG DIUMUMKAN ITU DIIBARATKAN MENIRU APA SAHAJA UMNOBN LAKUKAN ?
APABILA DILIHAT KEMBALI DENGAN MANIFESTO AWAL ITU IANYA JELAS PAS TERENGGANU SUDAH TIDAK MEMPUNYAI IDEA UNTUK TERUS MANABUR JANJI-JANJI MANIS KEPADA RAKYAT MENJELANG PRU 14 NANTI.
 SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999 - 2004

Thursday, January 26, 2017

Kebodohan Amzad Hashim Dalam Pelaburan Terengganu

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim
RUPA-rupanya ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangan pelaburan yang di terima di bumi Terengganu Darul Iman sejak kebelakangan ini.
Pelaburan yang datangnya dari luar negara agak besar masuk ke negeri Terengganu kerana keupayaan ekonomi dan peluang yang besar dilihat oleh pelabur asing terutamanya didalam bidang pembuatan, pelancongan dan juga perkhidmatan.
Yang terbaru MOU yang ditandatangani oleh kerajaan negari berkaitan Terengganu akan menjadi Hab Penyelenggaraan, Pembaikian dan Baik Pulih Pesawat Terbang di Rantau Asia Pasifik menjelang 2022, 5 tahun lagi.
MOU itu ditandatangani antara kerajaan negeri dengan kerjasama dengan syarikat swasta Admal Sdn. Bhd. untuk projek bernilai RM229 juta serta syarikat menyelenggara, membaiki dan baik pulih kapal terbang itu.
Oleh itu menurut sumber Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu (UTENT), Kerajaan Negeri tidak meletakkan apa-apa pelaburan didalam  projek berkenaan dan ianya adalah 100%  pelaburan syarikat swasta.
Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri hanya memberi tanah dengan sejumlah bayaran premium untuk tapak projek dan bangunan lapang sasar juga dibuat penilaian serta dibayar oleh pelabur.
Kerajaan Negeri juga tidak terlibat dalam apa-apa  pegangan saham dalam syarikat swasta berkenaan yang mana telah menjadi pertikaian oleh ketua penerangan  PAS Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim didalam lidah rasmi PAS Terengganu semalam (25 Januari 2015).
Amzad yang terkenal dengan isu-isu pelaburan Terengganu juga membuat andaian sendiri untuk menarik perhatian rakyat berkaitan projek berkenaan sedangkan projek-projek yang dibawa masuk ke negeri ini akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu khasnya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menggunakan kepelbagaian kepakaran anak-anak Terengganu bagi menjayakan apa yang telah digariskan didalam bengkel yang dijalankan selama 3 bulan sebelum ini.
Hasilnya, kerajaan negeri telah menerima pelaburan asing dan dalam negara yang jumlahnya berbillion ringgit sejak ianya dibuat kajian dengan secara menyeluruh.

Saturday, January 7, 2017

Razif Ditipu Atau Tertipu??



Rajin betul seorang penulis blog memberikan huraian panjang mengenai sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan hubungan kerjasama dengan kerajaan negeri Terengganu. Blog tersebut di dalam artikelnya mempersoalkan bagaimana individu dari sebuah syarikat kontroversi boleh mendapat kepercayaan penuh daripada Menteri Besar Terenggganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Blog tersebut juga mendakwa kononnya syarikat tersebut telah diberikan peranan utama oleh kerajaan negeri untuk menarik kedatangan pelancong China dan negara Asean sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT 2017).

Ingin saya mengucapkan tahniah di atas kesungguhan blogger tersebut dalam mendapatkan info mengenai syarikat tersebut yang dikatakan terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.

Walaubagaimanapun takziah kerana gagal dalam cubaan menghasut dengan memberikan gambaran yang menyeleweng daripada perkara yang sebenar.

Disebalik pendedahan panjang yang dibuat oleh blogger tersebut mengenai individu dan syarikat itu di dalam artikelnya, saya melihat tanggapan yang diberikan oleh penulis blog ini dalam cubaan mengaitkan pihak tersebut dengan kerajaan negeri sekaligus mencipta persepsi buruk terhadap kepimpinan kerajaan  yang diterajui oleh Ahmad Razif meleset sama sekali.

Artikel dalam blog tersebut merujuk kepada majlis pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 yang telah diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak 2 Januari lalu yang meraikan kedatangan beberapa pelancong dari China dan negara ASEAN.

 Hanya kerana majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu bersama wakil pelancong dari negara tersebut, ini tidak bermakna kerajaan negeri Terengganu mempunyai apa-apa ikatan atau perjanjian dengan kumpulan syarikat itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger tersebut kerana telah memberikan pautan rujukan dari laman web NST supaya saya boleh memahami sejauh manakah kebenaran dakwaan blogger tersebut di dalam artikelnya.

Di dalam laman web NST, artikel berita yang ditulis dalam satu perenggan dengan jelas menyatakan (diterjemah),

“Didalam sebuah majlis meraikan kehadiran pelancong yang dianjurkan oleh Forte Hospitality Management Sdn Bhd;   Monspace Group telah memperlihatkan komitmen kepada kerajaan negeri Terengganu (untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini) dan bersependapat melihat kemungkinan bagi mengatur penerbangan yang ditempah terus dari China, Asean,  Timur Tengah dan Afrika Utara.”

Persoalannya, apakah yang menjadi masalah jika sekiranya Monspace Group berminat untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri Terengganu kepada pelancong-pelancong asing dari luar negara? Saya melihat syarikat ini hanya bertindak tidak lebih dari sebuah agensi pelancongan yang berminat menjadikan Terengganu sebagai salah satu diantara pakej destinasi yang ditawarkan oleh mereka sendiri.

Kerajaan negeri Terengganu juga sentiasa mengalu-alukan kedatangan mana-mana kumpulan pelancong dari luar negara yang dapat mengembangkan sektor pelancongan di Terengganu dan membawa manfaat kepada pengusaha industri kecil dan golongan usahawan perniagaan di sini. Ini secara tidak langsung turut dapat mempromosikan negeri Terengganu secara antarabangsa. Jadi saya lihat, meraikan wakil serta pelancong-pelancong yang membawa pelaburan kepada sektor ini tidak bermaksud menjalinkan sebarang kerjasama perniagaan dengan pihak tersebut.

Mengulas 'tagline' The Monspace Visit Terengganu Year 2017 yang dibangkitkan..., apa yang nak dihairankan dengan orang bisnes, saya ambil skop kecil sebagai contoh. Buat carian di Google berkenaan Pulau Perhentian, maka berbondong bondonglah laman web dari agensi-agensi pelancongan yang menggunakan nama dan tagline Pulau Perhentian bagi menjual pakej-pakej yang ditawarkan oleh mereka. Mengapa pula kerajaan perlu sumbangkan atau peruntukan sesuatu kepada player dalam sektor pelancongan yang sememangnya memperoleh keuntungan dari industri itu?

Jika saya sendiri berminat untuk mempromosikan Terengganu, besar kemungkinan saya juga akan meletakkan nama saya beserta tagline tersebut bagi kemudahan saya menjual pakej-pakej pelancongan di negeri ini. Malah sebuah bonus pula bagi saya jika usaha saya membawa sejumlah pelancong ke sini diiktiraf dan diraikan pula oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Itu sudah pasti dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan saya di mata pelanggan-pelanggan saya pada masa akan datang.  

Penulisan yang tiada integriti layaknya dilabel sebagai penulisan sampah...Dalam cubaan bagi membina persepsi buruk kepada kerajaan negeri Terengganu, penulis blog ini sendiri  telah mempamerkan sikap yang tidak berintegriti dalam penulisannya. Ini kerana tidak pula dia menyatakan di dalam artikel tersebut sekiranya terdapat MOU atau sebarang bentuk perjanjian yang telah direkod diantara kerajaan negeri dengan syarikat tersebut bagi mengukuhkan tuduhannya mengenai kerjasama yang kononnya telah dibuat. Yang ni tak ada pula dia gigih nak semak atau cari info... - Team Bakor