Saturday, May 30, 2015

Terjun Dari Menari - Patah Semua Tulang Tapi Masih Selamat

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
VIDEO yang dirakam dari sudut lain ini menceritakan bagaimana mangsa yang terjatuh dari menara Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur itu sebenarnya bukan untuk membunuh diri akan tetapi terlepas dari cengkaman tangan nya.

Mangsa telah membuka tali pinggangnya sebelum memanjat ke bumbung Menara Masjid dan beberapa saat kemudian tidak dapat mengcekam dengan baik lalu terlepas dan jatuh kebawah.

Menurut sumber seorang lelaki warga tempatan cedera parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru malam tadi. Dalam kejadian itu kira-kira 7 malam, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23 tahun.

Mangsa patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta lebam pada belakang kepalanya. Jurucakap bomba dan penyelamat Titiwangsa berkata, berdasarkan saksi, mangsa dilihat memanjat pada bahagian menara untuk naik ke aras bumbung sebelum terjatuh. 

Video yang berdurasi selama 58 saat itu telah menceritakan sepenuhnya bagaimana mangsa jatuh dari menara Masjid Kampung Baru itu.

Maafkan admin kerana terlanjur kata dengan perpeksi video yang pertama dimuat naik dari blog ini. 







Friday, May 29, 2015

Sayu..Luahan Hati Sedih Anak Lelaki Mona Fendy Ini Pasti Membuat Anda Rasa Menitiskan Air Mata..

 Sayu…Luahan Hati Sedih Anak Lelaki Mona Fendy Ini Pasti Membuat Anda Rasa Menitiskan Air Mata…

Ini ialah petikan luahan isi hati anak mona fendy:
“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.
Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh… penjahat?
Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.
Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.
Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.
Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.
Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.
Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.
Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.
Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.
Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.
Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.
Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.
Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.
Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.
Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.
Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.
Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.
Affandi disabitkan turut terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.
Affandi disabitkan turut terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.

 
Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.
Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.
Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.
Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Sayu...Luahan Hati Sedih Anak Lelaki Mona Fendy Ini Pasti Membuat Anda Rasa Menitiskan Air Mata.. (2)
Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.
Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.
Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.
Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.
Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.
Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.
Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.
Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.
Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.

AMARAN UNTUK PEMIMPIN UMNO TERENGGANU DARIPADA AHLINYA

JANGAN MENGKIANATI UNDI KAMI - AHLI UMNO
Setelah beberapa hari yang lalu beberapa khabar angin yang menyatakan pada 1 Jun 2015 ini bakal berlaku perubahan dan dan mungkin akan berlaku pembuburan Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Ia dikuatkan dengan perjumpaan 6 Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan 3 Ketua UMNO Bahagian yang mana telah heboh diperkatakan di peringkat akar Umbi di dalam UMNO Terengganu.
Salah seorang ahli UMNO yang ditemui penulis hari ini yang mahu dikenali l sebagai Awang Mok berkata pemimpin yang dipilih semasa pilihan raya dahulu(Pru 13) jangan cuba untuk bertidak bodoh dan mengkianati perjuangan dan undi kami.
"Kita orang-orang parti sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin kita selagi ia tidak melanggar syarak dan hukum islam"
"Demi kelangsungan anak cucu kami di masa depan dan kami percaya hanya UMNO sahaja yang menjadi tunjang kepada kerajaan Malaysia kini dan selamanya"
"Saya ingin mengingatkan sekali lagi agar pemimpin yang ada ketika ini jangan membuat kesalahan yang lalu menyebabkan kita kehilangan kuasa di negeri Darul Iman ini".
Peringatan itu untuk pemimpin yang mementingkan periuk nasi dan perut bodohnya sahaja dan bukan mementingkan perjuangan yang telah diwarisi dari nenek moyang sebelum ini,tambahnya lagi.
Dalam pada itu Adun Hulu Besut Nawi Mohamad yang juga Exco Pertanian dan merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut berkata memang benar ada perjumpaan itu semasa retreat UMNO Terengganu di Pulau Perhentian Kuala Besut dimana perjumpaan santai yang turut disertai 6 exco dan 3 Ketua Bahagian dalam Terengganu.
Bawah petikan dari Terengganu Times....
http://terengganutimes.com/komplot-menjatuhkan-razif-tidak-benar-nawi
“Saya bagi pihak UMNO Bahgian Besut barjanji akan terus memberi  sokongan padu kepada Yab Dato’ Seri Ahmad Razif untuk mentadbir negeri ini mengikut  acuannya, tetapi setiap agenda pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu berbincang dengan 17 Adun Barisan Nasional (BN) yang lain”
“Ahmad Razif perlu diberi peluang… kita sebagai pemimpin perlu bersatu dan berganding bahu untuk membantu mencari jalan penyelesaian dalam kemelut dalaman parti pada hari ini,’ katanya .
Tambahnya(YB Nawi Mohamad) memang benar ada perjumpaan beberapa ADUN baru-baru ini akan tetapi bukanperjumpaan itu  untuk menjatuhkan beliau akan tetapi untuk meyelesaikan beberapa perkara  yang sedang  berlaku ketika ini..
Menurut beberapa tiupan khabar angin yang tersebar, 6 Adun (EXCO) dan 3 Ketua Bahagian berkomplot untuk menjatuhkan Ahmad Razif itu TIDAK BENAR dan saya menafikan sekeras-kerasnya dengan khabr angin tersebut.
“Kami akan tetap berdiri teguh dibelakang KETUA kami dan kami tidak sesekali akan mengkianati pucuk pimpinan kami dan itu janji kami kepada ahli-ahli UMNO yang kami semua sayangi” katanya lagi.

Tuesday, May 26, 2015

Jika UMNO Setuju Beri 40 Kerusi Parlimen, PAS Sedia Bergabung

PAS mendesak rakan sekutunya DAP supaya menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap parti Islam itu demi kelangsungan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata serangan DAP itu mencetus rasa “meluat” di kalangan akar umbi PAS dan beliau menganggap DAP menolak Pakatan ke ambang pepecahan.

“Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.

“Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” katanya.

Beliau mengulas tindakan pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng yang mengeluarkan menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkelakuan seperti “pemimpin Umno” kerana menyerang parti itu.

Abdul Hadi dilapor berkata PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan dan membidas DAP yang bertindak angkuh dan menganggap pelan pembentukan kabinet bayangan sebagai “tidak realistik”.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata serangan DAP itu akan memberi kesan kepada muktamar PAS dan dilihat memberikan nafas baru kepada BN yang berdepan dengan isu firma pelaburan 1MDB dan isu kenaikan kos sara hidup.

Tuan Ibrahim, yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden, berkata beliau sebelum ini membuat teguran dan memberi peringatan beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP terhadap parti itu.

“Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi menumbangkan BN. Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan tahaluf.

“Sepakat pada perkara yang dipersetujui bersama dan jangan mencabuli dasar parti rakan tahaluf dalam perkara berbeza. Semua parti perlu kuat bagi mencapai kemenangan dalam PRU akan datang. Serangan sesama sendiri hanya menguntungkan Umno BN,” katannya.

Beliau turut menegaskan usaha PAS untuk bergabung denga Umno adalah “fitnah”, malah mempersoalkan berapa kerusi yang Umno sanggup beri ke PAS jika gabungan politik itu benar berlaku.

“40 (kerusi)? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan,” katanya.

Sunday, May 17, 2015

MESTI TONTON : 9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam






https://www.facebook.com/SukanStarTV/videos/vb.560420100691679/692626234137731/?type=2&theater

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Friday, May 15, 2015

Cerita Kedai Kopi Razif Anggap Mat Said Abang

Pada Sidung 12 Mei  yang lalu Yb Kijal telah membuat beberapa 'pendedahan' yg seakan2 menyerang kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Antara isu2 yg dibangkitkan ialah Terengganu Investment Agency (TIA), isu rumah Yayasan Terengganu di Mesir, projek2 dan lain-lain.

1.0 TIA ditubuhkan atas hasrat Tuanku Sultan Mizan mewujudkan dana pelaburan masa depan dari hasil duit minyak negeri Terengganu. Kerajaan Persekutuan di bawah Pak Lah mengambil keputusan wujudkan TIA pada akhir 2008.

Plan asal rm5 billion akan diraih melalui sukuk (bon) dan di jamin oleh kerajaan pusat dan rm6 billion lagi diraih juga dgn pengeluaran sukuk dengan dibayar balik jumlah itu melalui sebahagian hasil duit minyak negeri Terengganu.

Majlis mesyuarat kerajaan negeri telah bersidang dan mengambil keputusan untk keluar dari TIA kerana dikatakan tidak dpt mengawal sepenuhnya pelaburan tersebut.  Dlm masa yg sama kerajaan2 negeri yg lain juga menuntut agar dana pelaburan juga diwujudkan di negeri2 mereka sama seperti Terengganu. Akhirnya kerajaan pusat di bawah Najib ambil keputusan untuk wujudkan 1MDB sebagai agen pelaburan untk negara.

Persoalan,

-Perkara ini sudah lama berlalu ketika Yb Kijal menjadi MB, kenapa baru sekarang hendak bangkitkan kembali?

- adakah sebab itu beliau di 'suruh' turun dari jawatan MB? Atau sebab hilang 7 Dun di PRU 13, dan menyebabkan BN hanya menang tipis di Terengganu walaupun UMNO bertambah kerusi di hampir semua negeri kecuali Selangor?

- mungkinkah isu ini isu peribadi antara Yb Kijal dan Najib?

2.0 Isu asrama yayasan terengganu yg dikatakan oleh beliau wujud penyelewengan dalam proses pembeliannya di Mesir.

Persoalan;

- siapa pengerusi ahli lembaga Yayasan Terengganu ketika itu?

- siapa MB ketika itu?

3.0 Isu Integriti

YB Kijal menyebut kerajaan perlu memberi penekanan tentang isu integriti dan jangan dikelilingi oleh orang2 yg berkepentingan dan menyebut nama abg MB sebagai contoh. Disebut juga di mana kontrak diberi pada syarikat individu dan bukan syarikat kerajaan.

Abg MB bekas ahli parlimen ialah berkelulusan ijazah sarjana muda bidang Business admin di UM dan sarjana MBA di University Hull, England. Bekas ahli parlimen dan pernah menjadi head of investment and research di  Yayasan Terengganu. Cukup layak untk dilantik jawatan strategik untk membantu kerajaan.

SU sulit Kanana MB ialah pegawai tinggi kerajaan yg pernah menjadi pengarah Yayasan Trg dan Yayasan Islam.

SU Politik berkelulusan PHD dan degree.

Research Team MB terdiri dari Prof di Universiti, pemegang MBA dan pernah bekerja di syarikat2 antarbangsa.

Pengerusi2 syarikat selain dari Yb2 adalah mereka yg berkelulusan tinggi.

Persoalan;

Siapakah mereka yg berada di keliling Yb Kijal ketika menjadi MB? Apakah mereka yg berkelayakan? Berapa ramai antara mereka yg memeggang ijazah? Siapakah Pengerusi2 syarikat yg dilantik oleh Yb Kijal ketika itu yg banyak mengambil kesempatan dan menyebabkan syarikat rugi, dinyah senarai dari bursa saham? Adakah ini integriti namanya atau kroni?

Bercakap tentang kontrak yg diberi pada syarikat persendirian...

Persoalan;

Berapa banyakkah anak2 syarikat negeri yg diberi kontrak sewaktu yb kijal jadi MB? Berbillion kontrak yg diberi pada individu atau syarikat kerajaan? Siapa Agu? Hj Dol? Pembinaan Liziz?
Kenapa tak diberi konsesi balak dan bijih pada anak2 syarikat kerajaan?

Mgkin Yb Kijal perlu menerangkan dulu beberapa isu;

1. Apa jadi pada Kompleks Textile yg terbiar di Kijal? Di mana peniaga besar dari Cina yg bakal membuka pusat textile?

2.  Apa jadi pada Institut Jantung Negeri? Kompleks di Kijal sudah dibeli dgn harga berjuta2 ringgit..

3. Sapa yg beri kelulusan melombong di Machang Setahun sehingga rapat ke tepi jalan air putih, sehingga pada banjir besar baru2 ini terputus jalan utama akibat tekanan air  lombong?

Rakyat menanti pendedahan Yb Kijal seterusnya.... dan ramai juga rakyat yg bersedia mendedahkan apa yg Yb Kijal lakukan.

Kalau kita tuding satu jari pada org, ada 9 jari lain yg menuding pada kita.

Wednesday, May 13, 2015

PAS Manipulasi Kenyataan Ahmad Said Demi Modal POLITIK Murahan?

Dalam sidang DUN Terengganu yang sedang berlangsung, pihak pembangkang tidak melepaskan peluang untuk memanipulasikan beberapa kenyataan Mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said.

Pada sidang DUN tersebut Ahmad Said telah memberi beberapa pandangan,pendapatnya dari seorang abang kepada seoran adik yang memegang tapuk pimpinan yang sama sebelum ini.
Beliau juga telah memohon penjelasan beberapa perkara daripada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mana berkaitan dengan beberapa projek yang mana perlu kepada beberapa perrincian dan juga termasuk isu 1MDB yang agak kontroversi kebelakangan ini.

Dalam kenyataannya juga beliau turut berharap agar Kerajaan Terengganu melakukan yang terbaik demi rakyat di bawah kepimpinan Ahmad Razif selaku Menteri Besar Terengganu.

Ahmad Said juga mengucap tahniah kepada Ahmad Razif, sempena setahun menabur bakti menjadi Menteri Besar Terengganu dengan slogan yang terbaik “Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat”.

Beliau menyatakan tegurannya hari ini(semalam) bukanlah untuk memperlihatkan UMNO lemah, tetapi mahu Kerajaan Terengganu agar lebih tegas di dalam mempertahankan hak negeri seperti minyak di Bertam dan hak konsesi lebuhraya.

Ahmad Razif ketika diminta mengulas kenyataan Adun Kijal tersebut, beliau mengambil sikap positif dengan teguran dan pandangan Ahmad Said dan beliau menganggap Ianya adalah satu teguran yang bermakna, .

Namun lain pula bagi pembangkang terutama Mohd Nor Hamzah, Adun Bukit Payong, beliau menjadikan isu ini sebagai modal politik murahan untuk melaga-lagakan kepimpinan negeri selepas Dewan sesi pagi selesai dan kenyataan itu telah dimuat naik kedalam facebook dan juga blog miliknya.

Kini sudah mula terdapat sebaran dakwaan liar yang di keluarkan oleh Adun Bukit Payong cuba mengelirukan dan memgambarkan teguran Ahmad Said sebagai meyerang kerajaan bagi mengelirukan rakyat dan menimbulkan salah faham.

Beliau menganggap teguran dan cadangan yang dibuat oleh mantan Menteri Besar itu sebagai sebagai satu penipuan dipihak kerajaan negeri.

Apakah sukar untuk membezakan ‘cadangan’ dan penipuan?

Tuesday, May 12, 2015

HAJI HADI MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI

Presiden PAS Malaysia, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang merangkap Ahli Parliman Marang menyarankan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk kepada tekanan yang menggesa beliau supaya meletak jawatan, sebaliknya perlu memberi fokus untuk menyelesaikan beberapa isu yang dikaitkan dengan kelemahan pentadbirannya ketika ini.

Beliau berkata Perdana Menteri sebelum ini juga dikaitkan dengan pelbagai isu ketika era pentadbiran masing-masing termasuk Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi  dan turut didesak meletak jawatan, sedangkan ia bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

“Masalah yang sama berterusan setiap Perdana Menteri dan jika letak jawatan, nanti orang baru akan timbul masalah yang baru pula. Ini satu budaya politik yang tidak sihat.

“Sebab itu sepatutnya kita bukan tukar orang (pemimpin), sebaliknya jika salah dasar dan pendekatan kita kena baiki pendekatan dan selesaikan masalah bukan tukar orang, perangai lama juga, masalah yang sama juga berulan".

"Jadi ini suatu budaya politik yang memalukan, sepatutnya kita mengamalkan demokrasi yang sihat, yang sebaik-baiknya ,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Dr Mahathir agar Najib meletak jawatan ekoran pendedahan beberapa isu berkait kelemahan kepimpinan beliau ketika ini.-

Malah, ADUN Rhu Rendang itu juga menegaskan Najib perlu diberi ruang dan peluang yang cukup untuk memimpin negara sehingga berakhir tempoh pemerintahannya dan terpulang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan ketika Pilihan Raya Umum .

“Biar (Najib) selesaikan masalah dia, kalau ada silap kena betulkan, perlu ambil tanggungjawab, jangan kita cuba menggali `lubang’ antara satu sama lain. Saya tidak tahulah sama ada sengaja gali lubang atau membuat lubang sendiri, itu kena ubah pendekatan lama kepada cara yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga meminta supaya semua pihak mengamalkan demokrasi dan terpulang kepada rakyat untuk menghukum parti (ketika PRU) dan bukan menghukum individu (pemimpin).

Ditanya sama ada tindakan PAS yang mahu Najib meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sebagai usaha pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu yang sedang melanda, Abdul Hadi berkata PAS perlu mengkritik kelemahan pentadbiran sedia ada demi kebaikan semua pihak.



“Jika kita nampak kelemahan ini, kita perlu sebut dan lebih berbentuk menasihati secara islah untuk menyelesaikan masalah yang ada,” katanya.

Friday, May 8, 2015

Perlu Penjelasan Isu Tabung Haji - Jo Bakar

Mohd Johari Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO Terengganu
KUALA TERENGGANU – Pemuda Umno Terengganu berterima kasih kepada individu yang membocorkan maklumat sulit tentang pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange.
Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, jika bukan kerana individu tersebut, rakyat khususnya para pendeposit TH tidak akan tahu tentang pembelian sebidang tanah tersebut yang kini menimbulkan rasa tidak puas hati semua pihak.
Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak pengurusan TH memberi jawapan segera dan konkrit bagi meredakan kemarahan rakyat terutama pendeposit TH kerana mereka berhak mengetahui bagaimana wang mereka depositkan dilabur.
“Kami amat faham bahawa TH perlu membuat perlaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan para pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah pembelian ini adalah satu strategi menyelamatkan 1MDB?.
“Ini adalah kerana tanah ni di jual oleh Kerajaan Pusat kepada 1MDB dengan harga RM 60 sekaki tetapi di jual pula kepada TH dengan harga RM 2860 sekaki,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.
Dengan pelbagai isu dan persoalan yang timbul sekarang, Mohd Johari berkata, Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan beberapa perkara supaya ia tidak terus menjadi persoalan kepada rakyat.
Perkara tersebut melibatkan isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, perumahan generasi kedua Felda serta isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, jelas bahawa YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan dan menyelesaikan perkara-perkara ini kepada rakyat agar ia tidak lagi menjadi persoalan.
“Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang menjadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan apa pun penyiasatan atau proses audit, YAB Presiden perlu bertindak sekarang,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa pihaknya turut dihujani dengan isu-isu sedemikian yang menjadi keluhan dan keresahan akar umbi.
Sebagai sayap muda dalam parti, Mohd Johari berkata pihaknya turut memerlukan penjelasan sebagai wakil Umno di peringkat tersebut untuk memastikan Umno terus kekal relevan.
Mengulas lanjut, isu-isu yang menjadi persoalan ketika ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada Umno dan kerajaan.
Jelasnya, tiada maknanya segala dasar baik yang dijuarai Umno hanya dilihat rakyat sebagai liabiliti dan menjadi polemik dalam pentadbiran negara.
Sehubungan itu, pihaknya turut berharap satu penyelesaian konkrit dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
“Kami percaya sebagai bapa, YAB Presiden tidak akan terus menerus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno dan kerajaan BN,” katanya.

Saturday, May 2, 2015

Adakah Haji Hadi Akan MEMBUAT KEPUTUSAN?

 Satu perkara mesti dilihat oleh seluruh Umat ISLAM diMalaysia ini dengan apa yang sedang berlaku dalam senario POLITIK hari ini.

Perjuangan Pas untuk menengakkan ISLAm dan mengangkatnya ditempat yang lebih tinggi akan tetapi PAS telah salah memilih KAWAN untuk berbuat demikian.

Secara Jujurnya PAS harus menggunakan KEBIJAKSANAAN demi kelangsung ISLAM yang telah dibawa sejak zaman berzaman lagi dan hari ini ianya telah JELAS kelihatan untu bersama Umat ISLAM lain mengangkat AGAMA ISLAM itu sendiri.

WAJAR atau tidak itu terpulang kepada KEBIJAKSANAAN PAS mengambil yang baik utuk AGAM ISLAM...

Takbir!!!!!

VEDIO PENUH PEMUDA PAS TAK AKAN UNDI PKR PERMATANG PAUH

Akhirnya Pemuda PAS terbuka juga mata hati mereka apabila PKR yang Menghina ISLAM selama ini dalam terang dan juga menolak HUDUD yang dibawa PAS Kelantan.

Selama hari ini PAS telah ditabur serta ditutup  dengan WANG  yang banyak sehinggakan ada  dikalangan mereka  menurut apa sahaja kehendak DAP dan PKR terutamanya di  Pulau Pinang dan Selangor.

Hanya beberapa AJK Pemuda PAS Pulau Pinang sahaja yang telah membuat kenyataan U-TURN balik dari PRINSIP asal supaya AMK menarik balik kenyataan terhadap Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Dan yang terbaru semalam telah diviralkan sekeping Cek BERJUMLAH 2.5 jUTA KEATS NAMA Ketua Pemuda PAS itu dan tiada penafian yang JELAS dibuat oleh Ketua Pemuda PAS setakat ini.

Selepas solat Jumaat tadi Pas ​Kawasan Bagan berikrar untuk 'merosakkan sekurang-kurangnya 10,000 undi' ​dalam PRK Permatang Pauh ​sebagai bantahan pendirian ​PKR dalam isu hudud.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar menggesa semua ahli Pas Permatang Pauh tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mengapa kita perlu membantu apabila mereka menghina kami? Jangan berharap bahawa kita (ahli Pas) akan mengundi anda!," katanya selepas mengetuai bantahan secara aman di hadapan Masjid ​Batu, ​Kampung Pertama, selepas solat Jumaat, di sini, semalam.

Himpunan itu juga menyuarakan sokongan kepada Abdul  Hadi dan ​golongan ulama dalam Pas.

Sebelum ini, Pas mendapat kritikan dari komponen PR ​apabila berhasrat melaksanakan hudud di Kelantan.

​ Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang membuat pusingan U selepas beberapa hari merehatkan jentera pilihan raya setelah AMK Pulau Pinang gagal memohon maaf berikutan kenyataan biadapnya kepada Abdul Hadi.

​ Pas Kawasan Permatang Pauh juga membuat pusingan U beberapa hari sebelum itu apabila memberi amaran akan memboikot jika PKR memilih Datuk Seri Dr wan Azizah Wan ismail atau ahli keluarganya sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh.

​Pas menguasai kerusi Dun Permatang Ppasir dalam Parlimen Permatang Pauh melalui Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Salleh Man.

Friday, May 1, 2015

#PRKROMPI : Cerita LAWAK Dari Tuan Ibrahim Malam Tadi

tn IbrahimRompin : Ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Rompin malam ini telah diadakan di Kampung Sepayang didalam Pusat Daerah Mengundi(PDM)  PONTIAN yang mana telah dihadiri oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.
Dalam ceramah yang dihadir kira-kira 60 orang dari kalangan ahli PAS membuatkan Tuan Ibrahim begitu semangat sekali dalam menyampaikan ceramahnya malam ini.
Antara tajuk yang telah didendang pada kali ini dengan GST menjadi sasarannya dan beberapa ISU lapuk menjadi taruhan PAS Rompin ini dengan menojolkan beberapa penceramah HEBAT dan diantaranya Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah bte Mohd Yusoff dan bekas calon PAS PRU 13 yang lalu Nuridah Mohd. Salleh.
Dalam intipati yang menarik minat penulis pada ceramah kali ini, “JIKA PAS MENANG PARLIMEN ROMPIN INI, GST AKAN DIBATALKAN”???? nak tergelak pun ada...
APAKAH yang ada dipemikiran pengundi Sepayang pada ketika itu dan mungkin LAWAK 2015 menjelma pada malam ini yang diberikan oleh seorang PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG ini…
Mana-mana ceramah PAS yang diadakan di ROMPIN ini dengan menabur janji-janji kosong untuk menarik pengundi dan pada HAKIKATnya PAS tahu itu adalah kerja MENIPU YANG WAJIB mereka lalkukan demi meraih UNDI disini.
Kusyuk Mendengar Ceramah PAS di Kampung Sepayang dalam PDM Pontian.
Kusyuk Mendengar Ceramah PAS di Kampung Sepayang dalam PDM Pontian.
Sementara itu menurut soal selidik tidak rasmi, penduduk-penduduk di perkampongan orang asal di beberapa buah PDM menunjukkan mereka tetap setia akan menyokong calon Barisan Nasional Dato' Hasan Arifin dalam pemilihan Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin pada 5 haribulan nanti.
 
Kajian dan soalselidik yang dijalankan dibeberapa buah PDM termasuk PDM Bandar Bukit Ibam menunjukkan mereka adalah penyokong setia BN dan tidak akan berubah arah walaupun cuba di'beli' oleh parti pembangkang. Mereka telah membuat pilihannya dan bertekad akan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.