Wednesday, July 29, 2015

RM 2.6 Bilion: Muhyiddin Dan Mukhriz Menipu Mahathir dan Rakyat Malaysia Untuk Fitnah Najib?




Kini terbongkar kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.

Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa yang merakamnya.

Pada awal video iti sendiri jelas menunjukkan Perdana Menterti tidak menyatakan jumlah yang masuk apabila Muhyiddin berkata,

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak… Susah nak kiralah, ‘dia cakap (najib) a lot, a lot'”

Kemudian dalam babak seterusnya, Muhyiddin sendiri yang menyebut jumlah tersebut dan cuba menjadikan ia pengakuan Mohd Najib.

Kemudian Muhyiddin menyebut, “Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

Muhyiddin sambil melihat kepada Kadir Sheikh Fadzir berkata, “Berapa? 700 million dollar! Kalau kali 3 points something RM 2.6 bilion… goes to his personal account. Ini dia sebut, he admitted, so i said why put into your personal account?”

Video tersebut terhenti di situ sahaja. Menunjukkan perakam dan pembocor video tidak mahu jawapan Mohd Najib diketahui orang.

Muhyiddin sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Bukannya Perdana Menteri kata USD 700 juta tersebut.


Watch "Muhyiddin Tolak Usul Tidak Percaya Kepada PM" on YouTube - Muhyiddin Tolak Usul Tidak Percaya Kepada PM: https://youtu.be/12q1Ef-ldBM

Watch "Muhyiddin Akan Terus Bantu Najib Sebagai Presiden…" on YouTube - Muhyiddin Akan Terus Bantu Najib Sebagai Presiden…: https://youtu.be/Xz49nHG6iHs

Watch "Saya Tidak Akan Abaikan Tugas Parti - Muhyiddin" on YouTube - Saya Tidak Akan Abaikan Tugas Parti - Muhyiddin: https://youtu.be/H2xHsWyCAG8

Watch "Isu IMDB; Muhyiddin Yakin Ia Akan Selesai" on YouTube - Isu IMDB; Muhyiddin Yakin Ia Akan Selesai: https://youtu.be/aQji3Fko8Is

Watch "Muhyiddin Mahu Ahli UMNO Tumpu Usaha Kukuhkan Par…" on YouTube - Muhyiddin Mahu Ahli UMNO Tumpu Usaha Kukuhkan Par…: https://youtu.be/D3odxtjymQs

Kerajaan Negeri Prihatin Masa Depan Rakyat Sejak Bayi- Ibu Bapa

teganukita.my

AUTHOR:  29 JULY 2015 10:51 AM0 COMMENTSVIEWS: 73
SYA_1007
Skim Simpanan Pendidikan Nasional  (SSPN-i) kepada bayi yang lahir bermula 1 Januari 2015 yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu disambut baik dan menggembirakan golongan ibu bapa terutama pemohon yang berjaya menerima sumbangan itu.
Seorang ibu, Nur Nadiatul Naim, 22, dari Kampung Alor Limbat, berkata skim yang pertama kali dilaksanakan itu sangat memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak pada masa depan terutama untuk pendidikan mereka kelak.
“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang melaksanakan program sebegini. Ia sangat bagus sebagai persediaan kita untuk memastikan anak mempunyai tabungan dalam pelajaran sejak kecil lagi.
“Saya harap perkara baik sebegini yang tidak dibuat di mana-mana negeri akan berterusan dan dimanfaatkan oleh semua ibu bapa demi masa depan anak-anak kita juga,”katanya yang ditemani suami, Muhammad Muslim Mohd Razid, 25 dan bayi sulung mereka, Muhammad Adam Mukhriz, tiga bulan.
Pasangan itu antara ibu bapa kepada 1,200 bayi bertuah dari Terengganu yang dilahirkan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini yang menerima sumbangan SSPN-i .
Mereka  diraikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Majlis Pelancaran Program Sumbangan SSPN-i Kepada Bayi Lahir Tahun 2015, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa.
SYA_1026
Bagi seorang lagi bapa, Rozaidi Mohamad, 34, yang bekerja sebagai mekanik dari Kampung Seberang Takir, SSPN-i itu membuktikan kerajaan negeri sangat prihatin kepada keperluan golongan yang tidak berkemampuan sepertinya dalam usaha memastikan kehidupan yang lebih terjamin pada masa depan.
“Syukur Alhamdulillah, anak keempat saya dan isteri, Mastura Manaf, 35, Muhammad Adam Hakim yang baru berusia enam bulan,  berpeluang menikmati sumbangan daripada kerajaan negeri dan kami akan memanfaatkan bantuan ini sebaik mungkin. 
“Terima kasih kerajaan kerana sebab cakna dan saya harap sangat perkara baik sebegini diteruskan pada tahun-tahun akan datang supaya lebih ramai rakyat Terengganu dapat menikmati faedah daripada skim simpanan pendidikan sejak usia bayi ini,” katanya.

MUHYIDDIN Mahu Menumpukan Sepenuhnya Kepada Parti UMNO - Tidak Macam Yang Sebelah Sana

Timbalan Presiden UMNO Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) hari ini dalam satu kenyataan yang di bua Mahu Ahli UMNO Menumpukan Kepada Usaha Mengukuhkan Parti.

Beliau juga mantan Timbalan Perdana Menteri mengadakan satu sidang media khas di kediamannya sehari selepas beliau disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009 pada pengumuman rombakan Kabinet semalam.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mahu ahli UMNO menumpukan kepada usaha mengukuhkan parti dan jangan terlalu berfikir soal pengguguran beliau dalam barisan baharu kabinet yang diumumkan Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, dalam sidang media khas yang diadakan di Bukit Damansara hari ini, beliau berjanji akan meneruskan khidmatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan baik.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh turut berterima kasih kepada semua Bahagian UMNO yang terus memberi sokongan kepadanya terutama UMNO Johor, malah sedia untuk hadir merasmikan mesyuarat perwakilan parti sekiranya diundang.

“Kini tumpuan saya hanyalah mengukuhkan parti dan mahu melihat UMNO terus membela nasib rakyat dan AGAMA , Bangsa dan Tanah Air ini”

“Najib sebagai Presiden UMNO akan menguruskan Negara manakala tanggungjawab parti akan saya jalankan dengan penuh taat setia kepada perjuangan dari dulu,kini dan selamanya”

“kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya selama ini tidak perlu bimbang atau gusar akan  situasi saya kerana saya mempunyai tanggungjawab terhadap parti UMNO” katanya.

Tambahnya lagi, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sebagai manusia dan Hamba Allah SWT yang serba kekurangan dan kena akur dengan qodak dan qodar Allah SWT.

Penulis melihat dari raut wajah Timbalan Presiden UMNO ini cukup tenang menghadapi ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah SWT dan redha itu yang membuatkan senyuman masih terukir diwajahnya.

Semoga UMNO kembali diperkukuhkan dibawah strategi Tan Sri Timbalan UMNO dan bukan macam sebuah parti politik satu lagi…


Saturday, July 25, 2015

Kalau Nak Gaji Besar Dalam Kerajaan Tiru Macam ZAHAR Nie..

Cakap UMNO Dan BN Zalim, Penolong Pengarah Ini Masih Makan 'Gaji Haram' Dari Kerajaan @NajibRazak Yang 'Zalim'!


Seorang pencinta KETUM Anwar Ibrahim, memaki hamun dan memfitnah Perdana Menteri, DS Najib Razak di dalam laman sosial Facebook beliau seperti tiada penghujungnya, suami isteri menghentam Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang mereka sifatkan sebagai zalim. Ironinya, orang sebeginilah yang telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan dengan menjawat jawatan Kerajaan dengan pangkat yang tinggi.

Mohd Zahar Mohamed Nor adalah contoh Pegawai Kerajaan yang tidak tahu bersyukur. Menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah, Unit Sekolah Menegah di Pulau Pinang, Mohd Zahar sepatutnya anak jantan dan tidak membiarkan anak dan isterinya makan dengan rezeki yang beliau dapat dari gaji yang diberikan oleh Kerajaan yang beliau sifatkan sebagai zalim!

Siapa kata Kerajaan BN Zalim? mana ada zalim. Kawan kita ni Mohd Zahar di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ni ok saja. Walaupun dulu beliau kata semasa jadi MPP UPSI 2010 asyik demo menyokong PAS, sekarang beliau sudah menjawat Timbalan Pengarah di JPN Penang KPM. Aktif dalam PAS tidak menghalang bertugas di JPN. Kita yakin pada masa akan datang dengan keaktifan beliau dan hasil penat lelah demo beliau akan bakal jadi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPM pun pasti bangga!

Pegawai Kerajaan sebegini sangat banyak di dalam Kerajaan. Menjadi langau yang menghurung tahi dan menjadi gunting di dalam lipatan. Jadi tidak hairanlah kalau banyak dokumen Kerajaan yang bocor, banyak tugasan Kerajaan yang tergendala disebabkan ramai kakitangan sektor awam yang sibuk berpolitik.





SIRI 3 ::: Misteri Plaza Tol LPT 2, " Abang Bayar Tol ke SIAPA?

Foto hiasan
Siri 3… Sambungan LPT 2

Sebentar tadi ada dari kalangan pembaca blog penulis PM dan menceritakan kepada penulis satu kes alam misteri mengenai Lebuh Raya Pantai Timur 2…

Membaca kisah cerita itu juga membuat penulis berdiri juga bulu roma dan ketika ini pon sama macam semalam ketika penulis mencoretkan pasal hentian rehat di LPT 2 ketika itu. BACA Sini….

Kisahnya berbunyi semacam ini…..
Pada malam itu jam lebih kurang 9.45 malam dilebuh raya itu, hanya terdapat 3 buah kereta yang melalui suasana gelap di lebuh raya itu dengan bunyian cengkerik dan bunyian hutan rimba.

Jarak antara kereta ketiga-tiga buah itu lebih kurang dalam 150 meter ke 100 meter sahaja dan dapat melihat kelibat kereta yang melalui jalan di lalua sebelahnya pada waktu itu.

Pemandu kereta yang berada ditengah-tengah antara dua kereta itu yang mahu dikenali sebagai Abang K yang ketika itu menuju pulang ke kampungnya binjai rendah, marang.

Abang K telah mengikut kereta didepan dari susur masuk Bukit Besi sehingga lah sampai susur keluar Ajil dan kita itu plaza tol sudah siap 95% dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Kisah ini telah hampir 2 tahun berlalu dan pada ketika itu hanya lebuh raya yang dibuka dari Bukit Besi hingga ke Susur keluar Gemuruh Kuala Terengganu.

Foto Hiasan
Semasa mengambil susur keluar ke ajil, Abang K macam biasa sahaja dan sampai ke plaza tol Ajil melihat kereta didepannya berkelaukan pelik di plaza tol itu.

Didalam hati Abang K menyatakan “Kenapa kereta itu slow (perlahan) dengan menekan brek ???” Abang K mulai bimbang bercampur bulu rome dan kepala dia semakin kembang pada ketika itu.

Di Plaza Tol itu  rupanya kereta didepan Abang K berhenti dan menghulurkan tangan seolah-olah membayar tol kepada juru tol sedangkan pada masa itu semua tol LPT 2 memang tidak  beroperasi lagi serta memang dalam keadaan kosong.

Makin dekat dengan plaza tol itu makin kembang kepala Abang K…. katanya.

Apabila kereta dihadapan Abang K selesai membuat pembayaran kepada juru tol MISTERI itu tibalah giliran Abang K melalui rumah tol itu dan Abang K sempat menjeling kerumah tol itu dan didapati ada satu lembaga yang berada didalam rumah tol itu.

Abang K dengan segala Ayat AL-QURAN yang diingatinya dibaca sehabis kuat memandangkan telah melihat kelibat lembaga itu dan kebetulan disebelah Abang K ada seorang kawan yang sedang nyeyak tidur dan berdengkur…

Apabila sampai dipekan Ajil Abang K melihat kereta dihadapan Abang K tadi berhenti di sebuah kedai untuk minum lalu Abang K pun berhenti untuk mendapatkan kepastian dari kereta tersebut.

Sampai sahaja di kedai itu abang K terus pergi ke meja pemilik kereta dihadapannya dan bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku semasa di plaza tol itu.

“Bang… tadi abang bayor tol kan kat plaza tol ajil kan???” soal Abang K..
“Ye… Kenapa kenapa bang(pemilik kereta depan)…???”
“Oooo….. kenapa abang bayar tol sedangkan tol disana mana beroperasi lagi… tadi abang bayar kepada siapa??? Tanya abang K..
“ahhh... tadi perempuan tu sapa, cantik pula tu??”…. (perempuan MISTERI)
Lalu Abang K berkata “ Abang kena singgah MASJID dulu nanti selesaikan yang mana patut sebab abang bawa 2 orang perempuan ni..” balas Abang K dan berlalu meninggalkan meja itu…

Pesanan penulis kepada semua pembaca apabila kita ingin membawa kenderaan jangan dilupakan membaca DOA naik kenderaan dan 3 kul… terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari kisah yang diceritakan Abang K itu….

Doa Naik Kendaraan

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هذَا
SUB_HAANAL LADZII SAKH-KHORO LANAA HAADZAA
Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini

وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
WAMAA KUNNAA LAHUU MUQRINIIN
Bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,

وَإِنَّا إِلى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
WA INNAA ILAAA ROBBINAA LAMUNQOLIBUUN.
dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami
سورة الزخرف﴿١٣﴾﴿١٤﴾

(QS. AZZUKHRUF j;25 a;13-14 s;43)



Thursday, July 23, 2015

SIRI 2 ::: LPT 2 Penuh Misteri...Sebelahku Isteri atau MAKLUK Lain... Kisah Benar...

foto hiasan sahaja
Bersambung……. Siri 2…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh…

Biss’milla’hiroh’ma’ni’rohim…

Ada beberapa cerita yang mana telah diceritakan oleh pengguna lebuh raya pantai timur 2 (LPT2) sebelum ini yang tidak pernah dibongkarkan oleh mana-mana penulis dan cerita ini adalah benar dan bukan rekaan penulis samat-mata.

Menurut salah seorang yang mahu dikenali sebagai Goneng Tukang Masak, beliau dan keluarga telah pulang dari kuantan dan melalui LPT 2 untuk menuju ke kuala Terengganu.

foto hiasan sahaja
Kisahnya macam ini, pada dalam perjalanan di LPT 2 dan berhampiran dengan sebuah perhentian rehat di lebuh raya itu  dan ketika itu anak dan isterinya didalam keretanya ingin membuang air kecil.

Lalu beliau berhenti disebuah hentian rehat disini dan yang turun untuk membuang air kecil isteri beliau dan anak perempuannya. 

Memang suasana disekeliling waktu itu sejuk dan berangin sempoi-sempoi bahasa serta suasana lampu yang dipasang hanya terang bercampur malap.

Pada ketika itu selang 3 minit beliau melihat anak perempuannya dahulu masuk kedalam kereta dan disusuli isterinya serta beliau terus beredar apabila memastikan semuanya cukup berada didalam kereta dan waktu jam tepat 10.30 malam.

Selepas isterinya masuk kedalam kereta dan berlalu pergi berliau bertanyakan kepada isterinya tentang air didalam tandas itu kuat (laju) atau tidak… tetapi isterinya tidak menjawab persaoalannya itu dan berulangkali beliau bertanyakan soalan itu tetapi masih isterinya tidak menjawab akan soalannya itu.

Isterinya terus membisu serta duduk disebalahnya macam tunggul kaya dan tidak  berpaling kepada nya. Beliau telah mengesyakki sesuatu yang berlaku. Setelah 5 minit perjalanan tiba-tiba telefon beliau berbunyi dari no yang tidak dikenali beliau.

Lalu beliau mengangkat telefon itu dan mendengar suara isterinya dalam nada cemas dengan menyatakan “ kenapa abang tinggalkan saya disini??” 

Lantas beliau berpaling di sebelah penumpang yang disangkakan isteri beliau itu tadi dan melihat kerusi penumpang itu kosong lalu beliau memberhentikan kereta dengan serta merta kereta dikaki lima jalan lebuh raya itu.

Mengucap panjang beliau dan terus membaca ayat-ayat suci AL-QURAN berkaitan dan ketika itu juga anak-anak beliau seramai 4 orang sedang nyeyak tidur dibelakang kerata Avanza yang dipandunya itu dan pada ketika itu jam baru menunjukkan 10.35 malam.

Beliau tidak mengejutkan anak-anaknya takut perkara lain pula berlaku dan beliau terus berpatah balik dengan susur keluar seterusnya dan mengambil isterinya di hentian rehat dimana beliau berhenti sebentar tadi.

Pelbagai cerita yang penulis dengan akan tetapi cerita ini memang penulis dapatkan sendiri dengan tuan punya banda setelah hamper 1 tahun berlalu peristiwa ini.

Semasa penulis mencoretkan cerita ini kepala penulis kembang semacam jer seakan-akan kawannya yang berada disekitar penulis tahu akan niat penulis ingin memberi tahu kisah benar ini.. 

Wallahuakhlam… 

SIRI 1 ::: Mesteri Lebuh Raya Pantai Timur 2 di Bongkar

Siri kemalangan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) makin hari makin meningkat jumlah dan statistic kemalangan yang berlaku.

Semenjak ianya dibuka pada setahun lalu, telah banyak meragut nyawa pengguna lebuh raya itu dan ada yang menyatakan jalannya beralun, ada juga yang menyatakan jalan itu dihuni oleh penunggu kerana semasa membuat jalan itu ia telah merosakkan kediaman penghuninya.

Kes terbaru hari ini Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, 2.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, Adam Rizqi Zul Azlan dari Taman Medan Jaya Petaling Jaya, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibunya, Siti Hajar Md Aziz, 28, pula yang cedera parah di kepala dan muka, dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Suaminya, Zul Azlan Yaakub, 30, dan seorang lagi anak mereka, Nurhadamia, 2, turut cedera dan dirawat di Hospital Dungun.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza mereka naiki dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, dipercayai terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum merempuh pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sebenarnya kita sebagai makluk Allah SWT yang hidup dimuka bumi ini berkongsi dengan makluknya yang lain dan seharusnya kita mempercayai akan kewujudan maklu halus yang mana telah dinyatakan dalam AL-QURAN dan Hadis…

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:Klik SUMBER

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

 Wallahuakhlam….

bersambung siri 2...

Sunday, July 12, 2015

Keluarga Bahagia : MB Terengganu Sebagai Contohnya


Semalam MB Terengganu Dato' Ahmad Razif Abd Rahman berada di Kemaman bagi meluangkan masa bersama anak angkat beliau di Mesra Mall bagi menyediakan barangan keperluan hari raya ini.

Masa berkualiti diberikan kepada 6 orang ANAK angkat beliau dan selepas berbuka bersama-sama.

Al-Quran beri gambaran jelas umat prihatin, ikhlas bantu golongan miskin dilimpahi rahmat

DALAM al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan 'yatim' dan penggunaan kata-kata yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ertinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan daripada masyarakat untuk membolehkan mereka hidup selesa dan sempurna seperti orang lain yang mempunyai penjaga (ayah atau ibu).

Al-Quran secara jelas menegaskan dalam beberapa ayatnya yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak yatim. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman bermaksud; “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”

Rahmat bagi mereka dizahirkan dalam bentuk kepedulian yang nyata, antara lain mengasuh mereka dalam keluarga kita, membantu ekonomi dan pendidikan, menjadi orang tua asuh, serta aktif mengelola rumah asuhan.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat menitikberat kesejahteraan umatnya, terutama nasib golongan yang lemah seperti orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Sehubungan itu, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi-Nya dengan firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud: “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”

Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan kain sutera.” (Surah Al-Insan ayat 12)

Sesiapa yang berlaku tidak baik atau bersikap zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah SWT dan golongan ini dianggap antara satu ciri orang yang mendustakan hari akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhir? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Ma’un ayat 1-3)

Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Banyak hikmah dan kebaikan apabila anak yatim dalam keluarga dan anak yatim itu dijaga dengan baik. Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya dan keluarga kita akan berasakan ketenangan dan kebahagiaan, tetapi jika anak yatim yang ada di bawah peliharaan atau pun jagaan kita diperlakukan tidak baik, maka perbuatan itu akan menerima balasan daripada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Dalam surah lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apa saja yang kamu infakkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolong pun baginya.” (Surah Al-Baqarah ayat 270)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).










Jangalah Kamu Mengambil HAK Orang Lain - Penjelasan

BAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Imam ibn Al-Arabi menegaskan, ini adalah satu daripada kaedah utama dalam muamalat Islam dan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ dalam ayat itu ialah penerimaan pemberian dan penguasaan. Digunakan lafaz ‘makan’ sebagai perumpamaan saja.

Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi: “Apa saja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Imam Al-Qurtubi pula memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain yang sebenar, mengambil hak orang lain tanpa direstuinya, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi serta yang memang jelas menyalahi hukum Islam adalah tergolong dalam makanan harta secara batil.


Ini sebagaimana dinyatakan beliau: “Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, dia makan secara batil.”


Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘batil’ kepada apa saja bentuk bayaran yang tidak mempunyai nilai timbal balik pada pandangan syarak yang sebenar.

Begitupun, mungkin ada yang akan bertanya mengenai hukum terhadap hak ke atas harta yang dimenangi membabitkan proses kehakiman di mahkamah dengan alasan harta berkenaan disahkan oleh hakim.

Mengenai hal ini, Imam Al-Qurtubi menjelaskan: “Barang siapa memakan secara batil, walaupun jika seorang hakim memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu (hakikatnya) bersalah (menipu), yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti, dan inilah (hukum yang) ijma.” (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan ini jelas sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, lalu aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang aku dengar saja.

“Barang siapa yang ku jatuhkan hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

Kesimpulannya, umat Islam perlu mengambil berat mengenai perihal pendapatan mereka kerana dibimbangi mereka lupa mengenai objektif dalam mendapatkan harta serta pendapatan secara halal sehingga menganiaya pihak lain.

Secara ringkasnya, setiap kita perlu mengelak terbabit dalam mengambil hak orang lain (batil) seperti:


Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan.

Mendapatkan pendapatan daripada upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.

Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa depan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya.

Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit tinggi dan baik.

Mengambil upah hiburan (entertainment cost) daripada syarikat sebagai pra syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.

Sengaja berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri daripada pembayaran semula hutangnya walau dalam keadaan mampu.

Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga ialah pemakan harta secara batil.

Individu yang mengambil dan menikmati harta wakaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta batil.

Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu.

Hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi SAW.

Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan. Keuntungan yang diperoleh hasil daripada kerja ‘seni’ yang merosakkan jatidiri kemanusiaan.

Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Ibnu Abbas RA mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah.

Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”
- metro


Wednesday, July 8, 2015

Pengarah pendidikan Terengganu buat Bodo tanpa tindakan? - Guru Piangggg




Seorang Guru yang di katakan pemilik no 0179619806 yang bernama Tuan Sembok daripada sekolah Kebangsaan Kuala Ibai telah membuat satu kenyataan yang amat keji terhadap seorang Imam masjid yang baru meninggal.


Daripada viral sekeping gambar print screen whatapps yang menunjukkan Guru tersebut melemparkan tuduhan yang berat dan fitnah terhadap Imam tersebut.


Dengan menghukum arwah iman tersebut akan ke neraka dan mengunakan bahasa kesat perumpamaan untuk binatang dengan perkataan 'Mampos' di sebabkan Imam tersebut tidak sehaluan politik.


Kes ini Menyebabkan ramai pembaca di media sosial terutama kalangan Guru marah dan meminta agar guru tersebut di ambil tindakan segera supaya menjadi pengajaran kepada beliau yang memfitnah mangsa dan menjatuhkan martabat seorang guru.


Walaupun begitu, tiada lagi apa-apa tindakan yang di ambil ke atas guru tersebut, di mana Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin bin Haji Ali Hussain? 


Apa tindakan yang beliau ambil terhadap guru tersebut, BUKAN HANYA MENDIAM DIRI.


Kerana sikap Guru Tersebut keterlaluan dan Pengarah Pendidikan Negeri perlu bertegas supaya hukuman yang di buat setimpal dan ini akan menjadi pengajaran kepada yang lain.


Pengarah Pendidikan Terengganu perlu proaktif, jangan hanya di ketuk baru mengadah.


Sunday, July 5, 2015

Saman Adalah Wajib Kea ta s Wall Street Journal


Siasat dahulu sebelum tuduh Najib ambil wang 1MDB - Haron Din
WSJ pertahankan laporannya, berkata dakwaan mereka berdasarkan penyiasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan berniat politik.
PUTRAJAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menggesa semua pihak agar menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan berhubung dana yang kononnya dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, jika dilihat dari segi logik, seseorang itu tidak akan memindahkan wang awam ke akaun peribadinya.

"Saya rasa kena siasat terlebih dahulu sama ada benar atau tidak (tuduhan). Kerana mengikut logik akal, pada saya jika seseorang itu hendak pindahkan wang awam ke akaun peribadi, biasanya dia tidak akan berbuat demikian.

"Dia akan pindahkannya ke akaun lain ataupun akaun sulit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis iftar amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Ujarnya, sebelum ini telah timbul banyak isu dalam akhbar yang pada mulanya dilihat sebagai serius dan mempunyai bukti, namun setelah dinafi dan disiasat didapati banyak daripada berita tersebut tidak benar.

Bagaimanapun, Dr Haron berharap supaya ada penafian beserta bukti yang mengatakan perkara ini tidak berlaku kerana menurutnya, jika ia berlaku, ia tidak boleh dipandang ringan.

"Apa pun jika benar, maka malang bagi masyarakat Malaysia di kala ekonomi Malaysia di ambang keresahan, di waktu ringgit menjunam, di waktu perlu pengukuhan ekonomi negara tiba-tiba keluar cerita seperti ini.

"Ia boleh menyebabkan pelabur rasa tidak senang dan orang ramai mula kurang keyakinan kepada kepimpinan negara.

"Saya harap tidak berlaku, harap ada penafian dengan bukti mengatakan ia tidak berlaku. Kalau berlaku juga, amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Pada Jumaat, Najib telah menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwadokumen menunjukkan dana tersebut dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula pada Jumaat mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Kedua-dua WSJ dan Sarawak Reportmemetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook menyelar tindakan beberapa individu yang "menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan nama baik kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi."

Menurut kenyataan itu, dakwaan terbaharu ini merupakan sabotaj politik berterusan bertujuan memperdaya pihak media dan orang ramai dengan menggunakan dokumen yang telah dipinda.

Sehubungan itu, pihak media digesa memastikan kesahihan dokumen dengan merujuk kepada pihak  bertanggungjawab untuk pengesahan.