Friday, October 27, 2017

PAS Akan Haramkan Semua Bentuk Hiburan Bila Memerintah Terengganu



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengharamkan segala aktiviti sosial dan rekriasi yang menampakkan bentuk fizikal diseluruh Terengganu jika berjaya mentadbir selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.

Menurut sumber Batu Buruk, kenyataan itu dikhabarkan kepada semua jentera parti dan ahli-ahli menerusi kepimpinan setempat dan juga turut disebarkan kepada rakyat sekitarnya.

Terbaru satu kenyataan pemilik fb yang turut mengecam aktiviti senaman arobik, zumba, berbasikal yang mengenakan pakaian sukan dan rekabentuknya seksi sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Perkara itu turut ditular oleh jentera Pas media sosial menerusi aplikasi whatsapp dan telegram.

Pas hari ini tidak faham dan tidak dapat membezakan pakaian sukan dengan pakaian seksi (fashion) dinegara ini.




Thursday, October 26, 2017

*Sifat semulajadi HADI AWANG, Klukkk Klekkk...*

*KERJASAMA PAS-UMNO : Hadi Kluk Klek...*

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini menunggu keputusan presiden parti Dato' Seri Abdul Hadi Awang sama ada bekerjasama dengan UMNO ataupun dalam pilihanraya umum ke-14 nanti.

Ahli PAS seluruh negara tertanya-tanya akan keputusan kepimpinan PAS pusat dan PAS perlu menyatakan dengan beberapa segera jawapan kepada UMNO atau terus bersendiraan menghadapi pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya.

Umum mengetahui bahawa PAS kini tidak banyak menyerang UMNO dan Najib Razak kerana ada sesuatu yang membuatkan meraka membisu sehingga hari ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasah.

Kebelakang ini banyak kepimpinan PAS cuba bermesra dengan pemimpin UMNO dalam beberapa program anjuran UMNO diperingkat pusat atau negeri-negeri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengarah piliharaya PAS Dato' Mustafa Ali minggu lalu telah menyarankan agar PAS segera membuat keputusan bekerjasama dengan UMNO demi melihat kelangsungan politik PAS masa akan datang.

Beliau berkata demikan setelah melihat beberapa kerjasama dan hala tuju PAS kini satu aliran dengan apa yang dibawa oleh UMNO selama ini dan bukan lagi menganggap UMNO musuh politik kekal selamanya.

Mustafa yang juga Penasihat kepada Presiden Pas bagaimanapun mengakui, perkara yang dibangkitkannya dan tidak pernah dibincangkan secara rasmi dengan mana-mana pihak dalam parti itu.

Dari  itu PAS perlu melihat sejarah pilihan raya sebelum ini ketika mereka bersendirian dan sejarah ketika berada dalam gabungan parti politik pembangkang.

Semalam juga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fan Page FB milik presiden PAS telah mengesah sikap kluk klek Hadi yang masih bersikap tarik tali dalam isu kerjasama dengan UMNO.

Katanya, Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK PAS Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya PAS bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah. 

PAS berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya.

Sumber ::: -

*KERJASAMA PAS-UMNO : Hadi Kluk Klek...*

*Sifat semulajadi HADI AWANG, Klukkk Klekkk...*


Thursday, October 19, 2017

*PILIH UMNO DEMI KUASA MELAYU DAN ISLAM - HADI AWANG*


DALAM satu kenyataan sebelum ini, Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan dengan jelas berkaitan pentadbiran kerajaan di negara ini yang mana kelayakkan itu hanya ada pada UMNO dan juga PAS.

Katanya, kuasa Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja, jika mana-mana parti hendak tadbir negara Malaysia ini dan rakyat perlu membuat pilihan sama ada UMNO ataupun PAS.

Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”

“Kuasa politik orang Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja" katanya.

Dinahari ini juga banyak kata-kata Hadi Awang tidaka diguna pakai oleh pimpinan PAS terutama di Terengganu sepertimana yang dilakukan bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu Saitiful Bahri Mamat.

Saitiful banyak menghentam kerajaan Melayu yang didokong oleh UMNO di Terengganu dengan pelbagai perkara yang dibangkit dan yang pastinya perkera-perkara tersebut tidak berasas.

Ada beberapa pemimpin PAS Terengganu yang tidak menghormati langsung dengan kata-kata presiden PAS sebelum ini, ia telah menunjukkan bahawa kata-kata Hadi tidak lagi dihormati dan dijulang seperti sediakala walaupun sudah ramai ditendang keluar menerusi muktamar PAS pada 2015 lalu.

Saki baki kepimpinan PAS yang ada kini juga sudah tidak sependapat dengan Hadi kerana banyak dari kalangan mereka bertunjangkan kepada keputusan yang dibauat timbalan presiden ketika ini dan tanda-tanda penyingkitan hadi sudah digerakan seawal mungkin.


PAS Terengganu wajar berhati-hati dengan pemimpin PAS yang ada kini dan mereka ini juga pro kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang rancak merosakkan PAS dari dalam serta keputasan itu akan diterjemahkan dalam pilihanraya umum nanti.