Saturday, January 30, 2016

Innalillahiwainnahilahirojiun : Ibu Saudara PM Meninggal Dunia

Kuala Terengganu : Ibu sauadara Yab Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia  Toh Puan Temah Dato' Hussain, 88 tahun telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah  (HSNZ) Kuala Terengganu


Allahyarhamah telah kembali kerahmatullah pada jam 4.43 petang tadi disebabkan  jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah kini telah dibawa balik ke kediaman arwah di alamat Lot 3522,Jln Uc 3 Taman Chendering Utama disini.

Menurut anakanda allahyarhamah Dato’ Jaafar, jenazah akan disolatkan pada jam 11 pagi ini dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam disini.

Monday, January 25, 2016

Sahtipu Menang pUn Kerana Undi DAP - Pesuruhjaya PAS Terengganu

Chai Hing berkata, DUN Paka yang diwakili Pesuruhjaya PAS Terengganu kini, Saiful Bahri Mamat dimenangi parti itu kerana undi daripada masyarakat Cina.
“Di Paka, pilihan raya 2008, kita kalah dengan majoriti 300 lebih. Tiba pilihan raya 2013, kita berjaya memenangi DUN Paka dengan majoriti 800 lebih. Di DUN Paka, ada pengundi bukan Melayu kira-kira 1,200 yang beri sokongan padu kepada PAS sehingga menang.
“Di DUN Chukai ada lebih kurang 3,600 pengundi bukan Melayu, PAS menang di DUN Chukai majoriti hampir 2,000 undi. DUN Alor Limbat, menang kerana undi bukan Melayu, menang majoriti 500 lebih. DUN Teluk Pasu, pengundi bukan Melayu bagi kira-kira 450 undi kepada PAS, kita menang majoriti kira-kira 109 undi,” katanya.

Saturday, January 23, 2016

Siti Mariah Kata Tak PAS Mahu Menang Hanya Mahu Keredhoan Allah Sahaja

“Kita keluar PAS bukan kerana bencikan Pas tetapi kerana Kepimpinan yang ada sekarang ini sudah jauh berbeza dengan yang dulu”

“Kepimpinan hari ini yang mahu berjuang untuk keredhoan Allah SWT sahaja dan bukan untuk menuju ke Putrajaya bersama pakatan rakyat dengan menyingkirkan kerajaan hari ini” katanya.

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN) YB Dr. Siti Mariah Mahmud berkata dalam ucapannya dalam ceramah PAN di Paka, Dungun Terengganu malam tadi.

Menurut Siti Mariah, PAS putuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) bukan kerana kita tidak sehaluan tetapi kerana PAS yang angkuh dan tidak mahu berbincang.

“Dalam pakatan rakyat yang lalu, kita sentiasa terbuka untuk membincangkan apa sahaja termasuk isu HUDUD”

“Bukan DAP yang menjadi masalah kepada PAS tetapi parti itu yang mempunyai masalah dengan menyatakan undi orang melayu Islam lari kerana PAS berkerjasama dengan DAP dalam pakatan rakyat”

“Dalam pakatan rakyat DAP tidak pernah ada perjanjian dengan PAS tentang HUDUD dan PKR terang-terangan tentang HUDUD mengapa tidak diputuskan hubungan dengan PKR sedang dengan DAP terus dibuat keputusan itu” katanya.

Selain itu, Siti Mariah juga berkata HUDUD yang dibawa oleh PAS itu terlalu banyak untuk pindaan dan ia perlu digubal banyak perkara dan dalam perlembagaan sekali pun.

“PAS terlalu gelojoh untuk membuat HUDUD dan di peringkat PAS pusat telah membincangkan perkara itu dengan panjang lebar dan cara perlaksanaannya sekali”

“Tiba-tiba di Kelantan PAS telah membawa kanun Hudud kedalam dewan rakyat dan dipersembahkan kepada speaker dewan sedangkan kami di pusat tidak tahu apa isi kandungan HUDUD itu”

“Didalam PAS sekarang ini terlalu banyak kerosakan yang berlaku dan disebabkan itu saya dan beberapa kawan profesional keluar PAS dan menubuhkan PAN”, ujurnya.


 |SuaraBumi|

Thursday, January 21, 2016

Mesir ::: MB Teganu Buat Apa Dengan Pesakit Jantung Belubang ini?

To' Puan Hajjah Halina Zakaria bersama anak-anak Terengganu yang tinggal
ibubapanya di Mesir
Dua Keluarga anak T'ganu di Mesir anak jantung berlubang, dua lagi masalah penglihatan mohon bantuan, dan ini apa MB lakukan…

http://terengganutimes.com/dua-keluarga-anak-tganu-di-mesir-anak-jantung-berlubang-dua-lagi-masalah-penglihatan-mohon-bantuan-dan-ini-apa-mb-lakukan

Semasa lawatan YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu ke Jordan dan Mesir bersama 991 orang pelajar Terengganu daripada kedua-dua tempat tersebut beliau telah menyampaikan bantuan zakat kepada semua pelajar yang hadir.

Dalam program tersebut terdapat dua keluarga anak Terengganu yang datang berjumpa beliau, keluarga pertama berjumpa dengannya memberitahu bahawa anaknya yang berusia dua tahun mempunyai penyakit kronik iaitu masalah jantung berlubang.

Ahmad Razif berkata ‘Saya kata tiada pilihan, suka tak suka, susah tak senang pun, kita kena bantu.. kerana dia susah, maka saya sudah minta pegawai saya bawa balik dia hantar ke IJN, terus saya minta di bantu anak kecil berusia 2 tahun ini’.

Paling tidak kita dapat menyenangkan hati Keluarganya…

“Tetapi mungkin bagi kita, kenapa kita perlu bantu budak ini, apa kena mengena kita dengan budak ini, mungkin itu yang kita rasa tetapi jika berlaku pada anak kita apa yang kita rasa…? pada masa itu kita terdesak & kita akan buat apa sahaja untuk kita menyelesaikan masalah”

Manakala bagi Keluarga kedua yang berjumpa dengan MB pula menyatakan bahawa dua anak mereka mempunyai masalah penglihatan.

MB telah membuat keputusan untuk membantu keluarga tersebut dan beliau telah mengarahkan kepada pegawai untuk membantu dua orang anak keluarga tersebut dengan memeriksa dengan mana-mana pakar di Mesir.

Beliau mengharapakan agar anak-anak tersebut terbela dan dapat mengharungi kehidupan seperti insan yang lain.

Walaupun ramai yang mengeji dan memfitnah beliau tetapi beliau tetap bersama rakyat, beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar dan istiqamah dalam menjaga kebajikan rakyat.

Slogan Kecil bagi kita, besar bagi rakyat adalah bertepatan dengan prinsip dirinya yang begitu peka dengan kehidupan rakyat seharian.

Dato Seri Ahmad Razif, semoga sentiasa di beri kekuatan dalam mentadbir negeri Terengganu.

Anak Terengganu di Mesir Jantung berlubang, bawa balik dia terus hantar IJN - Razif  https://www.youtube.com/watch?v=bk1cYf4fMsA&feature=youtu.be

Saturday, January 16, 2016

E8 Apa M?atlamat nya?

BAHAGIAN E8 BUKIT AMAN...WIRA DALAM DIAM!
Pegawai dan anggota polis yang siap bersenjata api dan memakai topeng muka dalam gambar ini adalah dari Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman. Unit elit ini adalah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab memerangi jenayah keganasan yang bersifat subversif, ekstremis dan sabotaj di negara kita. Ramai yang tidak menyedari kewujudan unit ini kerana sifat mereka yang 'low profile' dan tidak pernah menonjolkan diri . Ini kerana tugas mereka sangat berisiko dan mencabar kerana perlu menangani 'manusia gila' yang berselindung di balik nama bangsa dan agama. Dalam konteks sekarang, lebih tepat, mereka perlu memerangi gerakan IS yang semakin hari semakin mengganas di seluruh dunia.
Operasi mereka sangat sulit. Sebab itu mereka sering dilihat memakai sarung muka (balaclava) kerana perlu menjalankan tugas-tugas risikan, penyiasatan dan pelbagai lagi tugasan lagi yang memerlukan identiti mereka dirahsiakan daripada pengetahuan masyarakat umum.
Yang pasti, setakat ini E8 boleh dikatakan berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan di bahu mereka dengan sangat cemerlang. Berpuluh atau mungkin beratus anggota IS di negara ini berjaya mereka tangkap 'senyap-senyap' . Mereka dah berjaya menangkap beberapa ketua pengganas dari dalam dan luar negeri yang berada negara ini. Mereka berjaya menggagalkan beberapa percubaan untuk mengebom dan mencetuskan huru-hara di beberapa tempat utama di ibu negara. Mereka berjaya merampas senjata dan bahan letupan. Malah mereka berjaya setakat ini menggagalkan begitu banyak perancangan dan agenda IS yang mahu mencetuskan kekacauan dan penumpahan darah di bumi Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi begitulah hakikatnya. Di saat kita tidur lena, pegawai dan anggota E8 bermati-matian di luar sana untuk membendung kegiatan ini daripada terus menimbulkan ketakutan serta kerisauan di bumi bertuah ini. Dan atas dedikasi E8 khususnya dan seluruh anggota PDRM amnya, sehingga kini belum terjadi lagi kegiatan pengeboman dan keganasan di negara kita berbanding nasib yang menimpa rakyat negara-negara jiran kita, Alhamdulilah.
Namun E8 memerlukan lebih banyak maklumat dan informasi daripada kita semua bagi membantu mereka bergerak memerangi pengganas dan keganasan ini. Justeru marilah kita membantu E8, PDRM dan agensi-agensi perisikan negara dengan memberi maklumat sekiranya mengetahui atau mengesyaki sesuatu yang 'pelik' di sekeliling kita.
SALUTE E8!

Wednesday, January 13, 2016

Tahniah MB Terengganu Kerna Membuka Peluang Perniaga Kepada Rakyat Terengganu

10308239_10204781637214909_2228213347923677940_n
Kuala Terengganu : Semasa Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu berucap dihadapan kakitangan awam negeri dan persekutuan di Wisma Darul Iman disini telah mengariskan beberapa perkara untuk rakyat Terengganu.

Beliau turut menyatakan langkah – langkah baharu dalam mengisi Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR) atau touch points di negeri Terengganu yang mana telah di terjemahkan didalam bajet 2015 dan juga 2016.

Menurut Ahmad Razif, menyedari beban dan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat ekoran meningkatnya kos sara hidup, maka saya ingin mencadangkan beberapa lagi program touch points dan diantaranya Program 1 Keluarga, 1 Usahawan.

“Program 1 Keluarga, 1 Usahawan diwujudkan dengan menggunakan peruntukan dalam Bajet Negeri 2016 yang disalurkan kepada Tabung Pembiayaan Usahawan (T‟Fund) dan di bawah Skim Pinjaman Khas Usahawan Desa”

“Program ini boleh menggalakkan setiap keluarga mempunyai bisnes atau perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan mereka”

“Kerajaan akan mempermudahkan hasrat rakyat untuk berniaga dari rumah untuk menjalankan perniagaan kecil – kecilan dalam usaha mereka untuk menambah pendapatan sampingan untuk keluarga”, katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya atau Majlis Daerah tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang meniaga di hadapan rumah mereka dalam tempoh 3 tahun, jika sudah melebihi 3 tahun meniaga bolehlah di fikirkan untuk di daftarkan perniagaan.

“Akan tetapi pastikan perniagaan ini, walaupun kecil, ianya tetap berdaftar dengan YPU atau Pihak Berkuasa dan ianya bersifat sementara”

“Bagi perniaga yang telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan Yayasan Pembanguna Usahawan (YPU), pelbagai geran dan dana yang disediakan kerajaan untuk rakyat terus maju dalam perniagaan yang diceburi”,tambahnya.

-SuaraBumi|TerengganuTimes

Wednesday, January 6, 2016

Wanita Yang Kufur NIKMAT.... KAYA Harta Tapi MISKIN Budi Bahasa

Kelancangan sseorang wanita memuat naik status di Facebook telah dikecam natizen, Wanita itu  yang meluahkan perasaan tidak puas hati ketika berurusan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kemasik di facebooknya mungkin tidak menyangka bahawa dia akan didatangi wakil rakyat kawasan itu sendiri, Ir Rosli semalam.

Kunjungan itu bagaimanapun hanya disambut suami wanita berkenaan kerana beliau dikatakan tidak mahu keluar berjumpa Ir Rosli.

Menurut sumber, kunjungan Ir Rosli itu bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar apakah isu yang menyebabkan wanita berkenaan tidak berpuas hati apabila menulis dengan bahasa yang agak keras di facebooknya.

“YB juga bawa bersama pegawai Pusat Khidmat DUN kerana mahukan masalah itu diselesaikan, namun hasrat itu sedikit terbantut kerana wanita berkenaan tidak keluar menemui YB dan pegawainya.

“Bagaimanapun suami wanita berkenaan telah memohon maaf kepada YB bagi pihak isterinya mengenai kejadian tersebut,” kata sumber itu.

Tindakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu telah mendapat pujian banyak pihak kerana beliau telah mengambil langkah segera dan berani dalam menangani masalah yang berlaku.


Tuesday, January 5, 2016

POK CIK Hampir Di Tipu Oleh Anak Tiri


pkcik

Seorang warga emas (nama di rahsiakan) gelandangan ditemui duduk di hadapan pejabat E-Aduan TTB di Paya Keladi dalam keadaan murung dan tidak berbaju, seorang pegawai daripada kaunter informasi TTB tersebut keluar bertanya apa yang telah terjadi dan apa-apa yang boleh dibantu.


Warga emas tersebut menceritakan :

“Marengg, ada sorang laki nok rompok pokcik nok ambil duit pokcik.., dia mari ngaku anok tiri pokcik, pastu ajok pokcik ke bank, dia kata nak masuk duit ke pokcik, tapi sampai di bank dia ambil ic pokcik. Pastu pokcik dengar dia kata wat kluar duit nak wat bayor kete…. “

dia berhenti seketika dan menyelukkan tangan ke dalam saku seluarnya sambil mengeluarkan satu resit sejumlah wang yang besar telah di keluarkan oleh si penipu tersebut.

Kerana kasihan dengan keadaan warga emas tersebut, pegawai kaunter khidmat TTB tersebut mengajak beliau masuk ke dalam pejabat dan meminta agar beliau menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku dan membeli makanan & minuman, dan salah seorang pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut berada di situ menyarungkan baju kepadanya.

Kemudian dalam keadaan nada yang sedih, warga emas tersebut menyambung ceritanya :

“dia nak baham duit dah…” (kata nak wak masuk duit, tetiba nak bayar kereta), “pastu pokcik dapat tahu terus pokcik rampas duit tu lempor balik masuk ke kaunter bank. 

Tapi dia sempat lari, ambik ic, beg duit pokcik ”

pastu guane terjadi pokcik?

Warga emas itu terdiam…

Salah seorang pegawai bertugas terus membuat panggilan kepada pihak polis, tak sampai 10 minit dua orang pegawai penyiasat daripada PDRM tiba di Pejabat E-Aduan TTB.

Selepas Pegawai kaunter Aduan TTB menceritakan sedikit kisah berkenaan warga emas tersebut, pihak polis memohon agar pegawai tersebut turut serta bersama warga emas tersebut ke balai polis IPK Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis.

Setelah laporan polis di buat, warga emas tersebut di bawa ke bank BSN di mana beliau telah di tipu oleh lelaki tersebut dan berjumpa dengan pegawai yang sama bagi mendapatkan penjelasan.

Pegawai bank tersebut memaklumkan memang ada sehari sebelum kejadian warga emas tersebut dengan seorang lelaki yang datang untuk membuat pengeluaran wang mengunakan ic warga emas tersebut, apabila pegawai bank itu bertanya kepada lelaki itu kenapa hendak mengeluarkan wang tersebut dia memberitahu untuk membeli kereta, dan semasa itu juga apabila warga emas itu terdengar terus merampas wang daripada lelaki tersebut dan melemparnya kepada pegawai kaunter bank.

Lelaki yang cuba menipu itu terkejut dengan tindakan warga emas itu dan terus lari bersama IC warga emas tersebut apabila sedar tindakannya yang cuba menipu dapat di hidu oleh pegawai bank dan pegawai keselamatan yang bertugas.

Selepas itu pegawai bank itu memasukkan kembali wang yang telah di keluarkan ke dalam akaun warga emas tersebut…

Itulah kejadian sebenar apa yang berlaku, selepas itu pihak polis dan pegawai kaunter TTB tersebut telah berbincang dan membuat keputusan menghantar warga emas tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kerana warga emas tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai anak tetapi mempunyai saudara mara di Kuala Terengganu yang tidak mempedulikannya.

Alhamdulillah kes itu selesai, dan warga emas tersebut bernasib baik kerana tidak tertipu dan hikmah yang dapat di simpulkan..

Allah S.W.T sentiasa akan menolong hambanya yang teranyia.. dan kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain.

Salam Transformasi Terengganu Baharu (TTB)

Wassalam.


Kiriman seorang hamba Allah yang turut berada di tempat kejadian.

Sunday, January 3, 2016

Mohd Nor Hamzah Luaran TIDAK Sama Dengan Nafsu Dalamannya?


Mohd Nor Hamzah aka Adun Bukit Payong ini rupanya luaran sahaja nampak ALim dihadapan penyokong PAS tetapi didalamnya penuh dengan nafsu serakah dan terkenal dengan salakkan  sehinggakan pokok yang ada di bukit turut keguguran daunnya.

Dalam artikel beliau yang terbaru telah memuat naikkan pasal pulau pasir yang dibuat kajian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) yang menyatakan laluan air di sungai terengganu cetek dan pulau pasir juga turut menghalang laluan air tersebut.

ADMIN sempat print screen posting tersebut selepas 11 minit dinaikkan dan nyata Adun bukit Payong itu semamang MONYET Berbulu Anjing !!!

Lihat pada para yang ke 6 ada baca sebanyak 5 kali untuk mempastikan ia ditulis bekit dan adi sengajakan buat peranggang  itu untuk mudah dibaca.

Muara Sungai Terengganu paling banyak korbankan mangsa
Bismillah

Dipercayai kawasan di muara Sungai Terengganu adalah satu kawasan yang paling banyak mengorbankan mangsa. Bermula selepas tahun 2004 sehingga sekarang sudah terlalu banyak mangsa yang diketahui telah dibenamkan ke dasar muara sungai kerana kerakusan tangan-tangan pemerintah Umno-BN Terengganu.

Sehingga tulisan ini dibuat, kira-kira satu billion ringgit telah dijadikan mangsa bagi melaksanakan berbagai projek yang sia-sia. Oh lupa, maksud saya mangsa itu ialah wang rakyat Terengganu. Itu di bawah muara, di atasnya pula, suatu ketika dahulu duit rakyat Terengganu diambil atas nama tol.

Terbaharu, pulau pasir yang berada di tengah-tengah aliran Sungai Terengganu itu yang seluas kira-kira 10 hektar milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT) yang dibayar cukai tahunan kira-kira RM12 ribu setahun yang mana baru-baru ini telah disahkan oleh Exco Pelancongan Dato' Mohd Jidin Shafie yang pulau itu telah stabil dan yang dicadang untuk didirikan tempat pelancongan seperti taman tema air, khabarnya mungkin akan disedut pula bagi tujuan mendalamkan kembali Sungai Terengganu yang menjadi cetek kerana projek-projek yang berkait dengan Monsoon Cup dahulu.

Dato’ Seri Ahmad Razif memberikan alasan kerana banjir kerap dan cepat berlaku di kawasan-kawasan sekitar dan aliran sungai yang menjadi perlahan kerana masalah sungai cetek ini, juga telah menerima laporan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

Tetapi kali ini tidak terlalu banyak wang yang akan dikorbankan ke dalam sungai, insyaAllah cuma kira-kira RM20 juta sahaja duit rakyat yang akan dibenamkan. Umno tambun, bila sudah stabil Umno nak korek balik, guna pula duit rakyat Terengganu. Ada sesiapa yang boleh jelaskan proses apakah ini?

Suka disini saya ingin menyatakan bahawa kos itu sebenarnya terlalu banyak dan kerajaan perlu pertimbangankan projek itu kepada  wakil-wakil rakyat Pas yang mempunyai lessen. Oleh kerana ianya projek kerajaan maka patut diberikan kepada Pas agar kami dapat menutup mulut ahli-ahli kami dengan projek ini.

Memetik kembali kata-kata mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, Projek Monsoon Cup adalah jelas membazir dan kerajaan pusat seolah-olah mengkhianati satu billion ringgit wang rakyat Terengganu, dengan membina kemudahan Monsoon Cup sebanyak RM500 juta dan mendalamkan Sungai Terengganu sebanyak lebih RM500 juta.

Apakah dahulu belum cukup lagi muara Sungai Terengganu menelan RM500 juta dan harus ditambah lagi RM20 juta? Kita berharap ini bukan projek cari makan. Bukan itu sahaja kata Ahmad Said, hotel Riyaz Heritrage yang sampai sekarang bermasalah, turut menjadi biawak hidup yang ditanggung menggunakan wang rakyat Terengganu. Begitulah caranya Umno merosakkan alam sekitar sekaligus wang rakyat. Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"

Saya menyeru kepada kerajaan Umno Terengganu agar tidak menjadi seperti golongan yang disebutkan Allah dalam ayat di atas. PAS juga akan kekal menasihati dan tetap akan menentang sebarang bentuk penyelewengan dan kebrobokan tidak kira siapa dia. Dan alhamdulillah pembelian nombor plat khabarnya telah ditarik balik hasil nasihat dan desakan PAS. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

22 Rabiul Awwal 1437