Friday, November 20, 2015

DAP Mula Menunjukkan KUKU Besi Sampai Menangis Adun PKR Peranti Merayu Untuk Orang Melayu??


norleladariGEORGE TOWN – Seorang wakil rakyat daripada PKR hari ini tidak dapat membendung kesedihan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau sedih kerana luahan dan persoalannya berhubung pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.
“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam…Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.
“Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung…yang mendengar suara saya Padang Kota saja,” luahnya sambil menangis.
Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin daripada PKR adalah exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan manakala Adun Batu Lancang Danny Law Heng Kiang ialah exco Pembangunan Pelancongan dan Adun Padang Kota Chow Kon Yeow daripada DAP ialah exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir.
Dr Norlela berkata apa yang lebih menyedihkan ialah apakah yang perlu diberitahu kepada orang kampung setiap kali beliau pulang bertemu rakyat di kawasannya.
“Apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab,” katanya.
Rintihan Norlela itu turut mendapat simpati daripada wakil rakyat Barisan Nasional, Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang menyatakan ia adalah realiti yang kini dilalui oleh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.
Tindakan Dr Norlela itu menyebabkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Kassim bangun dan dengan nada tegas menyatakan tuduhan Dr Norlela tidak adil kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng ada menyebut terdapat peruntukan disalur kepada Permatang Pauh.
Dewan Undangan Negeri Penanti adalah di bawah Parlimen Permatang Pauh.
Mendengar jawapan Abdul Malik, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Abdul Malik yang juga Adun Batu Maung itu bertenang.
Mohd Rashid berkata masalah yang dibangkitkan Dr Norlela perlu dibincang secara mendalam – BERNAMA

Wednesday, November 18, 2015

HUSAM Sedia Terima Debat Dimana Sahaja Kalau Cikgu Pa Berani

Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa menyahut cabaran untuk berdebat secara terbuka dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Mustafa Ali, katanya dalam kenyataan media hari ini.
 
Husam juga setuju dengan Pemuda PAS Kelantan sebagai penganjur debat tersebut yang bertajuk Saya Tanya Anda Jawab.
 
Katanya, Mustafa boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu.
 
"Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cik Gu Pa (Mustafa Ali). Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.
 
"Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya," katanya.
 
Husam mengulangi, pertemuan PAS-Umno 2008 itu akan kekal dalam sejarah dan terpulang kepada pengundi Selangor menilaikannya.
 
Beliau menambah, arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya telah berjaya diubah.
 
Tetapi fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu akan kekal sampai bila-bila, katanya.
 
"Cadangan Cik Gu Pa untuk turut memanggil Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya,"kata beliau.
 
Menurut Husam, mengenai pertanyaan Mustafa sama ada beliau menjadi alat DAP, Adun Salor itu bertanya kembali, adakah Cik Gu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi?
 
"Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat ? Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini? Alat siapa Cik Gu?,"tanya Husam.
 
Mengenai cabaran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar beliau bersumpah sendirian, bekas Exco kerajaan Kelantan itu berkata, beliau mengira ia adalah petanda kejayaannya.
 
Katanya, beliau tidak berniat memalukan Presiden tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara PAS - Umno sejak Hadi  masih hidup lagi.
 
''Pada 2014, Presiden PAS (hadi) ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun PAS menyertai PAS,"katanya.
 
Menurut Husam lagi, berdasarkan kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Haron Din telah menunjukkan perundingan kerjasama antara PAS-Umno memang wujud.
 
Katanya, jadi atau tidak, belum pasti dan bentuknya belum muktamad.
 
Menurut Husam, sebagai ahli PAS beliau lebih menghargai ketelusan sebegini.
 
"Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti. Ketiadaan info kepada setengah ahli menimbulkan perbalahan yang berlarutan.
 
"Mereka berpencak silat dengan mata tertutup kerana maklumatnya disembunyikan, tapi bunyi dan desirnya telah wujud sejak 2008,"tambah beliau.
 
Kata Husam, kerana itu mungkin sebabnya Islam melarang memperdaya pengikut. Memperdaya bermakna pengikut tidak diberi tahu arah sebenar mereka dibawa sehingga sampai satu waktu, mereka tidak lagi boleh berpatah balik.
 
Apa yang diperlukan PAS kini ialah ketelusan.
 
Katanya, sama ada bila kerjasama itu akan dimuktamadkan dan bentuknya, tentu bergantung kepada banyak faktor, seperti kata Mursyidul Am (Nik Aziz Nik Mat) termasuk faktor strategi masa dan keadaan.
 
Niatnya ada. Usahanya ada. Penafian dulu kini sudah meningkat menjadi pengakuan, sedikit demi sedikit seperti menyuntik ubat bius oleh doktor pakar.
 
Kini, terpulang kepada ahli Pas dan masyarakat awam menilai, membaca dan bertindak balas  dan PAS tidak boleh menghalang orang ramai membuat tafsiran sendiri, membuat bacaan politik dan bertindak balas sewajarnya.

Sunday, November 15, 2015

Benarkah Alvin Tan Mati di Tembak di Australia??

Australia: 14/11, Alvin Tan Blogger yang berbanggsa cina yang menetap di luar negara viral dengan kes mengelap najisnya pada kitab suci Al-Quran ini telah mati ditembak? Betul ke?

Alvin pada awalannya viral dengan video yang menghina azan orang islam dengan menggunakan piano kemudian diteruskan dengan kronologi bertatu nama ALLAH di pinggul dan peha, namun masyarakat jumud melayu "islam" masih mengatakan"sesungguhnya Hidayah itu Milik ALLAH".

Kami masih tidak tahu nak mengatakan apa terhadap mentaliti masyarakat melayu di Malaysia ini. Sepertinya kurang kasih sayang dan terlalu ekstrimis dalam sesuatu benda, mana taknya, rata-rata umum melihat agama sekarang itu hanya pada tutup aurat. Seboleh-bolehnya menghimpunkan koleksi gambar wanita yang tidak menutup aurat dan hendak acah-acah menjadi ustaz.

Cuba kita adaptasi kembali bagaimana persekitaran maya ini ke realiti, bermaksud dengan berapa ramai kawan di dalam facebook itu ibarat sekumpulan rakan-rakan yang anda sedang lepak, datang seorang perempuan yang 'cun' tidak menutup aurat, adakah anda dengan selambernya pergi berkumpulan dan memberi salam dan seterusnya mengeluarkan hadis-hadis copy paste dan memarah wanita itu?

Tidak bukan? Jadi permasalahan dalam masalah sosial kita dalam alam maya adalah kita sendiri memandang masalah itu sebagai suatu masalah yang melampau sehingga membawa kepada tahap tanpa kita sedari menghukumi seseorang setara dengan tuhan. Kita langsung tidak bertanggungjawab dengan dosa, kebodohan orang lain, cumanya indah nya islam ini saling mengingati dengan hemat dan beradab.

Cumanya dalam kes Alvin tan, hendaklah kita tahu bahawa di mana tahap bersangka baik dan mana tahap kita perlu pertahankan hak agama. Kemuliaan agama kita memang tak terjejas kerana makhluk, sikit tidak menggoyangkan kemuliaan agama yang memang mulia pada azalinya, tetapi ujian kita di situ adalah, apakah kita ini mempertahankan agama seperti para sahabat yang mengibar-gibarkan panji-panji islam walaupun sedang dipancung oleh pihak musuh. Masih erat dalam menggenggam "tanda" sucinya dan kebesaran agama.

Dimana kita boleh meletakkan taraf atau martabat kita dalam kes ini. Jika anda hendak tunjuk bantah, bantah dengan bijak, bukan menunjukkan kelemahan yang ALVIN Tan mahu lihat dan mahu mentaliti masyarakat lain akan fikirkan.

Let's unite as one, becoming rational to face somebody stupid!

Report verified facebook nya sebagai harrasment  . Usah di puisikan di deep kan ayat ayat orang bodoh, biar pun berijazah, tapi tindakan yang bodoh adalah kebodohan!

Mengenai ALVIN TAN Mati? Tak, dia tak mati, saat anda tidak membaca, itulah saat anda mati!

Sumber ::: http://informasi-viral.blogspot.my/

Wednesday, November 11, 2015

VIDEO :: Tanah Runtuh Lebuh Raya KARAK - KUALA LUMPUR

Tanah runtuh di Lebuhraya KL-Karak
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi. - Foto Twitter @Zul__Fadli
KUALA LUMPUR: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi petang tadi.

Menurut laporan awal akaun Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (@LLMinfotrafik), kesemua laluan terhalang dan trafik di kedua-dua arah sesak.

Tambahnya, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.





Dalam pada itu Bernama melaporkan pengendali lebuh raya terbabit, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.

Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.

Turut dilaporkan, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.

"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya.

Sementara itu menurut laporan The Star, terdapat beberapa kereta tertimbus di dalam kejadian itu.

“Saya baru sahaja bercakap dengan beberapa pegawai, terdapat beberapa buah kereta tertimbus di bawah tanah runtuh,” kata ketua bahagian trafik Kumpulan Media Radio Star, Priscilla Patrick.
Kesan runtuhan dijangka tidak akan dapat dibersihkan malam ni, tambahnya lagi.

Monday, November 9, 2015

SERANGAN Kepada UMNOBN Selepas AMANAH Dilancarkan Di MARANG - LUBUK PAS

Lidah Rasmi PAS Terengganu Tiada Kredibiliti


“Tiada kredibiliti”, itulah yang saya dapat rumuskan setelah membaca sebuah artikel yang dikatakan sebagai mewakili lidah rasmi PAS Terengganu menerusi artikelnya yang gigih menghentam kepimpinan kerajaan negeri Terengganu melalui artikelnya yang berjudul, ‘Wahai Razif, Pemimpin Kerajaan UMNO Terengganu...Janganlah Tamak Haloba’

Dengan bermodalkan fakta tidak jelas, “pointless remark” dan emosi editor, penulisan yang seakan ‘meroyan’ ini mungkin kerana halatuju PAS itu kini semakin pudar, kelam dan tenggelam dek keghairahan Parti Amanah Negara menerobosi Terengganu yang kononnya gah sebagai kubu kuatnya.

Lebih malang apabila tiada siapa lagi hendak dipersalahkan di atas punca perpecahan parti tersebut, dan talian hayat terakhirnya adalah dengan memburukkan kerajaan negeri Terengganu yang utuh di bawah kepimpinan UMNO. Dengan harapan sedikit sebanyak dapat menutup  serta mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu perpecahan besar-besaran yang sedang berlaku di dalam PAS pada ketika ini.

Program ceramah sempena Perasmian Pejabat Amanah Marang oleh Parti Amanah Negara yang baru sahaja berlangsung semalam di Bukit Payung, Marang bukan lagi satu rahsia. Tamparan hebat inilah yang mungkin membuatkan PAS biol sebentar, terpinga-pinga dan tidak senang duduk lantaran ikrar PAN meruntuhkan kubu kuat PAS di Marang.

Berbalik kepada serangan penuh emosi dari lidah rasmi PAS Terengganu, saya agak kecewa membaca ‘fakta’ serangan yang kononnya ingin menunjukkan kepincangan dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Suka saya kelaskan serangan tersebut sebagai sekadar ‘sembang kedai kopi’ dan ‘lepas geram’. Pada mulanya saya fikir hanya saya beranggapan sebegitu. Rupanya lebih ramai mempunyai pendapat yang sama setelah membaca artikel serangan tersebut.

Manakan tidak, satu demi satu perenggan yang diteliti memperlihatkan bayangan editor sedang menaip emosi penuh kebencian tanpa satu fakta yang jelas. Ada baiknya beliau mencarut sepuasnya sahaja dalam artikel tersebut... tidak ada beza.

Editor portal gagal mempamerkan sentimen rakus yang mengaitkan keterampilan Razif sebagai seorang pemimpin yang kononnya tamak haloba.  Dan siapakah beberapa ‘kerat’ pemimpin UMNO yang dikatakan mahu keuntungan segera itu? Boleh buktikan? Boleh senaraikan supaya rakyat tahu? Inilah yang saya maksudkan dengan ‘tiada kredibiliti’. Jika beliau (editor)  telus dalam membongkar keterlibatan beberapa ‘kerat’ pemimpin UMNO yang mahu keuntungan segera ini, SENARAIKAN.

Saya pasti bukan sahaja ahli PAS berminat hendak tahu, bahkan ahli UMNO dan seluruh rakyat juga pasti hendak tahu sejauh mana prinsip INTEGRITI yang dibawa oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Namun jika tiada apa-apa pembuktian yang mampu mengukuhkan tuduhan serta penulisan di dalam portal tersebut, dapat saya simpulkan  apa yang saya perkatakan sejak mula yakni penulisan lidah rasmi PAS Terengganu TIADA KREDIBILITI adalah tepat. Malanglah bagi pembacanya.

Dimanalah agaknya penulis portal tersebut mendapat angka yang mengatakan hutan seluas 6000 Hektar digondolkan untuk aktiviti melombong bijih di Bukit Besi? Sedangkan gambar yang dipaparkan di portal tersebut menunjukkan angka yang jauh lebih rendah iaitu seluas 476 Hektar. Meluaskan operasi melombong bijih besi ini pula kenyataan siapa?

Isu berkenaan perlombongan bijih besi ini seringkali dijawab oleh pihak kerajaan negeri Terengganu. (rujuk link dibawah)

Walaubagaimanapun, saya faham dengan jelas sikap editor portal yang tidak mempunyai kredibiliti. Lebih-lebih lagi penulisan di laman portal yang bertindak sebagai lidah rasmi sebuah parti yang berada di ambang kerapuhan. Apakah lidah rasmi PAS Terengganu tidak gentar berhadapan tindakan saman kerana putarbelit dan fakta yang salah?

Lempar batu sembunyi tangan itu sikap pengecut. Tidak hairan jika selama ini PAS ditindas semasa berada bersama Pakatan Rakyat dan disepak tendang apabila munculnya Pakatan Harapan. Ciri-ciri tersebut memang terserlah.







Fakta Bauksit










Penulisan di portal tersebut mempersoalkan dimana Pelaburan dan kemajuan  yang masuk Ke Negeri Terengganu.

Fakta Pelaburan
  1. -Terengganu Tarik Pelaburan RM27.1 Bilion

  1. TSC Labur RM550 Juta Bangun Lembah Silika Pertama Dunia Di Terengganu


   3.   Terenggnu Buka pintu pelabur china

   4.  Pelabur China Buka Kilang Sarung Tangan Sintetik Di Terengganu                           
                                   http://teganukita.my/pelabur-china-buka-kilang-sarung-tangan-sintetik-di-terengganu/
        
    5. Sultan Mizan rasmi Fasiliti Bersepadu Bio Metionina Tiokimia


   
     7.Men-T pacu ekonomi Tarik Pelaburan

     8.


Rakyat Terengganu yang dikatakan Makan Habuk… benarkah?

  1. Dana Raya RM2.8 Juta Untuk 8,134 Masyarakat Cina


  1. Petani dan Penternak Terima Wang Ihsan


  1. Rumah Mampu Milik Ganti Rumah PPRT


  1. Terengganu Bangunkan Rumah Teres


  1. Suami Meninggal, Rumah Terbakar : Derita Ibu Tunggal Dapat Perhatian


  1. Mangsa Kebakaran Akhirnya Dapat Rumah Baharu


  1. Lima Keluarga Mangsa Kebakaran Ditawar Rumah Baharu – MB