Tuesday, October 27, 2015

Sejarah Pembinaan Lebuh Raya GRIK-JELI ::: 3 Nyawa Melayang

63 BUAH JENTOLAK DILETUPKAN OLEH KOMUNIS, 3 NYAWA MELAYANG (PEMBINAAN LEBUHRAYA GRIK-JELI)
__________________________________________
Lebuhraya Timur Barat, jalan darat yang melintasi Banjaran Titiwangsa. Menceritakan pengorbanan orang dulu-dulu, bersusah payah untuk kesenangan anak cucu hari ini.Kita hayati bertapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keamanan perlu dijaga oleh generasi sekarang.

Pada 27 Ogos 1974, ketika para pekerja yang membina Lebuhraya Timur Barat. Mereka telah diserang oleh komunis. 63 buah jentolak telah diletupkan, turut mengorbankan 3 nyawa pekerja JKR dan beberapa orang lagi telah tercedera.

Komunis yang kembali mengganas antara tahun 1967-1989 iaitu era Darurat Kedua. Para pekerja membina Lebuhraya Timur Barat menjadi mangsa serangan hendap pihak komunis. Akibat tindakan pihak komunis ini, tempoh pembinaan lebuhraya ini menjadi lama, memakan masa 11 tahun. Saya sendiri masih ingat awal 80an semua perjalanan dr Gerik ke Kedah dan Kelantan ditutup kepada orang awam bermula jam 6.00petang.

Kos pembinaan juga meningkat daripada RM 85 juta menjadi RM 205 juta, ini kerana banyak jentera dan peralatan dirosakkan atau dimusnahkan oleh Komunis bagi menggagalkan usaha pembinaan jalan raya tersebut. Kerana mereka tahu jika jalan raya ini siap, ia akan memudahkan lagi pergerakan tentera bagi memerangi pengganas komunis yang bersarang di kawasan tersebut, terutama dikawasan Hutan Belum.

Bagi merakam penghargaan terhadap mereka yang terkorban ketika bekerja keras membina jalan yang menghubungkan Jeli dan Grik ini, satu tugu peringatan telah dibina oleh JKR.  Bagi mengenangkan pengorbanan para pekerja yang telah terkorban menjadi mangsa komunis.

Jika ada anak cucu hari ini yang melintasi jalan itu, ingatlah bertapa susahnya orang dulu-dulu berkerja untuk menyiapkan Lebuhraya Timur Barat demi keselesaan generasi hari ini. Pengorbanan umereka sungguh hebat, walaupun tahu kawasan itu berisiko, namum mereka berjiwa kental, sanggup bekerja keras demi menyiapkan jalan ini.






PAS Tadbir Terengganu 1999 Mengikut Sunnah dan Al Quran


Sejarah kemenangan PAS pada tahun 1999 Pilihanraya Umum (PRU10) tahun tersebut telah menakdirkan Pas memerintah Terengganu selama satu penggal.

Pada ketika itu Timbalan Presiden Pas Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang telah diangkat menjadi Menteri Besar Terengganu kemenangan besar PAS Terengganu dengan 28 kerusi dun dari 32 kerusi yang dipertandingkan serta empat  kerusi milik UMNOBN iaitu Seberang Takir,Kemasek,Telemong dan Ajil.

Setelah satu penggal pemerintahan ZALIM PAS di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah banyak membuka mata rakyat negeri ini dengan pelbagai kezaliman kepada rakyat.

Antara yang telah dinyatakan KEZALIMAN PAS sepanjang pemerintahan Ulama’ KONONNYA yang dijangka mentadbir urus dengan baik akan tetapi kesilapan undi itu telah membawa derita kepada pengundi dengan kerakusan pemimpin PAS dengan RASUAH, Penyelewengan DANA, Hartanah, dan sebagainya yang telah direkodkan.

Selogan Acu Try Test Sekali cukup memberi kesan kepada rakyat Terengganu apabila kepercayaan itu telah dinodai oleh para pejuang-pejuang ISLAM yang mana kelakuanya ketika itu diseperti penampilan yang dibawa.


Imej ISLAM yang di bawa tidak sama dengan perbuatannya dengan penyalahgunaan KUASA yang dipinjamkan sementara kepada mereka.

Maka layakkah PAS diberi peluang untuk mentadbir urus sesebuah negeri jika perangai yang telah menjadi sejarah kepada rakyat negeri Terengganu ini.

Penulis berharap kepada anak-anak muda negeri Terengganu.. Jangan terpedaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh PAS kerana mereka telah diberi peluang untuk menguruskan Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004 yang lalu.

Bukti penyelewengan dan salah guna kuasa penulis sertakan sekali dan banyak lagi perkara-perkara yang belum penulis huraikan semasa zaman KEZALIMAN PAS kepada rakyat Terengganu.