Wednesday, March 29, 2017

Sidang DUN : ADUN Alur Limbat(PAS) Mahu Kerajaan TUTUP Panggung Wayang - Ariffin Deraman

*Sidang DUN : Alur Limbat Mahu Kerajaan TUTUP Panggung Wayang*

Kerajaan diminta kaji balik tentang panggung wayang yang dibuka semula selepas 22 tahun ditutup sebelum ini.

Cadangan itu disebut dalam perbahasan dari ADUN Alur Limbat petang ini, katanya banyak kemungkaran yang berlaku didalam panggung wayang tersebut.

"saya dimaklumkan bahawa panggung wayang tersebut mempunyai 11 buah dewan kesemuanya dan boleh memuatkan seramai 1,700 orang.

"dan ianya dibuka dari pagi(jam tidak dinyatakan) hingga jam 1.00 pagi dan akan membahayakan kepada muda mudi negeri ini..."

Katanya lagi, panggung wayang itu turut dibuka sepanjang bulan ramadhan ini mengikut apa yang maklumat beliau terima dan hanya tutup pada jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.

"jadi apabila panggung ini dibuka pada bulan puasa, ramailah yang tidak sembahyang sunat tarawih nanti,

"kita juga dimaklumka panggung wayang ini, masih lagi beroperasi dalam keadaan GELAP dan pengasingan lelaki serta perempuan masih belum dijalankan sepertimana yang dinyatakan," katanya.


Beliau turun mencadangkan supaya kerajaan tarik balik pembuakaan panggung wayang tersebut didalam dewan undang negeri petang ini. -*kulihatlangitbiru.com*

Sekarang PPBM Terengganu Dah Ada 2 KEM

DESAS-desus pergeseran pemimpin penaja dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi negeri Terengganu sedang bergaduh sesama sendiri akibat perebutan jawatan peringkat bahagian mahu pun negeri.

Ada yang menyatakan PPBM Terengganu kini sudah mempunyai 2 kem, satu kem pengerusi penaja baru dan satu kem pengerusi penaja pendaftaran ahli parti tersebut.

Bagi pengerusi penaja keahlian PPBM Terengganu pula tidak berpuas hati apabila Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden yang telah melantik Razali sebagai Pengerusi PPBM bagi negeri Terengganu dan juga timbalannya Mohd Yusop Majid.

Menurut sumber PPBM, pengerusi penaja keahlian parti itu mengamuk setelah diumumkan nama Razali sebagai pengerusi negeri dan terus melarikan diri dari majlis yang dihadiri.

Tambahnya, pemilihan Razali telah dilihat apabila beberapa program yang diatur melibatkan  timbalan PPBM ke Terengganu dan memilih kediaman Razali sebagai tempat persinggahan.


Dan yang terbaru program diadakan di Ajil itu menyerlahkan lagi bahawa Razali akan dilantik oleh pimpinan pusat bagi negeri Terengganu setelah Razali memainkan peranan yang penting serta ditambah dengan kekuatan ekonomi beliau (kewangan).

Wednesday, March 22, 2017

Patutlah RAZALI Idris Terkenal Dengan "Mat Blur"

SATU kenyataan yang dimuat naik oleh Razali Idris dalam akaun facebook miliknya yang menyatakan "RUU355 !!! Umno diperkudakan oleh MCA dan MIC manakala Melayu Islam Suffer"

Razali mungkin sudah berkecimpung dalam politik sudah agak lama, tetapi beliau sendiri tidak tahu membezakan yang mana isu berkaitan politik dan isu negara.

Seperti mana contoh isu RUU355 yang dimainkan pembangkang dimana pindaan akta RUU355 yang bakal dikuatkuasakan kepada umat islam dinegara ini dan tidak melibatkan penganut agama lain.

RUU355 adalah pindaaan kepada akta sedia ada yang mana akan memberi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah diman sebelum ini dianggapkan agak ringan dan tidak menjadi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah.

Sejak kebelakangan ini, Pengerusi Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Nerus, Razali Idris sengaja mencari publisiti murahan dengan mengkritik kerajaan tanpa mengemukakan fakta yang bernas.

Beliau sebenarnya ‘blur’ dengan isu-isu politik negara malah mungkin dia ‘tinggal bas’ macam orang Terengganu kata.

Slogan "berani berubah" yang cuba dibawa beliau adalah sama slogan kempen Mukhriz Mahathir ketika kalah jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disebabkan berbau slogan parti rasis DAP ‘Ubah’.

 Razali yang sudah tidak mendapat tempat dalam UMNO Marang dan tindakan menyertai PPBM yang jelas ditolak rakyat hanya perjuangan sia-sia untuk kepentingan legasi Mahathir semata-mata.

Daripada Razali sibuk ‘bising dalam facebook’, baik beliau jelaskan kenapa dia tidak dilantik sebagai Pengerusi PPBM Marang tetapi ditendang ke kawasan Kuala Nerus sedangkan beliau asal dari Marang.

Manakala PPBM pula hanya parti kuli dalam Pakatan Pembangkang dan takut kepada DAP dan ini terbukti DAP jadi ketua dalam Pakatan dan bukan PPBM.

Keadaan ini tidak sama dengan UMNO yang menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.

Sunday, March 19, 2017

Razali Idris Tinggalkan UMNO Setelah UMNO Tidak Menguntungkan Lagi

RATA-rata apabila ditilik pandang soal politik Terengganu minggu ini banyak diceritakan dengan kehadiran semasa ceramah PPBM di Ajil malam jumaat yang lalu (17 Mac 2017).

Beberapa orang pengerak penting PPBM tampil menjawap dengan isu 400 orang kehadiran malam tersebut seperti Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus Datuk Razali Idris, Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus Hambali Abdul Latif  dan saudara Nasyuha Fadzly antar pengerak penting PPBM Terengganu menjawab isu 400 ini.

Apa yang nak dibimbangkan sangat pasal artikel Terengganu Times itu, ramai rakyat tahu bahawa portal itu tiada pembacanya dan tiada penajanya seperti mana PPBM yang mempunyai banyak dan tersembunyi.

Disini BIRU ingin menawarkan khidmat artikel kepada PPBM dengan bayaran yang boleh dipertimbangkan .. kih..kih..kih... jika ada yang berminat?

Sebenarnya Razali Idris ini mengamalkan gaya hidup yang mewah, apabila dilihat UMNO sudah tidak dapat memberikannya Wang serta menguntungkan beliau maka ditinggalkan UMNO demi WANG RINGGIT.

Memang benar perjuangan beliau semata-mata untuk WANG sahaja dan bukan perjuangan ASLI yang diterapkan oleh kepimpinan UMNO  Terdahulu.

Menurut beberapa sumber di Terengganu kini, Razali tinggalkan UMNO kerana beliau ditamatkan KONTRAK menjadi pengerusi sebuah anak syarikat kerajaan (GLC) dan telah GAGAL membawa perubahan serta keuntungan kepada syarikat, maka tindakan menamatkan kontrak lebih awal membuatkan Razali berpatang arang.

Dikatakan juga Razali ini pernah menjadi kempen manager kepada Mukhriz Mahathir di Terengganu ketika pemilihan Pemuda UMNO peringkat pusat dimana ketika itu Mukhriz berlawan dengan Khairy Jamaluddin dan kedua-dua GAGAL disebabkan diketuai oleh orang yang TERTULISnya GAGAL.

JIKA ARTIKEL INI TIDAK BENAR, sila buat PENJELASAN atau Penafian BERSUMPAH !!

UMUM sedia maklum bahawa hobinya dengan 4 x 4 dan kegilaan itu juga dihabiskan wang ringgit untuk hobinya itu ditambahkan lagi semasa dalam UMNO banyak tanah-tanah terbiar disakaunya di sekitar jajahan Marang.

Berbalik kepada politik kenapa Razali tinggalkan UMNO !!!

Selepas pelbagai usaha untuk mendapatkan wang dengan kerajaan BN Terengganu GAGAL dan sudah kalah berkali-kali kalah dalam pemilihan parti lalu baginya UMNO sudah tidak ada apa-apa yang perlu ditunggu lagi.

Maka disaat kecelaruan itu juga dihulurkan tangan oleh Mukhriz dengan perjanjian membawa PPBM ke Terengganu dan menarik ahli disini.

Dan hari ini beliau juga GAGAL membawa keluar rakyat yang mana 3 serangkai tertinggi parti itu ke Terengganu.

Takkan dengan populariti jasa 22 tahun menjadi perdana menteri tidak dapat menarik rakyat ke ceramah itu?

Takkan dengan populariti mantan perdana menteri tidak dapat menarik rakyat ke ceramah itu?

Dan takkan populariti mantan Menteri Besar pun tidak dapat menaraik mini rakyat ke ceramah itu?

Apa yang PASTI rakyat negeri ini cukup matang dalam soal berpolitik dankehidupan seharian dan pernah hidup dalam kegelapan penjajahan selama 5 tahun dibawah naungan PAS.