Monday, August 22, 2016

Pesuruhjaya PAS Hina Rakyat Yang Terima PPR Hiliran

SahtipuSeorang yang dianggap ulamak tersohor dari parti pembangkang negara telah mengeluarkan status di facebook untuk menjadi bahan makian dan juga kutukkan pengikut serta ahlinya.
Yang terbaru Ustaz Politik dari kawasan Dewan Undang Negeri Paka juga Pesuruhjaya Pas negeri Terengganu telah menghina orang lain dengan menjadikan Fan Page beliau sebagai tempat mengumpul dosa harian.
Beliau yang turut mempunyai sekolah tahfiz itu tiddak mencerminkan apa yang beliau ajari kepada anak-anak didik beliau sedangkan perbuatan mengutuk serta menghina makluk lain yang dilarang sama sekali dalam Islam.
Didalam kenyataan Ahmad Razif itu, ada menyebut beberapa perkara untuk kebaikan rakyat dan ianya telah diterjemahkan dalam perundingan bersama kerajaan pusat serta turut menjada agenda politik pembangkang yang tidak mahu urusan itu menjadi kenyataan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)
Tetapi demi kelangsungan politik PAS beliau sanggup menghina dan mencerca kebaikan yang dibuat orang lain asalkan mereka memperolehi mailage dalam politik.
Banyak perkara yang telah beliau lakukan dengan pelbagai perpeksi mahupun fitnah yang terancang.
Menurut beberapa sumber yang telah ditemui, saman berkenaan katanya diatas fitnah rakyat kepada beliau yang telah menipu wang rakyat dengan jumlah yang agak besar RM 1.4 juta sebelum ini.
Bukti resit yang disimpan rakyat (peneroka) akan menjadi saksi didalam mahkamah apabila perbicaraan itu berlangsung nanti dan ianya akan memperlihatkan akan kebenaran perjuangan PAS pada masa ini.
Dikatakan juga secara lisan beliau juga telah mengakui menerima wang tersebut sebagai deposit untuk menyediakan tanah seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Sumber 12, 3

Tuesday, August 16, 2016

Banggol Donas Dalam Sejarah Pembangunan Terengganu

Pembinaan jalan empat lorong termasuk dua jambatan utama merentasi Sungai Nerus dan Sungai Terengganu sepanjang 6.5 kilometer dari Bukit Guntung, Tepuh ke Losong, Kuala Terengganu ‘terputus’ di Kampung Banggol Donas sepanjang 250 meter.

Ia berlarutan lebih 3 tahun!

Kos pembinaannya bukan sedikit, lebih RM225 juta. Bagi menjayakan projek itu, sebanyak 184 lot terlibat dengan proses pengambilan balik tanah mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu.

Daripada 184 lot, hanya satu lot iaitu Lot 4121 yang agak ‘rumit’ untuk diselesaikan. Lot itu dimiliki oleh Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman, isteri Salleh Embong.

Salleh Embong adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas yang ditubuhkan untuk menghalang pihak kerajaan mengambil lot berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut.

Kononnya untuk mendapatkan keadilan, Abdul Halim dan empat yang lain telah memfailkan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan mengambil balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu.

Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Walaupun dua kali kalah di mahkamah, kerajaan negeri, UMNO dan BN masih dituduh tidak mengikut peraturan, zalim, dan kejam kepada penduduk.

Sebanyak 103 binaan termasuk rumah kediaman telah dikosongkan. Hanya 5 binaan masih belum dikosongkan termasuk rumah milik Salleh Embong.

Namun, Salleh memilih untuk menjadikan perkara ini sebagai propaganda politik bersama pemimpin PAS termasuklah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali dan ADUN PAS Teluk Pasu, Ridzuan Hashim.

Soalan untuk Salleh Embong dan pemimpin PAS di Terengganu?

(1) Sebanyak 184 lot tanah terlibat dengan proses pengambilan balik, 183 lot telah selesai dan hanya 1 lot tidak selesai. Dimana zalimnya kerajaan? Hanya kerana 1 lot, projek untuk kemudahan rakyat terbengkalai, kos pembinaan meningkat dan berlaku pembaziran.

(2) Sebanyak 103 binaan telah dikosongkan dan semua pemilik menerima pampasan dan hanya 5 binaan (rumah kediaman) belum dikosongkan. Dimana kejamnya kerajaan? Siapa yang mahu mewakili 103 pemilik binaan yang sanggup merobohkan rumah kediaman dan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada projek yang akan menguntungkan orang ramai.

(3) Adakah Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus dan Wakil Rakyat PAS Teluk Pasu sudah bertanya kepada penyokong PAS (jangan tanya penyokong UMNO) yang terlibat dengan pengambilan balik 183 lot tanah yang telah selesai dan 103 binaan yang telah dikosongkan, berapa pampasan mereka dapat? Pemimpin PAS Kuala Nerus begitu sibuk memperjuangkan pampasan tanah Salleh Embong sedangkan penyokong PAS yang lain bagaimana?

Yang pasti, pemimpin PAS dapat keuntungan politik. Dapat jadi ‘pejuang rakyat’ dan dapat masuk Sinar Harian, Harakah dan facebook sekali gus menggalkan usaha kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat.

Projek itu antara lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di dua jalan utama yang melibatkan Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir. Ia turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan baru yang merentasi Sungai Terengganu di Pulau Sekati dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.

Selain memberi keselesaan kepada rakyat, jalan itu bakal menghubungkan kawasan baru seperti Kompleks Usahawan Terengganu, Projek Rumah Mampu Milik Banggol Tuan Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram.

Tahukah pemimpin PAS, apa sudah jadi kepada pemilik 5 rumah berkenaan. Sedangkan jiran sekeliling mereka sudah bertahun tinggal di rumah baru setelah dapat pampasan dan diberi lot kediaman percuma oleh kerajaan negeri. Tahukah pemimpin PAS, berapa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan kecurian, kerosakan dan kelewatan? Bukankah itu duit rakyat? Tahukah pemimpin PAS jalan yang ‘terputus’ itu menjadi tempat anak muda merempit sehingga ada yang telah terkorban? Tahukah pemimpin PAS, projek yang ‘terbengkalai’ itu menjadi tempat maksiat orang muda serta orang tua? Apa yang pemimpin PAS tahu?

Kampung Banggol Donas perlu diselamatkan! Diselamatkan daripada hasutan dan penipuan pemimpin PAS! – TERENGGANU DAILY

Saturday, August 6, 2016

Minyak Bertam 307 Menjadi Petikaian Antara Terengganu dan Pahang


Cari Buku Ini dan Baca Baru Faham Apa itu Royalti?


FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak

1.            Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain.  
2.            Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.
3.            Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran
4.            Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa kepada politik kebencian.
5.            Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.
Dakwaan 1

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Jawapan
1.            Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh ini.
2.            Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di gazetkan pada 22 June 2012.
3.            Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
4.            Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
5.            Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.
6.            Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam Akta Petroleum 1974.
7.            Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).
8.            Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh Kerajaan Pusat.
9.            Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.


Rajah 1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters'

    Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965

Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965

Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.

Kesimpulan untuk dakwaan ini

·                             Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
·                             Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
·                             Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.
Dakwaan 2 
Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut. 

Jawapan

1.            Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 (akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.
2.            Tidak ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar pantai.
Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974

     3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.

 4.  Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara.




Dakwaan 3
Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

Jawapan
1.            JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan. 

Dakwaan 4

Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.

Jawapan 
  
1.            Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila rujuk jawapan diatas.
2.            Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik. 
3.            Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang operasi carigali dan pemprosesan minyak.

Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)

Dakwaan 5
Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak adalah jauh dari 3 batu nautica?

Jawapan
Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh Kerajaan Terengganu.

Dakwaan 6
Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?

Jawapan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.

Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.

Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.

Soalan tambahan

1.  Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan dengan Royalti ini?

Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-

Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).

Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.

Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.


2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini

Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan demi survival politik mereka.

Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.

Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.



Wednesday, August 3, 2016

APA Kuasa Yang Saya Ada Untuk Pecat Ahmad SAID - ZABIDI

ZABIDI NAK PECAT AHMAD SAID?

Rasa lucu juga saya dengar ucapan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said Sabtu lalu apabila beliau berkata, "Razif nak pecat saya, Haji Pa nak pecat saya, Zabidi nak pecat saya".

Sejak bila pula saya ada kuasa nak pecat Ahmad Said dari Umno. Saya bukan Presiden Umno. Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak beri saya jadi Presiden Umno selama 1 hari, memang saya akan pecat Ahmad Said dari Umno kerana membawa usul tidak percaya kepada  MB pada Mac lalu.

Ahmad Said sedar tak tindakan beliau membawa usul undi tak percaya kepada MB BN satu kesalahan? Takkan beliau tidak tahu. Jadi apa salahnya saya menulis dalam blog saya mencadangkan Umno memecat beliau dari parti.

Terima kasih kepada Ahmad Said yang menyebut nama saya. Hari itu blog saya meningkat hit kerana orang nak baca apa yang saya tulis mengenai beliau dalam empat posting saya sepanjang bulan Julai. Beliau telah mempromosi blog saya walaupun orang orangnya kata blog saya cap ayam.

Terima kasih kepada para penyokong beliau yang tidak memboikot blog saya.Blog cap ayam ini yang dicari tiap hari untuk dibaca. Mereka tunggu hari ini Zabidi tulis apa pulak.

Dalam ucapannya bekas MB itu juga menyebut Zabidi orang ada penyakit. Penyakit apa pulak? Setahu saya, saya ada penyakit TB sahaja. Takut bini. Hahaha. Macamlah beliau tidak ada penyakit. Banyak yang saya boleh dedahkan penyakitnya dalam blog ini tetapi buat apa saya cerita hal peribadinya. Tak baik aibkan peribadinya.

Dalam ucapannya di hadapan ahli ahli Umno di majlis pecah tanah di Dusun Nyior, Chukai, ADUN Kijal itu pesan kepada orang ramai supaya jangan beri pegawai khas MB, Haji Mustafa Abdul Rahman lalu di hadapannya takut takut kena penamparnya.

Ahmad Said kata kelmarin anak perempuannya menangis kerana Haji Pa hentamnya dalam Facebook. Yang anaknya hentam Haji Pa tak apa pulak tuduh Haji Pa baham duit perarakan bot. Haji Pa bersumpah di hadapan Kaabah tidak makan duit perarakan bot yang mana video itu diviralkan dalam Facebook Haji Pa.

Orang-orang Ahmad Said menuduh saya diupah oleh Haji Pa. Banyak mana Haji Pa beri duit kepada saya? Buktikan. Saya menulis kerana sayang kepada Umno dan bukan kerana diupah oleh Haji Pa. Masa Ahmad Said jadi MB, saya pertahankan beliau dalam blog saya kerana ketika itu beliau adalah MB Terengganu.

 kita kena terima hakikat bahawa MB Terengganu sekarang ialah Ahmad Razif. Maka kita kena sokong beliau. Datuk Seri Idris Jusoh redha dengan perlantikan Ahmad Said malah beliau gentleman hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Said. Adakah Ahmad Said hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Razif? Nampak sangat kita tidak gentleman tidak dapat menerima qada dan qadar.

Jangan salahkan orang lain bila tidak disambung semula jawatan MB. Salahkan diri sendiri kerana prestasi BN Terengganu merosot 17-15. Jika BN Terengganu menang besar, PM tentu tak marahi beliau. Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu beliau kena bertangungjawab dan meletakkan jawatan sebagai MB selepas PRU 13.

Sebaliknya beliau diberi tempoh setahun oleh PM. Jadi bukan abang MB, Azmi Abdul Rahman menjadi dalang seperti dituduh oleh Ahmad Said. PM dah tak nak Ahmad Said dengan perjanjian bertulis selama setahun kekalkannya sebagai MB. Dah tahu tempohnya berakhir pada Mei 2014, kenapa pergi rancang majlis perkahwinan anaknya pada bulan tersebut.

Kenapa tak buat pada bulan April 2014 kecuali ada niat lain. Tak ada sesiapa pun yang jatuhkannya kerana itu janji beliau kepada PM. Azmi tak pernah pergi jumpa PM minta gugurkan Ahmad Said sebagai MB. Takkan PM nak ikut cakap Azmi?

Takkan Ahmad Said lupa bahawa Azmi yang minta adiknya ADUN Seberang Takir  sebagai ADUN pertama menyokong Ahmad Said ketika istana memilih beliau sebagai MB. Saya sms kepada ADUN saya, Wan Hakim Wan Mokhtar supaya menyokong Ahmad Said tetapi Wan Hakim jawab Idris Jusoh yang memilihnya sebagai calon BN dan bukannya Ahmad Said.

Masa itu istana beri masa supaya Ahmad Said bentuk kerajaan segera dengan menamakan Exco Exco dan kalau tak dapat beri nama dalam masa yang ditetapkan, istana akan minta Dewan Undangan negeri dibubar supaya pilihanraya baru diadakan. Kalau diadakan pilihanraya negeri sudah tentu BN kalah 32-0.

Mujur Razif sebagai ADUN pertama yang sanggup jadi Exco diikuti oleh beberapa orang lain untuk jadi Exco  untuk bentuk kerajaan. Razif memang tanda tangani borang akuan sumpah tanpa tarikh bersama Exco lain kerana nak cepat persembahkan kepada istana. Yang tahu sahih atau tidak surat itu ialah Datuk Zubir Embong dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Selepas PRU13 setelah PM janji dengan Ahmad Said untuk setahun sahaja, maka PM minta Setpolnya meneliti beberapa calon untuk jadi pengganti Ahmad Said.Pihak istana juga meneliti beberapa calon.Razif bebarapa kali dipanggil interbiu oleh pihak tertentu dalam tempoh satu tahun itu.



Di zaman BN Terengganu kalah (1999-2004), empat ADUN yang menang bertungkus lumus iaitu Tengku Putera, Datuk Rosol Wahid, Datuk Rashid Ngah dan Datuk Abu Bakar Ali berjuang dalam Dewan Undangan Negeri membongkar penyelewengan PAS sehingga rakyat hilang keyakinan kepada PAS. Azmi sendiri adalah seorang pakar strategi Idris Jusoh  dan beliau yang bongkar isu PAS beri balak kepda gadis berumur 18 tahun melalui Rosol yang membangkitkannya dalam sidang DUN. Ahmad Said yang kalah di Kijal tak pernah  datang ke sidang DUN untuk memberi semangat kepada empat orang ADUN BN.

Mengenai isu Terenganu Investment Authority (TIA), bila pulak Najib minta cagarkan telaga minyak Terengganu. Bila TIA nak mula melabur,dicadangkan TIA keluarkan bon kepada pelabur pelabur untuk dapatkan modal pelaburan  dan bon ini dijamin dengan hasil royalti minyak seandainya pelaburan TIA tidak memberi pulangan yang mencukupi untuk bayar faedah bon setiap tahun dan bayaran pokok. Manalah Ahmad Said faham hal-hal modal pelaburan.


Ada orang sebar gambar saya dalam whatsapp grup kononnya gambar saya telah diedit kerana orang marahi saya hentam Ahmad Said dalam blog saya. Kawan saya forward gambar itu kepada saya (gambar di bawah)saya ketawa kerana gambar itu saya buat sendiri untuk grup whatsapp saya. Tapi ada kawan yang nakal dalam grup saya hantar gambar itu kepada grup lain kononnya orang conteng gambar tersebut. Macam macam hal manusia.